Tertutup tapi mahu dipandang.

Suami,
Jika kamu didik isteri kamu dengan berpurdah,
Sila didik juga isteri kamu dengan MALU supaya tidak upload gambar di laman sosial.

“Kenape?”
“Awak jeles ke dia berpurdah?”
“At least dia upload gambar tertutup..”
“At least dia berpurdah, awak ade?”
“Tutup salah, tak tutup pun salah..”
“Berpurdah salah, tak berpurdah pun salah. Mana satu ni?”
Inilah kata kata yang membiakkan lagi spesies2 bertutup tapi ingin dipandang.

Sayang….
Ramai suami kini terkejar2 nak didik isteri tutup muka dari dipandang ajnabi (lawa sangat ke isteri kamu?) Maaf bahasa kasar. Tapi itulah hakikat. Ilmu tak setara mana, tapi asal kahwin nak suruh bini berpurdah. Katanya taknak bini dipandang ajnabi lain. Tapi lupa nak suruh bini “stop upload gambar di facebook, twitter, wechat, instagram, etc”. Sebab apa? Sebab nak dipuji orang. Nak berbangga “bini aku pakai purdah oii. Bini aku lawa ni. Bini aku alim”. Tapi bini aku masih tak mampu nak ada rasa MALU. Sedihhh!

Silap besar. Berpurdah dan berniqab tidak wajib sama sekali. Namun wajib sekiranya wajah perempuan itu terlalu cantik maka boleh menjadi fitnah baginya. Atau ia boleh menyebabkan ramai lelaki2 cair, tak lekang menatap wajahnya. Tapi orang kita, muka asal boleh je, dah sibuk nak berpurdah bagai. Berpurdah itu tak salah tapi KENAPA masih tayang gambar kamu dalam facebook, twitter, instagram, wechat..?? Bertutup tapi masih mahu dipandang dan dilihat. Masih tayang “mata” walaupun tertutup muka. Haru biru!!

Bukan jeles dengan awak ye akak akak purdah.
Cuma nak ingatkan.
Boleh terima nasihat kan…?
Orang yang rasa dia bagus, baik dan hatinya keras, memang takkan mampu menerima teguran orang.
Akak akak purdah tak mcmtu kan?

Maaf akak akak. Adik cuma sampaikan apa yang terbuku di hati dan yang terlihat pada pandangan mata masa kini..

Niat nak dakwah supaya orang lain minat akan berpurdah sekali?

Akak akak, niat sama sekali tidak menghalalkan cara.

Malah cara akak akak ni mengotorkan lagi imej wanita berpurdah sebenar diluar sana yang langsung tidak mempertontonkan dirinya di luar dan di dalam laman sosial.
Kerana perangai akak akak yang kononnya nak berdakwah inilah, menjejaskan imej wanita muslimah berpurdah. Sehingga ramai yang memandang hina pd wanita berpurdah.

Zaman dulu, wanita berpurdah hanya post posting agama dalam laman sosial agar hanya dibaca orang ramai. Dan itulah cara dakwah mereka.

Zaman kini, wanita berpurdah upload gambar mereka berpurdah dan post posting2 agama. Inikah dakwah???

Salah caranya zaman kini.

Suami, didiklah isteri kamu cara yang betul.
Kerana yang tertutup itu, tidak akan dipandang dan memandang di dalam dan di luar laman sosial.

Didiklah isteri dan anak2 kamu dengan MALU dahulu, bukan dengan PURDAH dahulu.

Kerana yang MALU, tidak akan berusaha untuk membuat dirinya dipandang, apatah lagi dalam keadaan tertutup. ?