Tersuka Senior Tanpa Sengaja IV

Hi Assalamualaikum untuk para pembaca. Lagi haaa, bertemu lagi kita ye di part ke-4 untuk kisah ini. Ini adalah part IV.

Part I: https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja

Part II: https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-ii

Part III: https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-iii

Dan ini adalah part yang ke-4, mungkin ini adalah part yang terakhir dalam cerita ini. Lagipun cerita ini dah sampai ke penghujungnya dah!

Sebelum saya mulakan cerita, nak bagitahu mungkin part last ini agak panjang sikit, maaf ye, sebab saya memang tak nak dah menulis untuk part yang ke-5, hehehe. Macam biasa, saya Kemboja dan si Syam.

Sambung…

Lepas pada dia confess kat aku hari itu… Ye weh, memang aku tak expect dia akan luahkan. HAHAHA. Sebab ini di luar jangkaan aku. Dia bagitahu aku dulu, waktu aku tak tamat lagi intern:

“Aku harap bos akan kekalkan mung dalam company ni.”

Finally aku dikekalkan dan jawatan “existence chef”, penolong dia la. Lepas tu kami sama-sama meletakkan jawatan dan bertemu balik di IPT. Hubungan kami macam tiada apa-apa sebab aku dengan dia pun baru mula balik kan.

Aku nampak dia macam serious dengan aku, tapi tak tahu lah pandangan aku ke or tak. Tapi aku boleh nampaklah keikhlasan dia tu, care pasal aku.

Korang tau tak, waktu aku demam, dia sanggup pergi farmasi beli ubat untuk aku. Aku terharu gila. Tapi dalam masa yang sama aku macam tak berharap lebih sebab aku takut aku dapat fake hope lagi.

Lagipun dia tahu yang aku pernah trauma nak kenal lelaki. Kalau korang nak tahu, sebelum aku jumpa si Syam ni, aku tunang orang dan aku dah bertunang.

Waktu aku dapat tahu yang aku suka si Syam ni, waktu aku status tunang orang. Tapi Tuhan kata jodoh aku dengan ex aku tu takde, kami putus tunang sebab takde persefahaman.

Si Syam ni dulu kemainnn jauhkan diri dia dari aku. Sekarang ni makin mencuba pulak ambik hati aku balik. Aku pernah cakap dekat dia yang aku takut nak kenal lelaki. Tapi dia punya confidence tu tinggi. Dia cakap:

“Tak semua lelaki sama.”

Dan:

“Tak semua lelaki macam tu. Ramai je lelaki yang setia… look, macam aku.”

Eeeeees, perasannya, dalam hati aku bercakap. And dia pernah cakap melalui WhatsApp:

“Aku tahu mung trauma dan aku dok pakso mu untuk terimo aku. Aku nak mu napok aku huk aku ni ikhlas nge mu dan ado nge mu sokmo-sokmo. Dan aku bukan lelaki seperti masa lalu mu.”

“Aku betul-betul ikhlas sayang mu.”

“Kalu aku dok saye mung, lamo dah aku tok notice mu. Bakpo dari dulu lagi aku notice mung?”

“Waktu tu aku tok tahu mu tunang orang dan aku buleh tersuko mung.”

Ayat dia, MashaAllah… Cari kejap hati aku. Dan disebabkan dia jugaklah pintu hati aku yang sekeras batu terbuka untuk dia.

Hati aku menolak sekerasnya tapi keajaiban Allah, Allah telah lembutkan hati aku dan luka lama semakin hari semakin sembuh disebabkan kehadiran dia.

Aku pernah bertanya tentang dia kat family aku, parents aku pun suka dia. Bab kata umi aku:

“Sejuk umi tengok si Syam tu, muka orang beriman.”

Ayah aku pula:

“Cubby-cubby pun herlokkkk.”

HAHAHAHAHAHA. Sama naik je parents aku.

Aku memang suka dia tapi dalam masa yang sama aku takut. Aku takut trauma aku kembali lagi dan aku takut luka yang sama menghampiri lagi. Kejadian putus tunang tu buat aku was-was untuk pilih lelaki. Ye, aku tahu tak semua lelaki macam tu dan tak semua lelaki tu jahat.

Dalam otak aku kini bercelaru sebab aku nampak macam dia je yang bagi effort kat aku, sedangkan aku? Hurmmmm.

Aku bukan apa, luka yang lama masih lagi tersisa dan tak sembuh sepenuhnya. Tapi aku yakin bahawa jodoh aku dengan si Syam ni kuat dan aku harap one day Allah satukan kami dalam satu pertalian yang sah mengikut Islam.

Aku boleh tipu orang, tapi aku tak boleh nak tipu hati aku. Aku suka dia sejak zaman Kolej Komuniti lagi. Tapi dulu aku tak ada peluang sebab masing-masing busy belajar kan? Dan di zaman aku praktikal & kerja baru aku kenal dia dengan lebih rapat dan aku dapat tahu yang aku suka dia.

Aku ikhlas dengan dia. Kalau aku ni jenis yang memilih rupa, dah lama aku reject dia. Tapi aku suka dia sebab akhlak dia. Cara dia, cinta dia pada Allah, selalu ingatkan aku tentang solat apa semua.

Aku sayang dia. Tapi macam mana aku nak bagitahu dia eakk yang aku suka dia? Dia percaya ke kalau aku cakap? Aku takut dia ingat aku main-main sebab aku suka main-main.

By the way, kami dah nak masuk UMI balik bulan 8 ni, meneruskan lagi pembelajaran. Dia ajak aku pergi sekali dengan dia sebab dia dah bawa kereta dia. HAHAHAHA. Aku memang tak lah akan pergi dengan dia dan aku dah beli tiket bas.

Yelah, kalau aku pergi dengan dia, kesian pulak kawan aku. Aku dah ajak kawan aku, kawan aku tak nak. HAHAHAHA. Takpelah, nanti boleh jumpa dia kat sana yang selalu tunggu aku kat surau. Hughhhh.

Dia seorang lelaki yang comel dan berani membuat hati aku tertarik. Aku akan teruskan dengan mencintai dia. Dia pun dah suka aku kan? HAHAHAHA. Cumaaaaa, aku takut nak confess. Hummmm.

Sepatutnya aku tak payah takut lah sebab dia dah hint dia suka aku. Pada pandangan korang la kan, patut ke aku bagitahu dia? Atau aku simpan je? Hurmmm.

Kalau semester lepas dia kelas kitchen, kalau dia masak apa-apa mesti dia WhatsApp aku dan nak bagi kat aku. HAHAHAHHA. Comel lah budak tu.

By the way, dia beza 1 tahun dengan aku umur. Dia umur 25 dan aku 23. HAHAHHAHA. Comelkan kami? Dahlah kami ni sama-sama cubby.

Aku harap aku takkan hilang dia lepas ni dan kalau dia serious dengan aku, after habis aku study dia nak masuk meminang aku. Aku terkejut waktu dengar tu dan dalam hati aku:

“Syam betul-betul untuk aku.”

Aku tak minta banyak dengan Allah, aku minta Allah permudahkan segala dan jaga dia untuk aku sebab aku sayang dia.

By the way kan, dia sanggup daripada Tanah Merah datang ke Kota Bharu semata-mata nak sambut birthday aku 16/7 baru ini. Allah, terharuuuuu gilaaaa aku.

Dia seorang lelaki yang sangat sempurna untuk aku. Mungkin ada sebab kenapa Allah tarik yang tu dan Allah gantikan dengan yang ni.

Aku bersyukur sangat ditemukan dengan dia. Kerana dia aku belajar mencintai diri aku sendiri dan kerana dia jugak aku kenal diri aku dan jadi diri sendiri.

Syam, kalau mung baca ni, I want to say thank you sebab selalu ada dengan aku waktu zaman intern lagi sehinggalah sekarang.

Dan thank you sebab tak pernah mengeluh dengan perangai kebudak-budakan aku ni. Thank you melayan semua karenah time aku craving something. And thank you for all effort. I want to say again: Aku sayang mu! Sangat sayang!

Aku nak mu selalu ada dengan aku dan aku nak mu selalu tunggu aku kat surau walaupun aku tak suka. HAHAHAH.

Sejujurnya, mu seorang lelaki yang baik. Setelah aku kenal mu dengan rapat, aku tak pernah berniat pun untuk buka hati aku untuk orang lain.

Mungkin mung bukan orang pertama di hati aku, but mu akan aku jadikan orang terakhir dalam hidup aku dan aku akan jadikan mung sebagai pendamping hidup aku one day.

Aku sayang mu sangat-sangat.

Korang doakan kami tau. Doakan kami disatukan oleh Allah.

Terima kasih kepada para pembaca dari part 1 sehinggalah ke part yang terakhir. Dan aku harap pengakhirannya itu indah seperti yang aku impikan, InshaAllah. Aminnn.

Terima kasih sekali lagi atas pembacaannya. And thank you admin, post confession saya dari part 1 hingga part last. Hehehehe. Nanti kalau saya dah kahwin dengan Syam, saya akan tulis lagi. Tapi untuk tajuk tu dah berbeza kot. Tajuk apa nanti korang tunggu je dan doakan saya tau.

Sayang korang ketat-ketat.

Saya harap yang mana ada crush dekat senior sendiri tu, hati-hatilah. Takut jadi macam saya. Rupanya senior sendiri dah notice kita, cuma kita je yang lalai dan tak perasan.

Okey koranggg, tamat sudah untuk kisah aku ini. Dan ending dia nanti, tunggu beberapa tahun lagi. Okeyy. Hahahaha. Lagipun kami ini belum habis belajar lagi.

Doakan kami semoga dipermudahkan semua urusan belajar dan bukak konvo nanti. Oh by the way, kami satu course tau cuma lain semester je. Dahlah panjang dah ni. Tapi aku kan dah cakap, kali ni panjang sedikit. Takpelah nak membebel-bebel.

Doakan kita orang tauuuu. Bye korang! Thank you for the time dan luangkan masa membaca cerita saya.

Love u all.

Story from Bunga Kemboja,

– Bunga kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kemboja,

    notice or give a hint that you are accept him. Don’t keep him waiting without any answer from you. In Sya Allah, if he is your soulmate, you will be with him.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *