Terjebak Juga

Salam semua. Terima kasih admin kalau kisah saya disiarkan. Maaf kalau tulisan agak berterabur, sudah lama tidak menulis.

Saya seorang wanita, berumur pertengahan 20an, berpendidikan dan sekarang sedang bekerja di sektor swasta, bujang dan masih tinggal bersama ibu bapa.

Kisah saya pasti ramai akan mengecam dan marah. Tetapi saya masih mau luah, kerana buntu seakan tersekat dalam situasi ini dan perlukan nasihat para pembaca.

Kisah saya bermula ketika saya masih bergelar seorang pelajar tahun akhir, ketika itu saya belajar dari rumah kerana covid-19.

Saya mempunyai seorang kakak yang baru berkahwin ketika itu. Mereka tinggal di rumah ibu bapa saya juga. Hubungan saya dan abang ipar saya akrab, baik2 sahaja.

Hendak dijadikan cerita, abang ipar saya mempunyai ramai adik beradik lelaki, dan salah seorang abangnya tinggal berhampiran rumah kami. Abangnya juga baru berkahwin, tidak sampai setahun ketika itu.

Disebabkan ketika itu pkp, hanya boleh merentas daerah, jadi abang ipar saya seringkali jemput abangnya datang ke rumah, berjumpa dan meluangkan masa bersama.

Isteri abangnya seorang yang bekerjaya, kerja shift dan seringkali tidak dapar hadir jemputan bersama.

Ada beberapa kali saya join di meja makan bersembang sekali, hanya untuk meraikan tetamu.

Pada suatu hari, saya notice abangnya add saya di instagram. Tanpa fikir apa2, saya accept atas dasar keluarga.

Sejak dari itu, dia seringkali reply dari insta story saya. Saya hanya reply seperti biasa, tanpa fikir apa2. Seolah-olah melayan ahli keluarga.

Kadang2 datang juga rasa musykil dengan kekerapan dia tegur saya di instagram. Saya tertanya tanya niat sebenar dia. Adakah dia hanya menganggap saya sebagai seorang adik atau lebih dari itu?

Pada awalnya, saya tidak langsung terfikir perkara itu boleh pergi lebih jauh, agak mustahil di fikiran saya considering statusnya.

Oleh sebab DM yang berkali-kali, tanpa sedar, saya semakin selesa, mungkin kerana usianya yang lebih tua beberapa tahun dari saya, menjadikan perbualan dan layannya agak matang tidak seperti rakan2 umur saya ketika itu.

Dia seorang yang sweet talker dan tidak pernah bercerita hal isterinya kepada saya. Dan saya tidak pernah mulakan perbualan, kebiasannya mesti dari dia.

Namun, ada juga beberapa kali saya menyuarakan tentang situasi kami ketika itu. Saya rasa seperti ada yang tidak kena.

Jadi, saya mengingatkan kembali tentang status kami berdua agar kedua-duanya tidak berlebihan. Dan kami bersetuju untuk tidak sambung berkomunikasi lagi.

Entah bagaimana, akhirnya kembali berkomunikasi lagi, dan kali itu sudah mula bertukar ke whatsapp. Dan kemesraan berlanjutan..

Saya ada juga tertanya tanya bagaimana dia mampu whatsapp saya dengan kerap, seolah-olah isterinya tidak bersama dia. Saya fikir isterinya sibuk barangkali.

Boleh kata hari2 dia akan call saya ketika dalam perjalanan ke pejabatnya, dan juga perjalanan pulang ke rumah.

Ada juga beberapa kali dia datang ke rumah saya untuk hantar makanan dan kami pon berjumpa di hadapan rumah. Tetapi ketika itu tiada siapa ahli keluarga saya perasan.

Ada juga beberapa kali dia ajak keluar berdua, tetapi saya tidak pernah bersetuju.

Fast forward, isterinya pindah tempat kerja yang lebih jauh, dan mereka harus PJJ. Kami jadi lebih kerap berkomunikasi, hampir setiap malam call. Tetapi weekend mereka akan berjumpa, jadi harus stop berkomunikasi pada hujung minggu.

Perasaan saya? Sudah pasti rasa bersalah, bodoh dan seperti tidak kenal diri sendiri. Tidak pernah terfikir dek akal saya akan terjebak dengan perkara ini.

Mengenali diri saya, saya bukanlah seorang yang mudah buka hati, dan sangat susah untuk jatuh hati. Tetapi saya diuji Tuhan dengan perkara yang saya paling tidak sangka; menyukai milik orang.

Sudah banyak usaha yang saya lakukan untuk berhenti perbuatan tersebut, namun terasa amat sukar sekali. Mungkin kerana dua2 sudah ada hati. Dan action hanya diambil dari pihak saya, menjadikan prosess berhenti berhubung itu sangat mencabar buat saya.

Tidak lama kemudian, saya terima berita yang mereka bakal menimang cahaya mata pertama. Sekali lagi, perasaan saya bercampur baur kerana ketika itu saya sudah mula jatuh hati.

Saya tahu, saya perlu stop serta merta, kerana perasaan bersalah saya menggunung tinggi. Tapi layanan dia terhadap saya masih mesra seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Beberapa bulan kemudian, hubungan kami semakin mesra, bahasa kasih sudah digunakan. Namun, tidak pernah berjumpa di luar. Hanya di telefon.

Tidak lama selepas itu, dapat berita yang isterinya akan pindah tempat kerja berdekatan dan mereka tidak lagi harus PJJ. S

aya berazam untuk berhenti berkomunikasi dengan dia sebelum isterinya kembali ke sisinya. Saya fikir dia juga akan bertindak perkara yang sama.

Namun, sangkaan saya meleset. Dia tetap berhubung dengan saya ketika office hour. Dan akan stop ketika pulang ke rumah. Hal ini berlarutan sehinggala pada suatu hari perbuatan kami diketahui oleh kakak saya sendiri.

Kakak saya memberi tahu situasi ini kepada suaminya. Lalu, suaminya terus menegur abangnya dan mengugut untuk beritahu hal tersebut kepada isterinya atau ayah mereka jika perkara ini berlarutan.

Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk berhenti berkomunikasi. Dia terus block saya di whatsapp. Tetapi masih berkawan di instagram.

Saya sudah pon jangka bahawa suatu hari nanti, perkara ini pasti akan terjadi. Akan tetapi, saya seperti orang putus cinta, sakit walaupun tahu itu untuk kebaikan diri.

Keadaan saya ketika itu sangat huru hara. Terasa sedih, marah dan geram. Mengapa datang dalam hidup saya pada awalnya, jika tahu tidak boleh ke mana.

Sepanjang saya terjebak dalam perkara ini, saya seringkali berdoa untuk Tuhan kuatkan hati agar saya dapat stop berhubung. Dan akhirnya Tuhan kabulkan doa, cuma saya harus lalui fasa2 move on yang menyakitkan.

Sepanjang fasa move on itu, adala dua ke tiga kali kami berhubung di instagram. Dan kali ini, saya yang mulakan dulu, kerana terlalu sedih dan masih tidak boleh move on.

Dia tetap layan saya baik seperti biasa tetapi sudah tidak berlebihan dan pujuk saya untuk terus kuat.

Tidak lama kemudian, isterinya bersalin. Dan hidupnya nampak semakin bahagia.

Akan tetapi, kami kembali berhubung selepas dua bulan isterinya bersalin. Tetapi tidak sekerap dan semesra dulu. Dia juga seperti sudah move on.

Setiap kali saya cuba untuk menjauhkan diri, dia seolah-olah mengejar saya kembali, cuba untuk menegur saya lagi. Saya sering kalah dengan perasaan sendiri, lalu layan lagi. Gembira sementara dan sakit semula.

Saya penat dengan rasa ini, melawan diri sendiri. Struggle nya begitu terasa lebih2 lagi apabila minda sedar itu salah, tetapi hati masih berharap. Setiap hari bagai berperang dengan diri sendiri.

Saya berdoa sebanyak mungkin dalam bulan ramadhan ini untuk Tuhan permudahkan saya lalu ujian ini. Saya sendiri tidak duga saya akan terjebak dalam perkara ini.

Saya mahu minta nasihat pembaca, cara berkesan untuk saya move on dan keluar dari situasi ini dengan tenang dan mudah.

– Alya, orang ketiga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit