Terpinggir

Assalamualaikum. Selamat berpuasa dan selamat hari raya yg akan tiba tak lama lagi.

Saya seorang perempuan, anak ketiga dari 4 org adik beradik, merupakan anak perempuan bongsu dan masih tinggal bersama keluarga. Sudah lama saya memendam perasaan dengan sikap keluarga yg membuat diri saya terpinggir. Org lain sentiasa melihat keluarga kami bahagia tapi tidak bagi saya.

Adik beradik saya sangat rapat tapi cuma saya yg dipinggirkan. Dari kecil saya dilayan dengan berbeza dari adik beradik yg lain. Ibu dan bapa selalu melebihkan kakak-kakak dan adik saya. Contoh terdekat ialah sekarang, dua org kakak saya berjaya memasuki universiti, saya pula masuk ke sebuah kolej kerajaan dan adik berjaya memasuki kolej swasta. Semuanya dalam kelulusan dan bidang yg berbeza dan mengikut urutan sayalah yg pertama menamatkan pelajaran berbanding adik beradik yg lain tapi ibu dan ayah mengarahkan saya untuk mencari kerja. Urutan kedua ialah kakak yg sulung, tapi dgn senang hati ibu dan bapa membenarkannya menyambung pengajian.

Sebenarnya dalam diam saya membuat permohonan untuk menyambung belajar ke kolej swasta dan biasiswa keluar negara kerana ketika itu saya sudah setahun menganggur. Alhamdulillah kedua permohonan saya diterima dan saya bunga-bunga memberitahu ibu mengenai hal tersebut. Saya memberitahu mengenai tawaran ke kolej swasta itu terlebih dahulu memandangkan ia memerlukan belanja yg lebih sedikit dari tawaran keluar negara dan yg pasti kosnya lebih rendah dari kos pelajaran kakak yg sulung. Tapi ibu menyuruh saya mencari kerja terlebih dahulu dan membayar kos itu dgn gaji sendiri. Jadi kedua tawaran itu terpaksa saya tolak. Sekarang kakak saya yg seorang lagi dan adik lelaki saya akan menamatkan pengajiannya tapi keduanya mendapat sokongan dari ibu dan bapa untuk menyambung pengajian. Saya merasa sangat sedih tapi saya cuma mampu berdiam diri.

Buat pengetahuan pembaca saya masih menganggur tanpa mendapat duit belanja untuk keperluan diri, saya masih menganggur kerana ibu dan bapa saya memberikan banyak syarat untuk saya berkerja membuatkan saya sulit untuk mencari kerja yg sesuai dgn syarat yg diberi. Dan semestinya syarat-syarat itu tidak dikenakan pada adik beradik yg lain. Lagi satu hal yg lebih membuat saya terpinggir ialah keluarga tidak pernah mahu mendengar masalah saya dan tidak mempercayai saya. Sekalipun masalah saya didengar mereka akan menyalahkan saya.

Pernah sekali saya mendapat gangguan seksual dari abang sepupu dan saya mengadu pada kakak tapi mereka menuduh saya mengada adakan cerita. Jadi saya mengambil keputusan memberitahu hal itu pada ibu tapi malangnya ibu tidak mengambil serius dan mengatakan abang sepupu hanya main-main dan bergurau saja. Saya tidak tahu ingin mengadu pada siapa sehingga saya berkenalan dengan seorang lelaki yg saya percayai ketika itu. Dia kelihatan bersungguh sungguh ingin berkawan dengan saya jadi dia membuat keputusan ingin berjumpa bapa saya. Malangnya pertemuan itu tidak berjalan dgn lancar kerana bapa kurang berkenan dgn pekerjaan lelaki itu sebagai seorang jaga.

Ketika pertemuan itu bapa meminta untuk bertemu hanya berdua dgn lelaki itu yg membuatkan saya tidak tahu menahu mengenai penolakan tersebut. Sehari selepas pertemuan itu lelaki itu ingin bertemu dgn saya jadi saya turutkan kerana tidak mengesyaki apa-apa. Ketika itulah sesuatu yg tidak diingini berlaku kepada saya kerana lelaki itu berdendam pada bapa. Kerana dendam pada bapa saya yg menjadi mangsanya. Sampai ke hari ini saya tidak tau apa yg bapa katakan padanya sehingga dia bertindak sebegitu. Selepas kejadian itu saya berjumpa dgn seorang duda yg melayan saya dgn baik. Dia yg menasihati saya untuk mengadu pada keluarga dan membuat laporan polis.

Saya cuba untuk berbuat demikian tapi sekali lagi luahan saya tidak didengari. Saya merasa sangat tertekan dan mengurungkan diri di bilik. Dua bulan saya mengalami tekanan dan kemurungan tapi tiada siapa pun yg peduli. Kira-kira 3 minggu mengalami tekanan itu saya mendalami pendarahan yg teruk dan saya adukan pada duda yg selalu memberikan saya semangat itu. Kerana dia juga merupakan salah seorang pegawai perubatan dan saya yakin dia tahu apa yg saya alami. Rupa-rupanya saya mengalami keguguran. Sudah berkali kali dia memujuk dan memaksa saya untuk membuat pemeriksaan di hospital tapi saya tidak mahu kerana takut jika keluarga tahu pasti saya dituduh macam-macam. Jadi saya membuat keputusan untuk terus berdiam diri dan meneruskan misi berkurung di bilik tidur.

Ibu pernah bertanya kenapa saya berbuat begitu tapi saya hanya diam kerana masih teringat sikap tidak endah ibu ketika saya mengadu mengenai abang sepupu dan ketidak pedulian ibu ketika saya cuba mengadu mengenai apa yg saya alami sebelum ini. Selepas dua bulan berkurung di bilik saya di dapati pengsan kerana kekurangan air dan nutrisi dalam badan, saya pun dibawa ke hospital. Setelah sedar saya amat takut rahsia saya akan terbongkar tapi saya bernasib baik kerana rahsia itu masih dalam simpanan. Selepas kejadian itu saya berfikir mungkin keluarga sudah berubah dan akan melayan saya seperti adik beradik yg lain. Tapi rupanya sikap mereka masih sama. Setiap aduan saya tidak pernah di dengar. Bahkan pernah satu hari kakak menegur kesalahan saya jadi saya cuba berubah tetapi pada hari yg lain kakak membuat kesalahan yg sama jadi saya turut menegur tapi kakak menengking saya. Saya mengadu pada ibu tapi kata ibu kakak belajar dan mempunyai kelulusan yg tinggi dalam ilmu agama jadi dia lebih tahu apa yg dilakukannya.

Sekarang saya hanya ada duda tersebut tempat saya mengadu dan bercerita setiap masaalah saya. Dialah satu-satunya kekuatan yg saya ada ketika ini dan hanya dia yg mahu menerima dan memahami diri saya. Tetapi sekali lagi bapa menolak dgn alasan pekerjaan dan kelulusannya tidak sesuai dgn saya yg mempunyai sijil diploma. Bahkan dia juga mengatakan seorang duda tidak layak untuk anak daranya. Sedangkan bapa tidak tahu saya sudah tidak suci lagi kerana dendam org padanya. Tapi dia masih bertahan dan cuba memujuk serta mengikut kehendak bapa. Cuma saya amat mengenali bapa yg memang keras hati, sekali dia tidak suka sampai bila-bila akan ditolaknya. Saya jadi buntu dan tersepit.

Cerita ini tidak akan pernah habis jika saya luahkan semua. Tapi ingin saya meminta pendapat pembaca semua apa yg harus saya lakukan? Jika saya meneruskan hubungan dengan duda tersebut tanpa restu bapa saya adakah saya derhaka pada wali saya? Saya sudah melakukan istikharah dan mendapat jawapan untuk meneruskan hubungan dgn duda itu tapi saya bimbang menjadi anak derhaka kerana membantah perintah bapa. Saya tidak tahu ingin meluahkan pada siapa. Saya amat memerlukan bantuan dan pada yg sama turut meminta bantuan dari Allah Yang Maha Esa..akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca luahan yg sudah lama terpendam ini. Segala baik buruk pandangan anda akan saya terima dgn hati yg terbuka.

– Dilla

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

23 Comments

  1. Tny direct kepada parents kenapa buat mcm tu. Mungkin akan berlaku sedikit pertengkaran. Tetapi lebih baik dapatkan penjelasan supaya hati lebih tenang.

    Kalau berani, hilangkan diri utk sementara waktu. If they care, they’ll notice. If not, you know where you stand.

  2. Xpaham…Macam mana bleh gugur? De hubungan dgn sapa? Dah kawin ke.. Mgkin Mak ayah kau dh tahu hubungan tu.. Diowg saja buat diam.. Cer kau minta maaf dekat mak kau.. Mgkin ada benda yg dia xpuas hati..

  3. Suruh duda masuk meminang, kalau keluarga tolak. Pergi pejabat agama cakap wali tak nak jadi wali untuk awak. Pejabat agama akan hubungi wali awak. Kalau mereka tak setuju jugak, boleh wali hakim. (Kalau awak & duda tersebut serius nak berkahwin, itulah caranya).

    • Btul…tp smpai skrg msih trtnya2..adkh hukuman yg diberikan pd perogol itu boleh buat dia insaf? Ap tindkan polis nnt?

      Lagi parah bile bgi tau kena rogol..masyrkt pndai mgsa mcm sampah je..sdgkn perogol dh msuk penjra org x kenal…hurm dunia

  4. taat pada ibubapa berpada pada…. kalau dah memudaratkan diri sendiri… tak perlulah ikut… pd pendapat saya… tanya ngan keluarga kenapa mcm tu… pastu kalo tak oke jugak… cari org yg dipercayai… keluar dari rumah… sambung belajar atau cari keje… hilangkan diri utk seketika… tengok diorg cari ke tak… mak ayah awak ni nampaknya mcm taknak bagi awak keluar rumah…nak suruh jaga diorg kot tua2 nanti…tp pelik caranya… haih… ikutla istikharah tu..dan minta petunjuk dgn Allah how nak teruskan hidup…. doa banyak2… tahajud minta ampun dan minta Allah tunjuka jln kebenaran… Wallahualam

  5. dari cerita ni…sy rse parent trlalu sygkan sis smpai buat sis terkongkong..cube keluar dri rumh untk stu tmpoh…bgi parent rse kehilgn sis..mse kluar tu..tnggl la surt pesnan skit ke…nnt dh nmpk parent brsngguh tu…balik smula pd parent dn trus luah ap nk luah (bincg elok)…parent kdg buat dn kte x mnyataknn prsaan kte..parent ingt kte ok…ad mse kte prlu nyatakn pndpt kita tp x prlu smpai melawan mreka..

    Stu lgi soal duda tu..baik2 ye sis..jgn smpai pisg brbuah due kli…cube cek knp die duda..kne tnggl istri sbb prngai ke ap ke…laki ni mmg pndai je ambk ksmptn lgi2 yg brpenglmn mcm duda…kne plak timenya bile sis dlm.kemurungn die dtg…ingt jangn pisg brbuah dua kli yg akn jdikan sis 2 kali lebih down

  6. Cdgn aku kpd sis, tulis surat..tp pastikan masa surat tu smpai pd famili, anda tiada dlm rumah…g jln2 ke..ape2 kalau bleh bt..

    Tulis surat, nyatakn 1 persatu..berdasarkan cerita sis ni:
    1) abg sepupu hampir rogol sy
    2) sy dh dirogol oleh mamat(exbf) sbb dndam dgn ayah
    3) sy x dberi pluang utk smbung blaja atau kerja.
    4) knp xbleh trima duda? Bkn dia suami org. Bahkan dia mndengar setiap mslh sy.

    Tu cdgn sy lah..

  7. pendapat sy, dgn apa yg jd, usahlah terus menyalahkan org lain yg mmg salah. segala yg terjd adalah takdir smlm yg msih boleh diubah untuk hari2 seterusnya. jgn mengurungkan diri, teruslah mentaati Allah. kejar cita2 yg anda nak. selagi anda rasa terbaik untuk diri anda. pedulikan segala ketidakpuasan hati diri sendiri tu . sy tahu anda rasa tidak adil, tp sampai bilakah anda nak teruskan hidup begini? sedangkan adik beradik, mak ayah, abg sepupu, ex bf tak rasa bersalah pun dgn apa yg berlaku pd anda. bangunlah dr tidur, buktikan pada semua yg anda mampu menjadi insan yg terbaik. jika rasa dizalimi, berdoa lah sbb doa org yg dizalimi tiada hijabnya. pasal duda tu pun, inshaAllah blh menjadi jodoh anda jika perubahan bermula dr anda. hati mak ayah walau sekeras mana pun, jgn lupa, yg pegang hati adalah ALLAH. minta dgn Allah sungguh2.
    u can do it sis.

  8. tetap layan baik ibu bapa… Jangan sampai abai keredhaan mereka. Inshaa Allah ada hadiah istimewa yang Allah nak bagi kepada saudari selepas ni… faham perasaan sedih saudari…. Banyakkan ingat Allah….ngadu pada Allah…Saudari berkawan dengan duda itupun sebab kekosongan Jiwa. Cuba alihkan sedikit demi sedikit perhatian kepada lelaki tu, namun beralih kepada solat taubat …Inshaa Allah…Allah buka jalan terbaik. DAN JIKA lelaki tu serius nak buat isteri, sudah tentu lelaki itu akan jumpa ayah saudari. dan usahakan. Jika sebaliknya, bukan benar2.

  9. Kadang2 kita rasa masalah kita berat. Sedangkan ade lagi ujian Allah bagi pada manusia lain lagi berat… Bersabar ya.. Jangan ikutkan hati sangat sis, pada pendapat saya, ceritakn pada ayah tentang keguguran.. Supaya menjadi pengajaran pada ayah n ibu, hati2 dalam berkata2. Dan pada pendapat saya. Carilah sahabat2 wanita y mampu memberi bimbingan.. Istikharah minta cara untuk teruskan hidup.. Kadang2 mungkin kita kena buat langkah baru.. Supaya hati lebih tenang

  10. report polis pasal abg sepupu dan xbf jaga yg merogol tu…pegi pusat pelindungan kalau dah family x percaya…duda tu suh die tunggu…kalau die ikhlas die akan tunggu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *