Terjebak Dengan MLM Tanpa Sengaja

Assalamualaikum semua. Diharap hari kita semua dirahmatiNya. Semoga kita terhindar dari tipu helah manusia-manusia yang bertopengkan agama kononnya tak amalkan riba sebab haram, tapi ambil duit orang tanpa sengaja adalah halal.

Bulan Oktober lepas, saya join dropship S sebab terpengaruh dengan cerita bahawa produk ni senang nak jual dan permintaan tengah tinggi. Mula-mula contact salah seorang top agent diorang tanya apa terms untuk join. Bila dia bagitau kena bayar RM70 sebagai yuran pendaftaran, saya mula pelik sebab setakat yang saya tahu untuk jadi dropship tak ada yuran. Dia bagitau yuran tu termasuk yuran pendaftaran dan saya akan dapat salah satu produk S.

Pada awalnya, stokis ni bagi guidelines untuk saya set up akaun instagram dan akaun-akaun lain yang berkaitan. Setiap bulan saya wajib jual paling minimum satu produk. Setiap hari stokis ni akan bertanya khabar di whatsapp group tentang penjualan kami semua. Kadang-kala seperti memaksa kami (dropship) untuk increase sales. Makin hari saya rasa semakin pelik sebelum saya sedar bahawa ini adalah SKIM MULTI LEVEL MARKETING (MLM). Ya Allah macam mana la saya boleh terjebak dengan benda haram macam ni.

Kenapa saya cakap ini adalah MLM?

1. Semua stokis memanggil owner produk ni Tuan Carl. Pelik juga kenapa nak panggil tuan. Biasa orang panggil boss je. Saya fikir mungkin nak kelainan. Hahaha. Bukan ye. Kalau siapa yang biasa dengan MLM, memang geng-geng ni akan panggil ketua diorang dengan panggilan sifu, madam, dan seangkatan dengan nama tuan ni.
2. Semua dropship dan agent kena bayar sebelum join dan dapat barang. Sama seperti HaiO semua tu. Nak join kena bayar dan dapat barang. Kononnya kena test dulu barang bagus ke tak. Baru boleh jual dengan customer.
3. Stokis sendiri mengaku yang fokus dia bukan untuk jual produk, tapi nak cari agent dan dropship sebanyak mungkin. Ye la, seorang dropship bayar RM70, agent rm110. Kalau seribu orang join, bayangkan berapa banyak owner dan stokis ni dapat duit. Tak payah tunggu sales dari produk. Tunggu duit dari orang join je.
4. Dalam MLM ada ranking or jawatan. Kami yang jadi dropshipper ni tiba-tiba dah naik pangkat jadi agent. Dan kami boleh cari dropship sendiri bawah kami dan buat team sendiri.
5. Stokis ajar kami cara untuk naikkan followers di instagram. Sebabnya lagi ramai followers lagi senang nak yakinkan customer untuk beli barang walaupun followers tipu. Tak yakin dengan produk sendiri ke sampai nak tipu macam tu sekali. Tak baik tau “Tuan” Carl ajar anak buah menipu macam ni.
6. Stokis ‘wajibkan’ kami selfie dengan customer setiap kali COD barang dan share gambar tu dalam group. MLM pon suka selfie jugak bila COD barang. Kan? Kan? Kan?
7. Ayat-ayat yang kerap diulang oleh stokis. “kami akan guide korang dari zero” , “saya betul-betul nak tolong korang”.
8. Kami semua wajib post paling kurang 4 posts dalam instagram dan follow orang paling kurang 100 sehari. WAJIB.
9. Tak lama lagi ada dinner. Siap dengan tema pakaian lagi. Dan kena bayar RM120 seorang. Hahaha. MLM pon ada dinner dan kena bayar kan.
10. Baru-baru ni stokis tersilap ke atau dia tak sedar yang dia share gambar konon-konon banyak sampul poslaju dah siap packing. Bila zoom gambar rupanya bukan untuk customer, tapi barang untuk agent dan dropsipper yang baru daftar. Adoi la.
11. Khabar angin yang mengatakan produk senang dijual adalah tidak betul. Setiap hari saya komen berpuluh kali di IG owner, IG bini owner, IG produk, tak ada customer yang sangkut. Saya anggap mungkin tiada rezeki saya. Tapi bawah stokis yang sama, ada 40 orang agent dan dropship, hanya 10 orang yang dapat customer. Sales paling tinggi pon hanya 20 botol dalam masa sebulan. Bila saya tengok report tu, saya yakin produk ni tidak laku seperti yang digembar-gemburkan oleh owner dan stokis. Hanya gimik untuk menarik lebih ramai agent dan dropship. So owner dapat duit free.
12. Yang ni paling annoying sikit sebab stokis macam agungkan sangat “Tuan” Carl ni. Jumpa carl untuk ambil barang pon macam jumpa artis terkenal. Macam untung tau boleh jumpa tuan carl.

So kepada yang sedang mencari peluang untuk jadi dropship atau agent, selidik dahulu bisness dan owner produk tu. Jangan sesekali menyumbang kepada kegiatan MLM ni. Yang kaya adalah owner itu sebab hasil duit dari agent dan dropship. Hakikatnya kami di bawah ni, sangat susah untuk jual barang mereka. Setiap hari kami ‘dipaksa’ untuk jual barang.

– tipah tertipu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit