terima kasih,senior!
Assalamualaikum, thanks kepada admin jika luahan ini dipost dan thanks kepada sesiapa saja yang membaca.
aku malas nak cakap panjang,just nak ucap terima kasih dekat senior aku sebab selama ni banyak mengajar aku. yang paling penting sekali,kau ajar aku untuk menjadi awkward dengan lelaki(awkward bertempat la). sejak sambung degree ni,aku macam tak malu sangat dengan lelaki,selalu duduk bergurau,lepak sama2,padahal aku bukan macam tu dulu. mula2 masa aku kenal kau,aku ingat boleh la aku layan kau macam kawan lelaki aku yang lain,tapi tak. walaupun kau ni ada masa mengada macam mintak kaki,tapi aku just anggap,kau saja nak uji aku kot. sampai satu masa,kau ada bagitahu aku,kau nak jaga perhubungan kau dengan perempuan,bilamana aku tanya kau kenapa kau tak usha je awek yang ada. aku dah macam sentap,hmm,pandai menjaga ikhtilat jugak kau ni ye. so sejak tu aku macam tak mau lebih2 dengan kau. tanya pun benda penting. biasanya kalau aku chat dengan laki,mesti aku tanya,buat apa,dah makan belum,tapi dengan kau,serius memang aku tak boleh buat semua tu. aku hormat kau. kalau jumpa depan2 dengan kau,fuh,rasa macam kena simbah dengan air panas muka ni. aku pulak yang jadi malu dengan kau. hmm… sampai sudah aku tak pernah bercakap depan2 dengan kau. paling epic pun,kau nampak aku,kau senyum,dan aku senyum balik dekat kau. serius masa tu aku tak tahu apa aku fikir. jadi disebabkan perbuatan kau dengan aku ni,sekarang aku jadi awkward sket dengan kawan2 lelaki aku. macam dulu selamba je kawan lelaki ajak keluar makan berdua or bertiga but now,aku dah liat sebab aku rasa tak senang duduk,rasa serba salah. thanks for that.
yang kedua,kau ajar aku jadi positif. sumpah weh,aku jeles macam mana kau boleh jadi manusia yang terlampau positif. setiap kali aku try buat kau down,mesti ada je ayat positif + sentap yang kau bagi. aku pulak yang huru hara. macam life is so simple bagi kau. tapi syukurlah,disebabkan kau,aku pun dah slowly jadi positif. kadang2 positif tak bertempat pun ada. aku ni kira manusia yang negatif la dulu. jadi bila aku jadi positif,aku rasa lebih menghargai diri aku dan orang lain. hidup pun tenang,tak macam dulu,selalu gelisah, kemurungan, asyik nak marah2. dan juga,aku cuba belajar senyum sebab kau ni jenis senyum 24/7. tak penat agaknya kan? mula2 aku rasa penat la senyum ni,lama2 dah ok.
so kesimpulannya,thanks sangat2 ye encik senior. btw,mesti akan ada yang tanya,tak bertaman bunga ke hati aku ni pada senior aku ni? of course la bertaman bunga,bukan setakat taman je,dah siap burung2 berkicauan dah dalam hati ni. tapi aku fikir macam ni je la,kalau aku kejar dia pun,kalau bukan dia jodoh aku,tak guna jugak. jadi lebih baik doa banyak2 semoga aku dan dia dijodohkan dengan orang yang baik2. haa kan senang. tak ada la kepala kau nak serabut fikir dia ke jodoh kau segala bagai… kang tak pasal2 jadi gila. banyak lagi benda boleh fikir,contohnya nak bagi ayam belakang rumah makan pukul berapa,kambing dah masuk kandang ke belum…
so kepada senior aku,tahniah sebab dah tamat pengajian. tunggu konvokesyen je la bulan 10 nanti. kalau ada jodoh,kita jumpa masa kau konvo,ok?
adios
– kucing jalanan