Tersalah bertunang dengan orang – 6:01 PM

Tersalah bertunang dengan orang – https://iiumc.com/forumv2/

Sebenarnya aku Nak bagi nasihat untuk orang yang akan atau telah bertunang even orang anggap tajuk aku ni cliche. Moga dapat manfaat untuk sapa yg sudi baca

Sebenarnya Kesian ada, letih pun ada bila baca masalah orang yg bertunang ni ?.Masalah budaya orang melayu yang Aku selalu perhatikan orang yang nak bertunang ni, mesti anggap kene kahwin??. Sebab tu bila pasangan dia ada masalah atau tak serasi rasa serba salah nak putus?????.

Pertama kau kena faham kenapa islam wujudkan khitbah atau tunang. Sebab utama dia nak Bagi jalan Macam mana nak bagi diorang ni bernikah tanpa perlu pergaulan bebas, tapi boleh kenal perangai masing2 dan boleh bagi win2 situation kat dua orang ni.

Second aku nk Kau tahu jugak, dalam tunang ade dua fasa
fasa pertama:
kene kenal dulu depan belakang kiri kanan dia, dark side dia, family dia dan semua benda berkaitan dengan dia adakah sesuai dengan kau? Jenis makan tak reti basuh pinggan ke? Rumah tak reti kemas ke? Pandai tak give n take? Kalau dia marah, macam mana dia nak control hot temper dia dan lain2 yang kau rasa penting. Selidik biar betul2 habis dulu.

Kalau dah rasa ok, puas hati, kau dengan dia boleh go on, baru la masuk fasa dua iaitu tetapkan tarikh nak kawin. Kalau si pasangan tu tak ok, takda la malu kalau nak putus. Biasalah kalau dia tak serasi. Buat apa nak go on? Batalkan cara baik.

Sebab tu islam tak bagi kacau tunang orang supaya dua orang ni tak boleh kacau fatrah(tempoh) perkenalan mereka berdua ni.

Tunang ni sangat2 membantu bagi sesiapa yang betul2 jaga diri dia.
So kalau dah couple, dah kenal luar dalam nak tunang apa lagi? Nikah jela.

Adat kita ni gopoh dan gelojoh betul. Mak ayah pihak laki/perempuan datang terus set hari bila nak nikah. Tak faham konsep tunang yang betul macam mana caranya.

Macam kau nak beli barang mahal nak pakai bertahun2, gerenti kau masuk kedai belek2 dulu barang tu luar dalam, kualiti dia tahan lama ke dan lain2. Rasa puas hati baru tanya harga atau nak booking.

Kita mungkin tak merasa, tapi cuba letak tempat bagi sapa2 yang ada masalah dengan tunang dia. Dia tak dapat batalkan pertunangan dia disebabkan nak jaga maruah keluarga. Akhirnya perkahwinan yg dibina tak bahagia.

Nampak masalah kecil tapi sangat memberi kesan dalam hidup orang. Kalau masalah kecil ni tak boleh settle, mcm mana masalah besar lain yg akan datang?

Harapnya budaya tunang yg betul diperbaiki.

– Kedai simsimah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *