Terpaksa dan Redha.

Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu ni aku terperuk ssorang-sorang di bilik. Masing- masing dan boleh kat seketui dua je clasmates aku yang stay sekali. memandangkan clasmates lain dah balik.

Kes nya adalah sebab aku and sekerat dua lagi pilih untuk repeat paper. untuk menaikkan pointer sem lepas punya pasal.

YUP.
Aku lambat gila pickup bila lecturer mengajar. aku kena study hard dan study smart . Both aku kena buat. Aku tak boleh rehat-rehat macam manusia lain yang memang masha Allah diaorang punya genius memang kau tak sangka.

SO , INI KISAH AKU.
(moga korang ambik iktibar) terutamanya yang lepasan SPM. Nanti nak masuk universiti jangan jadi macam aku.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aku ambik course engineering di UA(Universiti Awam). Sekarang aku dah berjaya untuk separuh perjalanan degree life aku .alhamdulillah. next year tahun intern pulak.

Ceritanya aku ni tak minat sains dan adik beradik dia . Aku minat seni. Kalau aku tengah stres ke apa ke , aku akan melukis , dan bila aku melukis maksudnya aku memang tak belajar laaa kan. aku terganggu.

Banyak masa aku lalai. sepatutnya aku belajar atau buat tutor berkaitan kursus subjek aku. aku akan conteng/lukis-lukis .

sebelum degree , aku masuk matrik . masa aku dah kat matrik. Aku dapat diploma interior design. Aku dapat jugak tawaran iv diploma perancangan bandar dan wilayah. Everything comes not as my rezeki, but only for my history/memory. My mom not support my passion. Even my mom tak cakap direct kat aku. Tapi aku tahu apa yang my mom nak. Either i need to be as medic people or only an engineer person.

Why mom?

perancangan bandar dan wilayah not bad kot. Under faculty architecture jugak kan.

And for my degree life same benda yang sama jadi . But kali ni aku tak dapat faculty seni bina. aku just dapat faculty of fine art. Dan untuk sesetengah kos macam ni memang akan ada iv.

Tahu tak apa mak aku cakap, bila aku kata aku dapat iv utk fine art tu.
"kalau awak tnya mak, mak tak cakap tak boleh. cuma. awak nak kerja apa nnti. mana ada kerja sangat untuk orang belajar kos tu. tu haa, tengok akak tu, tengok jiran tu,, tengok itu ini… and etc. mana ada kerja. habis belajar takde kerja . duk rumah yang perempuan kawin. pastu hutang belajar nak bayar lagi. lagi pon nak iv jauh. tkde orang boleh hantar awak. alaa…takkan tak dapat kot kos yang elok-elok sikit. "

sedih wei. sepanjang mak aku cakap tu. aku diam jee. sebab apa.?
sebab aku tahu, bila mak aku banyak alasan, tu tanda dia tak setuju.

last-last dia habis je cakap. aku masuk bilik. aku tak jawab apa pon.sebab dari tadi aku tahan airmata. takung-takung dah beb. macam kolam renang. nak tunggu badak terjun je, kasi air melimpah keluar .

bila aku dah reda sikit ,aku keluar bilik and aku jawab…..
"masuk pendidikan boleh. futher as being teacher or i can be as lecturer too. just let me and my passion comes along mom .."

Aku memang tak nak engginering. sebab lepasan matrik modul aku memang majoriti masuk engineering . :(

Akhirnya, aku mengadu kat adik beradik aku, dan diaorang cakap ikut jela cakap mak. sebab apa?

"Sebab apa-apa yang kita nak buat kena ada berkat dan doa dari ibu bapa kita. kalau kita hendak pon, tapi mak ayah tak redha, tak support, kita boleh jatuh."

so, akhirnya . aku tak gi pon iv apa-apa. frust menogeng sampai sekarang . sebab lepas tu aku dapat degree
kos engineering ni. dan mak aku memang dan semestinya suka. cuma aku ni ha, tuan punya badan tak suka.

Frust sangat-sangat masa first year. aku ni alhamdulillah dari sekolah rendah sampai menengah aku tk pernah gagal . since masuk matrik dan degree je aku rasa yang aku selalu gagal.

well, keluar mtrik pointer entah apa-apa je. 2 point something, i forgot already. Yeah, nothing worth to remember.

masa sem 1, aku dah ada subjek kena repeat. and you know what? subjek tu senang je. tapi aku yang tak belajar. aku tak minat nak ambik tahu. aku main-main sangat-sangat.

time kelas, aku melukis, time kat bilik aku melukis gak, dah macam mana dan masa bila aku nak belajar betol-betol?…

lastly, aku tahajud, aku taubat,aku istikharah, dan aku terpikir yang aku dah mensia-siakan tempat di UA yang aku dapat sekarang ni walhal, banyak lagi orang lain yang layak. tapi aku tk menghargai peluang aku.

Biar la aku merana sikit, korbankan minat aku. teruskan. paksa diri aku. dan paling penting aku kena REDHA. mak ayah dah bagi segala untuk aku. tapi aku tak kan tak boleh bagi mak ayah aku ijazah aku. bukan mak ayah aku mintak PHD pon. cukup untuk hidup aku terjamin baik. dengan ada nya usaha dan pilihan terbaik dari awal.

tapi.masa awal-awal untuk aku paksakan. Untuk aku redhakan. semua ni sangat-sangat menyakitkan.
wallahi.
sakit sangat.
aku stress. sebab aku tak boleh pilih hidup aku sendiri. aku tidur je memanjang. aku tak balik rumah sangat . alasan nya, aku belajar jauh. penat nak balik. alasan sangat. banyk lagi alasan lain aku bagi .

betul la. nak redha dan ikhlas tu payah. payah. hari-hari kena tajdid niat.

so, untuk yang belum masuk uni. jangan jadi macam aku. nanti kau stress. nanti kau payah nak redha dan ikhlas. kau pilih elok-elok. bincang dengan family elok-elok. family aku payah bab nak bincang-bincang ni. selalu ikut je kehendak mak ayah aku . dan aku ni sejenis yang payah nak kata tak. aku tak boleh dengan mak ayah aku. aku mati akal.

aku sekarang ni dah 20+ dah, ayah aku dah tnya pulak pasal lepas study nak kerja ke apa? sebabnya ada orang dah risik-risik.

Dalam hati aku…" pelase, aku tak suka. tolong jangan pilih hidup aku kali ni. "

lastly, aku jawab, nak sambung second degree, tak pon nak sambung master. tak pon kerja.

aku biarkan hal-hal hati ni tergantung. aku rimas.

alhamdulillah, ramadhan ni buat aku makin redha. sem ni aku study elok-elok. aku tak banyak main sangat. aku harap result aku makin elok . sebab aku perasan every sem sekarang ni, alhamdulillah, pointer aku makin naik.walau aku dalam keadaan terpaksa dan redha dalam satu masa. 50-50.

– -unknown-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Lor. Ko ni pun. Ikot je la diri sendiri kalau dah suka benda tu. Tegas la sikit. Kalau atas dasar berkat semata2 sedap la org tua dok pilih jalan utk kita. Cakap je elok2 sepatutnya, pastu tegas dgn keputusan tu. Ibu bapa pun ada tanggungjawab jugak utk menghormati pendapat anak2.

  2. Well mari nak cite. Aku pun sebijik macam ko. Bezanya aku amik degree sains.
    Yup btul. Apa yang kakak ko cakap pasal restu mak tu betul. Lepas aku study je walaupun aku xminat, x konvo lg aku awl2 da landed kerja.
    Dan sekarang aku krja gomen, which is bukan minat aku pun, tapi mint parents aku.
    Tapi yang magiknya aku tenang. Rezeki aku sentiasa ada. Dulu aku pernah mrngangur setahun, yang ajaibnya rezeki ad je. Percayalah Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu

  3. Reality hurts tapi mmg betul apa mak ko cakap. Mak ko bijak,dia dah nampak career prospek. Ada sesetengah course yg post dia limited,kena tggu officer tu pencen dulu baru ko leh naik. Pendidikan skrg pun hnya melalui IPG atau MARA. Dengan lambakan DG41, belum cerita yang berlambak tunggu posting lagi. UPSI sendiri dah jadi open market. Ko kuatkan semangat and be positif. Tiada yang mudah dalam hidup ni. Tapi insyAllah usaha ko akan membuahkan hasil. Semoga berjaya.

  4. Pengalaman saya dulu masa nak masuk universiti..saya minat IT.. Saya tanya ayah saya ok ke kalau saya ambil Course IT? Ayah saya jawab ayah tak tau apa minat kamu, kamu pilih Course yang kamu minat baru kamu akan berjaya.. Alhamdulillah sekarang dah bekerjaya dan ada perniagaan yang menguntungkan Based on IT..tengah sambung master lagi..Bersyukur ada ayah seperti ayah.. Happy Father’s day ayah.. Insyallah saya akan tak akan halang minat anak anak saya di masa hadapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *