Teringin jadi pengacara tv – 2:11 PM

Teringin jadi pengacara tv

Salam, admin. Harap approve la ye luahan hati aku ni.

Aku seorang penuntut tahun akhir pengajianku. Aku ni kan dari kecik2 dulu dah berminat nak jadi pengacara tv. So bila dah besar ni aku rajin la pegi mana2 audition. Ko cakap je audition apa yang aku tak pegi. Aku selalu terpilih hingga final stage. Tapi tu la, belum ada rezeki aku nampaknya.

Semalam aku pegi audition lagi dekat tv alhijrah. Alhamdulillah barisan penal juri berpuas hati dengan cara aku. Aku confident la aku akan dipanggil hingga ke 2nd stage.

Malam tadi kawan aku (aku baru kenal dia dekat audition semalam) dia message aku. Dia kata dia dapat call untuk hadir ke 2nd stage. Allah… betapa kecewanya aku sebab aku tak dipanggil pun. Sedih sangat tapi takpe la, good luck pada kawan aku tu. Hmmm… mungkin aku kena cuba lagi dan terus mencuba. Cuma kadang2 aku letih jugak la, pegi audition tapi tak dapat. Aku selalu terpilih sampai final stage tapi setakat tu je la.

Sabar lah hati. Redha je la

– Teringin jadi pengacara tv

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *