Terpaksa Berpindah Tempat Kerja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nama saya ialah Azizah. Saya ingin menceritakan tentang apa yang telah berlaku kepada kawan baik saya sejak sekolah iaitu Herda. 

Saya ringkaskan latar belakang Herda untuk lebih memahami masalah Herda.

Herda sudah berkahwin ada 2 orang anak yang belajar di tadika dan SK. Suami Herda bekerja di KL dan berulang-alik dari rumah setiap hari. Herda tinggal di sebuah negeri sebelah Selangor. 

Pada bulan Julai, Herda diarahkan bertukar dalam masa 24 jam atas alasan keperluan perkhidmatan ke tempat kerja baru di kawasan jin bertendang dan jauh dari rumah yang mengambil masa extra 1 jam dan 1 1/2 jam perjalanan kalau tersangkut jammed daripada office lama. 

Apabila suami Herda tahu mengetahui mengenai pertukaran tersebut, mengamuklah dia dan bertegas hendak jumpa pegawai atasan.

Herda tidak mahu mengeruhkan keadaan untuk membawa perkara tersebut ke pihak atasan dengan memikirkan konflik yang bakal berlaku. 

Bagi pendapat Herda, memperbesarkan hal pertukaran tersebut boleh menyebabkan masalah seperti kenaikan pangkat, masalah dengan pegawai-pegawai di tempat baru dan berlakunya viral perkara yang tidak sepatutnya. 

Apabila difikirkan semula hujah Herda, ada betulnya juga.

Seperti sedia maklum, apabila ada sebarang siasatan, kemungkinan besar kenaikan pangkat dan gaji akan di hold sehingga selesai siasatan. Tempoh yang diambil untuk siasatan diadakan mungkin lama. 

Masalah dengan pegawai-pegawai di tempat baru mungkin juga bakal berlaku. Sudah tentu tempat kerja baru pun terlibat sama dan perlu memantau segala tugas Herda. Itulah yang Herda hendak elakkan.

Herda tidak mahu bekerja dalam keadaan tidak selasa dan mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri di tempat baru. 

Mengenai isu viral, cukuplah sekadar rakan-rakan setugas di tempat lama sahaja yang bergosip mengenai pertukaran tersebut. Hendak diapakan mulut orang boleh mereka cerita apa saja.

Tanpa usul periksa, berterbangan gosip mengatakan Herda melakukan jenayah berat sehinggakan perlu ditukarkan dalam masa 24 jam. 

Yang berkata-kata terlupa agaknya pertukaran 24 jam itu memang legit dalam circular. Boleh berlaku dalam perkhidmatan tanpa mengira pangkat. 

Dalam situasi Herda, memang nampak bad recordlah situasi pertukaran tersebut disebabkan Herda ditukarkan secara mengejut bukan disebabkan naik pangkat dan kebetulan pula ditempatkan di kawasan jin bertendang jauh daripada office lama. 

Kalau ditanya kepada semua orang, siapalah yang hendak bertukar tempat kerja atas paksaan seperti ini. Tetapi hendak buat macam mana, termaktub di dalam offer letter dan circular. Mahu tak mahu, kenalah kemas barang dan berpindah. 

Apabila telah berpindah ke tempat kerja baru, Herda memerlukan masa yang banyak untuk menyesuaikan diri. Tambahan pula, dengan perjalanan ulang alik ke tempat kerja yang jauh memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. 

Extra perjalanan selama 1 jam mungkinlah perkara ringan bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi Herda.

Saban hari semasa bertugas di tempat lama, Herda akan bangun tidur pada pukul 5 pagi untuk menyiapkan bekal seisi rumah. Sekarang, Herda tidak mampu melakukannya kerana rushing untuk keluar rumah awal pagi. 

Selalunya tugasan menguruskan anak-anak adalah tugasan Herda. Semenjak berpindah tukar, tugasan tersebut bertukar tangan dengan suaminya.

Memandangkan suaminya perlu bertolak awal ke KL, seawal subuh sudah dihantar anaknya ke sekolah. Cikgu bertugas pun belum sampai, anak Herda sudah berada di sekolah. 

Begitu juga hal selepas habis sesi persekolahan. Anak orang lain sudah sampai rumah, anak Herda perlu tunggu Herda menjemputnya pada waktu petang. 

Saya dan beberapa kawan rapat Herda pernah berbincang untuk membantu Herda.

Kami pernah memberi cadangan untuk pindahkan sekolah anak-anaknya berdekatan dengan tempat kerjanya. Pada pendapat kami, itu lebih baik kerana lebih dekat dengan Herda jika berlaku emergency. 

Saya tahu Herda agak kurang setuju dengan cadangan tersebut.

Ibu manalah yang sanggup kejutkan anak-anak terlalu awal pada waktu pagi dengan terpaksa hadap ragam anak-anak pada waktu pagi dan membiarkan anak-anak tidur dalam kereta sepanjang perjalanan dengan jammednya lagi. 

Mengenai isu kewangan keluarga sudah tentulah banyak duit yang terpaksa dikeluarkan berbanding sebelumnya. Dari segi minyak dan tol dan juga makan minum.

Sebelum ini boleh berjimat dengan membawa bekal dan tak perlu melalui tol. Belum lagi sentuh mengenai service kereta untuk perjalanan jauh setiap hari dan bayaran extra time pengasuh anak kecilnya kerana hantar awal pagi dan pulang lambat. 

Mengenai pertukaran Herda, memang betul alasan ditukarkan ke tempat baru atas keperluan perkhidmatan disebabkan kekurangan staff di tempat baru bukan disebabkan jenayah besar seperti dihebohkan. 

Mujurlah Herda kuat semangat dan tidak luntur semangat apabila diperkatakan sebegitu. Saya harap sangat Herda kuat dan tabah mengharungi kehidupan hariannya. Itulah doa saya setiap hari buat Herda. 

Itulah orang kata, kalau tak berada disituasi orang tersebut, jangan cepat menghukum dan mengeluarkan kata-kata.

Apabila berlaku kepada kawan baik sendiri, saya hanya mampu menyuruh Herda bersabar dengan keadaannya. Agaknya Herda pun sudah lali dan muak dengan perkataan SABAR tersebut.

Apabila mendengar khabar pertukaran kerja kawan-kawan kalau tidak disebabkan naik pangkat atau bukan better offer dan benefit, sebaiknya kita mendoakan segala kesenangan buatnya. Tidak perlu rasanya membuat spekulasi sendiri. 

– Azizah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *