Terlalu Berat Untuk Diluahkan

Aku Bunna. Aku nak buat satu luahan tentang situasi aku, aku dah buntu dengan kondisi yang menghimpit sampaikan satu tahap aku rasa dah tak mampu nak berfikir how to settle this problem.

Aku dan suami berkahwin dah 4 tahun. Anak pun dah nak masuk 3 tahun. Dari awal kahwin sampai saat ini, sesusah mana pun kondisi kami, kami tetap memilih untuk menyewa rumah asalkan kami ada rumah sendiri dan tak perlu bercampur dengan keluarga aku atau keluarga suami.

Sejak lahirkan anak, kos sara hidup kami makin meningkat dan keadaan ini makin menekan kerana suami sahaja yang bekerja.

Dari awal kahwin suami memang tak kisah aku nak kerja or tak. Bila anak lahir, suami nekad untuk aku jadi suri rumah yang fokus pada anak, suami and hal rumah.

Tapi bila mana anak meningkat usia, dan kos sara hidup makin meningkat semua tu ibarat cakap tak serupa bikin. Apa yang dicakap mostly ada plot twist sampai kadang aku rasa suami aku ni tak akan mampu nak backup aku ke apa walaupun dia tahu cerita sebenarnya.

Contohnya, aku ingat lagi masa mak ayah suami datang bermalam dirumah dan mereka menanyakan status aku yang bergelar suri rumah. Masa tu diorang adalah luahkan yang diorang tak berapa setuju dengan keputusan aku disebabkan aku ni ada master.

Diorang rasa if aku kerja, baru lah financial keluarga kecik kami akan kukuh. Bab anak pulak diorang pelawa aku untuk serahkan semua urusan anak kat diorang. Bukan aku tak nak ikut apa yang diorang cadangkan sebab sebelum ni pun ada jugak plan macam tu.

Tapi bila aku ingatkan situasi dimana aku terpaksa pantang dengan family suami, aku jadi agak tak selesa. Yelah, masa aku pantang aku memang jauh dari suami.

Suami pulak bukan jenis suka on call, kandang tu aku yang terpaksa call dia barulah dia ingat yang isteri dia and anak dia ada dekat rumah mak ayah dia sedang berpantang so on.

Dia selalu bagi alasan yang dia letih after balik bekerja sedangkan masa tu sebenarnya dia sibuk lepak and main game.

Masa aku berpantang rumah mak ayah mertua aku, diorang selalu kondem aku itu ini terutama bab jaga anak apa semua. Tak cukup tu dari masa berpantang tu aku selalu dihujani tentang soalan “Apa plan lepas ni? Nak kerja mana lepas ni?” padahal masa tu badan aku masih lemah.

Berair mata jugaklah masa tu and husband boleh suruh aku bersabar jer. Tak sampai sebulan berpantang aku decide untuk berpantang sendiri sebabkan aku tak selesa bukan takat sebab diorang kaki kodem or tanya about kerja.

Tapi diorang kadang tu macam anggap aku manusia yang lansung tak ada privacy, nak susu kan anak pun tak selesa sebab diorang main terjah bilik semata-mata nak ambik cucu padahal anak aku tengah nangis lapar nak susu.

Lepas tu denied apa yang aku cakap macam diorang lebih tahu and lebih makan asam garam hidup.

Lepas dari kes pantang tu memang hubungan aku dengan family mertua agak dingin terutam mak ayah mertua. Adik beradik, ipar duai setakat ni masih okay lah mungkin sebab diorang pun faham perangai parents diorang macam mana kan.

Then aku bukan jenis yang suka pendam and makan hati terutama dengan suami, so aku memang pilih untuk luahankan segala apa yang aku rasa dari A to Z.

Sepanjang anak membesar adalah banyak kali jugak mak and ayah mertua datang melawat kami.

Dan seperti biasa topik dia akan fokus pada aku macam contoh about kerja, about bad things jadi suri rumah, about how aku urus anak aku and suami, about keadaan rumah, and macam-macam lagi. Kalau tak secara direct pun diorang akan still perli-perli aku even depan suami.

Aku ingat lagi masa tu anak aku umur setahun 3 bulan masa tu, memang aku ada belikan mainan anak pakai duit yang suami bagi tapi mainan tu pun dari kedai 2 ringgit jer. Lepas tu masa mak atah mertua aku datang tu diorang datang mengejut.

Suami tak cakap apa pun pasal tu. Diorang pulak bukan suka berurusan dengan aku, lagi pun as diorang cakap “ni kan rumah anak kami”.

Haaaa datang-datang jer terus nampak rumah berseah dengan anak aku tak pakai baju sebab baru lepas mandi and dia pulak terus sepahkan mainan dia.

Then kat situ jugaklah aku kena sekolahkan. Anak satu macam ada anak 10. Rumah tak terurus, anak tak terurus, diri sendiri tak rurus, haaa tu belum masa bab suami tau.

Jadi sepanjang aku bergelar isteri aku banyak kena sindir, kena hina and di downgradekan. Suami aku pulak jenis cakap dia jer nak betul. Kalau aku luah pasal mak ayah dia apa semua, dia akan terus naik marah. Jadi start tu aku banyak diamkan diri.

Tapi makin aku diamkan makin pulak aku nampak yang dia macam deny yang aku ni isteri dia and aku ada hak untuk campur tangan urusan keluarga kecik kami even yaaa aku tahu aku tak ada contribution dalam bab financial. And now the issue become worst.

Sebabkan suami kerap sangat mintak tolong keluarga dia terutama mak ayah dia, jadi dah macam kewajipan untuk dia ceritakan keadaan keluarga kecik kami termasuk masalah dalam kami.

Dia cerita dari side dia soo as family member mesti akan ada bias. Jadinya makin keruh lah hubungan aku dengan mak ayah mertua.

Dan now, bila mana financial kami makin teruk, suami decide pulak untuk berhenti kerja and bawak aku duduk dengan mak ayah dia sedangkan dia tahu kondisi ayah aku yang tengah sakit and aku ni anak sulung.

Sebelum ni memang adalah sebulan sekali mesti balik lawat ayah, and bermalam semata-mata nak jaga ayah. Memamg ye ada adik beradik lain yang jaga ayah, tapi takkan lah aku nak lepas tanggan. Adik beradik lain pun semua dah berkahwin jugak.

Now bila aku tanya, “are you serious with keputusan you?” and you know dia sangat-sangat sure yang dia dah buat keputusan terbaik dengan cara berbincang dulu dengan family members dia sebelum dengar pandangan aku.

Bila mana aku still cuba tegakkan pandangan aku, senang-senang ABC dia paksa aku diam sebabkan selama ni aku tak ada contribution dari segi financial.

Kadang aku terfikir jugaklah nak mintak cerai jer sebab aku rasa aku boleh jadi gila bila duduk dengan orang yang sah-sah tak suka aku.

Tapi… Tulah, dia mungkin banyak silapnya as suami, tapi sepanjang kahwin dia tak pernah lagi pukul aku, caci maki aku, and bab anak pun tiptop dia jaga A-Z.

Cuma yang aku tak puas hati is why dia tak nak pun bincang dengan aku dulu. Bila dah jadi macam ni, dia paksa aku diam so that emosi and keputusan dia tak terganggu. What can i dooo???

– Bunna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Jadi kenapa you tak kerja? dan ikut apa yang mertua katakan? Just hantar anak dekat rumah diorang then you boleh lah build your career lagipun memang mertua you sanggup untuk jaga anak2 korang kan so no problem there.. Macam you cakap suami you tak kisah pun you kerja atau tak, lagi2 bila ekonomi makin merosot, I rasa mungkin suami you pun benarkan je you cari kerja bantu sedikit sebanyak. Macam you cakap ekonomi sekarang kalau suami sorang je bekerja tak cukup anak makin membesar makin demand high cost, so why not you try cari kerja? I faham mertua you push you macam tu dan I faham kenapa you stress. Tapi betull takkan nak mengharap duit mak bapak korang dah ada family sendiri. Jangan jadikan alasan you dah berumah tangga banyak tanggungjawab jadi suri rumah, jaga anak, kena berpantang sebab zaman sekarang ramai je wanita yang berkahwin dan bekerjaya. Lagi pun you ada master. So dari cerita ni issuenya masalah kewangan, kalau nak mengharapkan mertua you puji you menantu yang perfect mungkin mustahillah tapi maybe boleh bukti kan pada diorang you pun berguna? sahut cabaran tu kan?

  2. Lepas baca komen ni, saya boleh simpulkan yg TT perlu ada duit sendiri. Kalau lelaki kaya, nak duduk rumah jaga anak takde masalah. Jadi carilah kerja, nak cerai pun lepastu nak duduk mana sis? ada fikir exit plan tak? Kalau pilih untuk bercerai pun, bukannya boleh duduk rumah saja, confirm kena juga keluar bekerja. Tiada sesiapa boleh mengubah diri kita melain kan diri kita sendiri.

  3. biasa la bila x de kerjaya…hanya ddk d rmh…org ingt bt perabihkn duit laki…bila suami sndiri x bckup mmg mkn ht…kt situ pn da nmpk mak ayah mertua dgn suami sndiri tue mcmne…skrg nie org ckp baik jaga ht sndiri dr jaga ht org …ckp mmg nmpk mudah…tp org yg lalui saja akan fhm perasaan bila kena perli,reaksi yg x brpe suka,..jgn ddk skli dgn mertua …(manusia nie bila kita ade duit,pgkt d sanjung bkn main,tp bila kita x de smua tue pcy la,mmg kita x kn d pndg)

  4. kerja la sis.. biar ada duit poket sendiri. Nanti kerja ada duit, anak hantar kat taska. Memang la isteri tak wajib bekerja tapi tak salah pun kalau kita bekerja, duit pun ada tak susah untuk masa depan walaupun sikit je simpanan. Lama-lama jadi bukit. Boleh beli apa sahaja dengan duit sendiri, terus kuat semangat ye sis. Bab anak tu nak bagi mertua jaga saya rasa kurang berkenan bab tu.
    Lagipun anak dah besar tu.. sama usia anak sy jugak. masuk taska, seronok ada ramai kawan.

  5. Dek, ada Master. Cerah masa depan.

    Betul cakap ibu bapa mertua.. Kerja sahajalah. Ada suami pun tak hormat dan memahami isteri sendiri. Lebih baik kerja, ada duit sendiri dapat tutup mulut ibu bapa mertua.

    Mereka beriya inginkan menantu ada Master nya kerja kan? Ikutkan sahaja!

    Ada duit tengok suami dan mertua berubah atau tidak, jika sama sahaja toksiknya lebih baik cerai.

    Berkahwin untuk bahagia. Tapi cerita adik lebih pada derita. Sudahlah seksa mental emosi jiwa raga.

    Anak anak hanya akan membesar dengan baik dalam rumah tangga yang sihat.

    Suami berhenti kerja. Duit makin kurang. Anak anak harap mertua ka?

    Masa sedap buat anak tak ingat semua itu?

    Cerai sahajalah. Mulakan hidup baru.

    Sampai bila nak menderita?

    Nak tumpang mertua?

    Ada Master mampu bergaji besar, lebih baik adik bekerja dapat hidup senang.

    Ramai sahaja janda di luar sana lebih bahagia lepas bercerai.

    Simpan suami pemalas, kaki main game dan harap ibu bapa walau sudah bergelar suami. Sangat memalukan! Masih ada kudrat untuk bekerja malah menyalahkan isteri.

    Berhenti tersakiti. Bebaskan diri sendiri dari seksaan suami tak guna. Seksa emosi seksa mental. Orang sihat pon boleh sakit jiwa.

    Gunakanlah kebijaksanaan anugerah Allah. Belajar sampai Master tapi orang gaji T20 lebih dilayan mulia berbanding adik. Fikirkanlah dik!

  6. Kalau keadaan kewangan kluarga dah makin ‘teruk’, knp suami nk ambil kputusan utk brenti kerja, kan hal itu nt akn menjadi lbh teruk.. klau la dia dah bincang dgn famili dia, mcm x logik je, sdgkan mak ayah dia pon suruh awk cari kerja.. nk cari kerja pon, bkn mintak kerja harini, esok terus masuk kerja.. knbnyakan sykt skrg pon nk orang yg ada pengalaman kerja.., klau nk pilih tempat kerja pon, nk tengok jugak tempat or syarikat tu sesuai ke x, sama ada ada ‘jaminan’ utk kerja dlm tempoh yg lma dsb.. memangla dlm keadaan skrg, bkn isu nk ‘memilih’ kerja, tp dgn ank yg sdg membesar, klaw slalu tukar kerja pon, nt terganggu jugak ‘kebajikan’ ank tu nt.. seeloknya , jgn hantar ank utk mertua jaga.. awk pon dah fhm mcmne cara mereka menilai awk, nt klaw ada apa2 msalah d kmdn hari, takut ank tu yg jd ‘rebutan’ pulak.. biarlah kita susah sedikit, asalkan ank tu selamat di bwh jagaan kita.. tentang suami tu, klaw dia mmg akn ‘mnyebelahi’ kluarga nya, awk x perlu cerita semua perkara mngenai mertua kpd nya, bimbang nt sampai blk kpd mertua yg sudah sedia ada persepsi negatif terhadap awk, keadaan akn jd ‘havoc’ dan awk jugak yg akn “stress”.. pandai2lah membawa diri dan sesuaikn dgn keadaan, agar kekal lama hubungan kekeluargaan.. klaw nk bercerai pon, nmpak mcm ‘mudah’, tp sbenarnya bnyak impak yg akn timbul, terutama yg melibatkn ank awk, so fikirkanlah dgn sebaik2nya.. wallahu a’lam

  7. Dik, sebelum ada anak, akak pernah bekerja. Lepas ada anak, akak pun dah benti sebab nak jaga anak2 sendiri.

    Then akak pun terpaksa ikut suami stay dengan mertua, disebabkan diorang tak bape sihat dan masetu akak je menantu tak bekerja, plus suami bekerja sendiri, so ipar duai rasa kamilah calon paling layak utk balik jaga mertua.

    Long story short, the truth is, elakkan lah duduk sebumbung dgn diorang. Lebih2 lagi bila dah tau yg depa tak suka kita. Sebab apa? Becoz, I’ve been in the situation and yes I regretted it, yet I can’t turn back time.

    Nasihat akak, awak cakap dengan suami, awak nak bekerja. But for the sake of your pocket and your kids. Not because of him. Kalau dia rasa dia boleh terima, then you won’t have to face your parents in law anymore. Awak tak perlu dah duduk dengan diorang. Yg penting, jadi wanita yang kuat dan tegas ya. Akak doakan semoga urusan awak dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *