Tersepit di celah kehidupan

Assalammualaikum guys.

Aku terus straight to the point. Aku tinggal dgn makcik aku. Dia ni seorang janda. Sebelum ini, nenek dgn atuk aku tinggal dgn kami. Tapi setelah mereka meninggal, tinggallah kami berdua. Makcik aku ni dulu masa aku umur bayi sampai 2 tahun, dia yg bela aku sebab mak ayah aku bekerja. Jadi aku ni kiranya mcm anak dialah. Dia baik orangnya. Tapi apa yg membuatkaN aku nak confess kat sini adalah sebab sikap dia. Dia selalu membandingkan ayah aku dgn adik beradik yg lain. Sebelum ni ayah aku pernah berhutang dgn dia tapi hutang tu dah dibayar habis, siap bayar lebih lg. Aku ingatkan lepas hutang settle semuanya kata2 yg dia selalu cerita pasal ayah aku akan berakhir. Telahan aku ternyata salah.

Dia selalu mengungkit tentang sumbangan ayahku kpd keluarga. Yela, ayah aku bekerja sendiri. Tak mcm dik beradik dia yang lain. Kerja gomen kata kau. Bukanya ayah aku tak sumbang langsung. Dulu ayah aku pasangkan penapis air. Tiap2 bulan ayah aku bayar. Tapi makcik aku tak nampak semua tu. Y ang dia nampak pakcik aku beli barang dapur tiap2 bulan, pakcik yg lain bagi duit belanja dll. Tu yg buat aku bengang.

Adik beradik aku semua jauhkan diri drpd makcik aku ni. Bukan adik beradik aku je, sepupu sepapat aku pun sama. Ramai tak berkenan dgn perangai dia. Aku bertahan duduk dgn dia sebab kesiankan dia. Dia takde anak. Sape yg nak jaga dia. Tapi bila dipikirkan balik, kadang2 hati aku ni terluka dgn kata2 dia. Kalau dia marah jenis hmbus je, langsung tak bagi signal ke ape ke. Dah penat nasihatkan dia, tapi dia tetap ulang perkara yg sama.

Kadang2 kita dah bagi apa yg kita mampu bagi, tapi orang lain tetap anggap ianya tak mencukupi. Sebab sifat manusia tu sendiri. Selalu tak bersyukur dgn pemberian-Nya. Janganlah kita selalu membandingkan sumbangan atau pemberian seseorang. Mungkin dia tak cakap apa2, tapi jauh di sudut hatinya, akan timbul perasan kecewa dek kerana tak dihargai.

Terima kasih admin sebab approve cerita ni. Dan terima kasih kepada pembaca. Doakan aku supaya diperkuatkan iman, dan doakan makcik ku agar dibunang sikap buruknya itu. Yang baik datangnya drpd Allah swt, dan yg buruk datangnya drpd saya. Sekan.

– Mr R

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Apa kata setiap kali dia merungut, kamu sebut, Alhamdulillah, igt juga ayah nk bg itu nk bg ni dr xde. In shaa Allah boleh mati kutu mak sedara tu klu dh selalu2 kita ucap puji2an pd Allah dn voice out rasa syukur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *