Tersepit Antara Untuk Teruskan Atau Putuskan

Salam, hi. Terima kasih kalau cerita saya ni dipost oleh admin.

Saya berusia 26 tahun, telah bertunang bulan 11 tahun lepas. Sepanjang tempoh bertunang macam macam dugaan saya dah hadap, salah satunya karenah family belah lelaki.

Sebelum majlis bertunang, saya dah berbincang dengan Mamat berapa dulang untuk hantaran, barang apa yang akan diberi.

Semasa hari kejadian mak Mamat telah membawa hampir 40 – 50 orang sedara mara berserta kawan kawan rapat tanpa berbincang dengan family saya dahulu berapa orang anggaran dari pihak sana.

Sedangkan saya dah pesan pada Mamat untuk bagitahu berapa orang dari pihak dia akan datang majlis tunang kami, untuk saya buat kira kira dari segi makanan dan goodies. Alhamdulillah makanan dan goodies mencukupi sebab memang buat lebih.

Dari segi hantaran, Mamat memang serah 100% kepada mak dia untuk uruskan. Apa yang buatkan saya kecil hati dari segi gubahan dan barang yang diberikan oleh pihak lelaki. Apa yang kami bincangkan lain pula yang maknya buat.

Bila ditanya pada Mamat katanya mak yang uruskan semua. Maknya kata jangan masuk campur. Takpelah, lagipun majlis tunang baru selesai.

Sepanjang sesi bergambar bersama keluarga, adik beradik mak Mamat berkata pada mak Mamat, duduk rapat sikit dengan menantu tu. Barulah nampak cantik gambarnya.

Mak Mamat membalas dengan ayat belum jadi menantu aku lagi, baru bakal menantu. Saya agak tersentak di situ, tapi saya senyum sahaja sebab depan saya ada ramai orang.

Beberapa bulan selepas majlis tunang, sedikit sebanyak saya baru tahu Mamat ni seorang anak mak. Selalu bercerita macam macam pada mak dia pasal kami berdua. Mamat juga selalu menekan saya untuk rapatkan diri dengan mak dia.

Dia akan bagi nombor telefon mak dia pada saya setiap kali kami chat dengan alasan contact lah mak, mana tahu awk nak tahu apa apa pasal saya daripada mak.

Saya tak faham kenapa Mamat berperangai macam budak budak sedangkan saya sendiri tidak memaksa dia untuk contact ibu dan ayah saya. Untuk jaga hati, saya cuma save nombor mak dia dalam hp saya

Ada sekali kami bergaduh. Saya tak tahu Mamat bercerita apa pada mak dia, dan mak dia up status di ws dengan ayat memerli.

‘Anak aku tu pendiam orangnya, Kenapa lah sanggup buat macam ni. Takpelah bang, mak harap kau sabar dan berdoa semoga kebahagiaan tu menjadi milik kau nanti.’

Tipu kalau saya kata saya tak terasa dengan status mak dia. Saya terkejut sebab tak sangka maknya jenis canang masalah di status ws.

Tindakan yang tak matang untuk seorang mak. Kalau betul dia nak tegur saya, dia boleh personal chat saya. Kenapa perlu mention di status?

Saya bertanya pada Mamat, ada dia bercerita apa apa masalah kami pada mak dia. Dia mengaku memang semua benda dia akan share pada mak dia. Saya terdiam. Sedangkan saya takde bercerita buruk perangai dia pada mak ayah saya sebab saya nak jaga aib dia.

Tapi dia semua dia cerita. Baik buruk saya tanpa tapis semua dia ngadu pada mak dia. Baru baru ni maknyaa memerlikan lagi dia status ws. ‘Sekarang aku dah malas nak up status, kang ada orang tu terasa hati lagi.’

Saya kecil hati sangat dengan perangai mak dia, saya tahu mak dia taksukakan saya. Saya ada cuba buat solat istikharah tapi saya tak nampak Mamat. Hati saya pun dah tawar untuk teruskan hubungan ni. Banyak kali saya makan hati dengan sikap family dia.

Sekarang saya dalam dilema tak tahu untuk teruskan atau putuskan hubungan ni.

Saya takut untuk masuk family dia, saya takut selepas kami berkahwin Mamat takkan ubah perangai masih mengadu semua pada mak dia, dan mak dia pula takkan ubah perangai dengan mencanang cerita di status ws.

Bila saya bercerita pada ibu dan ayah. Mereka suruh saya sabar nak teruskan hubungan ni sampai jinjang pelamin.

Kata mereka putus tunang bukan benda yang mudah. Lafaz putus memang senang. Tapi kesannya pada dua keluarga nanti macam mana.

Saya tak tahu nak buat macam mana. Saya tersepit untuk jaga nama baik keluarga dan kebahagiaan diri saya.

– Anggun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

17 Comments

  1. Sis, i pernah baca this somewhere : The redflags you ignore today, will be the reason you leave in the future. All i can say is, choose wisely ya. Seumur hidup itu terlalu lama.

    • I setuju dengan comment kat atas ni, if you expect someone to change once you’ve married, nanti sis juga yang menyesal. Tunang ni bayangan sebelum kahwin, dah kahwin lagi mak tunang sis menggila.

  2. Sis.. putus tunang jauh lebih mudah dari fail cerai. Makan tahun turun naik mahkamah dan makan duit jugak. Proses cerai dikemudian hari lagi susah sis. Mak dia awal2 dah tunjuk belang tu, kahwin nanti lagi teruk. Putus tunang memang orang mengata buat apa pun sebenarnya orang mengata tapi kalau kahwin dengan anak mak ni, diri yg merana. Sis bacala sendiri kat iium ni banyak sangat kes cerai merana sb anak mak dan mak mertua toxic macam ni.

  3. Keputusan di tangan you sis. Lepaskanlah genggaman pada tangan yg salah. Anak mak ni susah betul tau nak berubah, banyak dah saksi mata saya tengok. Hal mertua pun satu, takut nanti lepas kahwin makin teruk . Biarlah menanggung malu seketika daripada menanggung derita sepanjang hidup. Berkahwin ni ibadah yang sangat lama, jadi pilihlah imam yang baik dantak menderitakan. Ni lah yang Tuhan tunjuk sebelum you kahwin kak, sebab Tuhan sayang.

  4. daripada bercerai kemudian hari, baik awak putus tunang sekarang. ” anak mak” dah tu mak dia pula ” cantik ” sangat perangai

    • Setuju habis dengan pandangan di atas. Tunang jer pon, macam mak dia kata. Blah cepat. Awak akan bermadu dng maknya, awak tak akan menang sampai mak dia mati. Awak sepatutnya bersyukur Allah dah tunjuk dari awal. Dengar bisikan dan jentikkan dari Allah, Allah sayang awak. Jgn nnti lepas kawen nyesal dan salahkan Allah pulak. Sujud menangis nangis minta petunjuk Allah konon. Dah ditunjuk buat buat tak nampak

  5. please sis jangan teruskan banyak sangat tu redflag, betul memang bukan mudah untuk putus akan libatkan keluarga tapi masih sempat sebelum dah kawin.inn sya allah jodoh yang tepat akan datang satu hari nanti

  6. bedasarkan pengalaman dalam IIUM ni..boleh clash la..malu sikit je clash sekarang…dari menanggung seksa lepas kawin nanti..family yg xsupportive ni susah..lagi2 anak mak..yg tak reti buat keputusan..

  7. Sis. You know the answer already. If I were you, I tak akan teruskan. You tak akan dapat ubah manusia. Dari hari-hari makan hati baik makan hati sebab putus sekarang. Let go and let God. InshaAllah ada lebih baik menanti.

    Semoga dipermudahkan urusan!

  8. Kalau akk la dik, akk akan putuskn pertunangan tu. Kena ikut gerak hati adik. Emak adik nak suruh teruskan tu biasa la sebab nanti dia malu anak putus tunang sedangkn emak adik tu spt memperjudikan masa depan adik. Keputusan di tangan adik. Kalau dh sikap emak dia macam tu tak hairan la dah kawin nanti dia yg aturkn rumahtangga awak. Yg lelaki ikut je kata emak. Bahaya dik.

  9. rasa tawar hati salah satu tanda istikharah. baik putus tunang dari bercerai kemudian hari. kita xleh expect org akan berubah lepas kahwin..

  10. Better putuskan sebelum berkahwin. Putus tunang ok je daripada cerai berai atau nak tanggung makan hati seumur hidup. Pengalaman terdekat adik ipar sendiri dapat suami ‘anak mak’ & mak mertua yang macam ni. Hari hari makan hati berulamkan air mata. Tak ada sehari pun hidup dia tak disindir mak mertua sendiri, depan suami sendiri pun kena sindir dan suami buat dono je tak backup isteri. At last, bercerai disebabkan perangai mak mertua tu sendiri & ada sebab lain jugak yg dah tak mampu lagi dia bertahan. Sekarang hidup dia lebih tenang & happy.

  11. Sis,
    Tempoh b’tunang adalah tempoh utk kenal hati budi bakal pasangan & keluarganya. If u think he cannot be a good husband for u in the future, it’s better to call it off. Jangan difikir cinta semata sampai sanggup perjudikan masa depan. Hidup berumahtangga bukan tentang cinta semata. Lebih banyak ujian & cabarannya. Kalau belum b’nikah dah banyak cerita keluar, tak mustahil bila dah b’nikah, cerita dlm kelambu pun boleh dijaja. T’lalu banyak dah pengalaman wanita lain yg b’depan dgn mertua toksik yg ada di medsos ni. Jadikan pengalaman hidup orang lain sbg pengajaran utk hidup sendiri. Istikharah lagi & buat solat hajat agar Allah berikan yg t’baik dan Dia lembutkan hati parents utk terima serta b’lapang dada dgn keputusan yg dibuat. All the best to u.

  12. Jalan ke depan sis. Ni baru bertunang belum kahwin pun dah nampak true colours bakal mak mertua awak. Nanti dah kahwin jangan terkejut kalau semua keputusan rumahtangga awak, mak dia yang tentukan. Run sis, run. Don’t hold back. Ini masa depan, putus tunang better dari bercerai. Tak ada yang mati sebab single tapi ada yang mati sebab salah pilih pasangan.

  13. Jangan kahwin dengan Mamat.
    Kalau masih berkira-kira dan nak berbaik sangka, hadaplah dik seumur hidup kau malapetaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *