Tersepit Dalam Konflik Jemaah Persatuan

Assalamualaikum WBT, terima kasih pembaca yang sudi memberi komen pada luahan sebelum ini berkenaan Pengalaman Buruk Bekerja Di Pusat Tahfiz dan Aku Generasi Y Yang Lemah Ketahanan Mental.

(https://iiumc.com/pengalaman-buruk-pertama-kali-bekerja-di-pusat-t/)

(https://iiumc.com/aku-generasi-y-yang-sangat-lemah-daya-ketahanan-mental/)

Baiklah, kali ini aku ingin bercerita pula perihal jemaah yang aku ikuti iaitu sebuah persatuan kebajikan. Aku mula menyertai jemaah ini sudah hampir 10 tahun.

Pada mulanya, aku dan keluarga memang dilayan sangat istimewa oleh keluarga pengerusi persatuan. Namun semuanya berubah apabila aku mula tersepit dalam konflik jemaah persatuan.

Kisahnya, aku ditugaskan untuk kelola anak pengerusi yang belajar di oversea, seperti penyediaan tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan pembelajaran. Jadi, aku diberi upah setiap bulan.

Silap aku, aku pernah tercerita segala pemberian upah daripada pengerusi. Hingga terdapat seorang jemaah ini yang selalu bangkitkan tentang duit yang aku terima. Aku pula jenis tak ada kawan, tempat aku meluah pun dalam media sosial.

Aku tahu, dia berasal daripada keluarga yang susah, kadang-kadang aku kesian juga bila lihat keadaan dia yang ada masalah keluarga, kurang didikan agama, penagih, bekas LGBT dsb.

Si dia ini kenal dengan bekas murid-murid aku di Maahad Tahfiz dan dia ada rapat dengan salah satu anak murid aku yang dia gelarkan ‘adik’.

Ada sekali aku scroll insta dia yang dia ada keluar bercuti bersama pelajar tahfiz di sebuah pulau dan pelajar tersebut tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek.

Niat aku baik, aku cuma nasihatkan dia untuk tidak expose sangat di sosial media bagi mengelak fitnah.

Aku juga nasihat pada anak-anak murid aku tentang tiada istilah adik angkat abang angkat dalam budaya asrama tahfiz tambahan mereka semua bawah umur. (Rujuk akta penderaan seksual kanak-kanak)

Aku langsung tak fitnah dia kata buat benda bukan-bukan tapi aku dikhianati oleh anak murid aku sendiri. Si murid ni bercerita kepada si jemaah dan si ayah dan ayahnya file the report.

Tambahan dia yang suka sangat ambil port pasal aku. Kesannya, dia tak puas hati, dia serang kakak-kakak aku yang waktu tu semua sedang mengandung.

Dia laporkan pada isteri pengerusi kononnya aku fitnah dia buat benda bukan-bukan dengan orang bawah umur padahal bukti sudah ada di laman instagram. Aku langsung tak fitnah.

Niat aku cuma ingin menjalankan tugas aku sebagai pendidik saja. Cuma malangnya mungkin aku tiada pengalaman tentang hal ini.

Sekarang, keluarga aku sudah pun diblack-list oleh isteri pengerusi jemaah. Dan kesannya, maruah keluarga aku seperti dipandang jahat padahal aku cuma cakap saja.

Dari awal sampailah hujung, memang aku dihentam teruk juga, aku yakin dia punca ada orang fitnah aku membazir duit pengerusi padahal aku tak pernah minta sesen pun, memang pengerusi nak beri secara sedekah. Kenapa nak cemburu?

Lepas dia dah buruk-burukkan aku, dia sebar pula aib aku pada abang ipar aku dan orang-orang persatuan. Dan semua tindak tanduk aku akan dilaporkan pada isteri pengerusi.

Kesannya memang aku tak datang kerja lah jawabnya sebab kami bekerja dalam pusat kebajikan bersama.

Sekarang aku sudah mati kutu memikirkan reputasi aku dalam jemaah ni.

Aku tak boleh keluar sebab jemaah ini saja yang tolong aku waktu aku susah tapi disebabkan seekor musang yang suka manipulasi dan tak tenang lihat ayam tinggal dalam reban, aku jadi takut dan paranoid untuk datang kerja.

Aku boleh saja cerita tentang aib dia pada semua orang dan buat balik apa yang dia buat pada keluarga aku.

Tapi apa bezanya aku dengan dia kalau aku buat perkara yang sama?

– Bunga Manggis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *