Teringat arwah ayah ~ – 4:23 PM

Teringat arwah ayah ~

Assalamualaikum…
19 November 2014 pada jam 6 petang,satu detik yang telah menjadikan aku begitu tabah. Ketika itu,tidak pula aku menangis apatah lagi meraung-raung. Buat kali terakhir untukmu yang sungguh ku cintai,yang sungguh ku sayangi,pergimu itu sepertinya satu mimpi. Kalaulah boleh memilih mimpi,tak kan sekali aku bermimpi seperti itu. Masih segar di ingatanku,aku tabah menyediakan kain kafanmu,membantu menyediakan kelengkapan-kelengkapan lain dan menyambut kenalan-kenalanmu yang hadir 'meraikan'mu buat kali terakhir. Jika sebelum ni,terlintas difikiran ku bahawa satu hari nanti aku pasti kehilanganmu atau aku yang pergi dulu mesti aku mengelak untuk memikirkannya. Didalam hati berkata "nantilah fikir,lambat lagi tu" atau "baik fikir benda lain". Hakikatnya tiada siapa yang dapat mengelak. Kerana mati itu pasti. Tapi….. pada satu malam,pertanyaan itu menyapa ku lagi. Ketika itu,dirimu nampak sangat lemah,sudah cukup membuatkan hatiku bertandang sebak. Ketika itu juga aku tidak mampu lagi untuk lari dari menjawab. Aku menangis semahu-mahu dalam diam. Menangis seperti anak kecil seolah-olah aku akan kehilangannya tidak lama lagi. Dalam keadaan teresak-esak itulah aku berlapang dada dan aku berkata, YA ALLAH aku REDHA andai kata Kau mahu mengambilnya. 5 hari selepas tu,perginya insan yang sungguh kukasihi,yang sungguh ku cintai buat selama-lamanya. Malam selepas ayah dikebumikan,malam tu,ayah datang dalam mimpi aku,pakaian serba putih tenang je, dari raut muka ayah tersenyum indah. Seolah-olah mengucapkan terima kasih kpd aku dan mengucapkan selamat tinggal. Ayah, damailah ayah di sana. Selagi hayat dikandung badan, ku tetap terus 'berbakti' buatmu. Sejak ayah pergi,aku tidak lagi bersolat lewat. Bila aku pejam mata dan membayangkan suasana kubur,aku menangis. Dari fikiran kasar aku tahu kubur itu gelap gelita,sempit dan ada haiwan-haiwan lain didalamnya. Aku berdoa semoga kubur ayah dilapangkan olehNya. Semoga ayah dijauhkan dari seksaan alam kubur dan seksaan api neraka serta terangi lah kubur ayah siang dan malam tanpa henti dengan cahaya Mu Ya Allah. InsyaAllah.
Hari ini,aku telah pun bekerja. Baru sebulan lebih. Hari tu masa dapat gaji pertama,aku teringat ayah suka makan ikan2 besar. Sebak sampai bergenang air mata. Nasib baik tak meniti tapi masa tu kebetulan dekat pantry,ada bos. Bos tegur. Apa lagi mengalir laju air mata. Dia pun panic,eh dah kenapa. Dia tu lelaki. Tercengang. Bila dah ok sikit aku pun cakap tak ada apa-apa. Lepas habis office hour bos ajak dinner. Dalam hati rasa,mesti dia nak tahu kenapa aku menangis tadi. Bagai dikata,memang betul apa aku rasa. Aku pun ceritalah. Dia terkejut jugalah pasal tak sangka. Dia ingat aku bergaduh dengan teman lelaki. Semua terjadi sudah takdir. Ayah pun tak sempat melihat aku berjaya. Aku pun tak sempat mengangur lama alhamdulillah dapat kerja dekat sebuah syarikat omputih sebagai engineer. Bos aku tu memang mat saleh pun. Tapi yang bagusnya dia faham keadaan aku. Alhamdulillah aku tak lah rasa stress sangat walaupun kerja sebagai engineer memang stress. Pesanan aku untuk kita bersama,walaupun parents kita masih ada,sentiasalah atau amalkan lah sedekah bacaan2 Al-Quran kepada mereka. Paling tidak lepas solat 5 waktu,hadiahkanlah Al-Fatihah buat mereka dan insan-insan lain. Sekian.

AL-FATIHAH

– Cik Engineer

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *