Tertanya tanya – 8:41 PM

Tertanya tanya

Keputusan exam semester lepas dah keluar. Alhamdulillah aku lulus semua walaupun terdapat 1 subject yang aku agak terkilan sebab carry mark tinggi tapi macam tak setimpal dengan markahnya.

Sejujurnya aku berusaha sehabis baik sem ni sebab aku nak tukar course. Course aku sekarang ni adalah impian mak ayah aku. Aku nak course Allied Health Science major in SLP. Aku sekarang ni di UIA Gombak.

Aku rasa korang mesti dapat bayangkan macam mana kita belajar sesuatu yang bukan minat kita.

Pada semester lepas aku ada buat permohonan untuk tukar course. Tapi sampai sekarang aku masih tak dengar apa-apa update pasal tukar course tu. Dah nak masuk sem baru dah ni. Aku sorang je ke yang tak tahu pasal upate tu? Aku sorang je ke yang tak dapat lagi panggilan untuk interview?

Adakah aku layak untuk dapat course baru tu dengan setakat CGPA 2.2? Serious aku dah rasa macam nak putus asa belajar sesuatu yang bukan minat kita.

– Syukur

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *