Assalamualaikum admin dan peminat iium confessions.Thanks admin sbb approved.

Pertama,aku ni baru habis spm dan anak bongsu.Aku ingin mintak pandangan korang,kalau sudi memberi pendapat/penyelesaian,silakan.

1.Aku jujur aku ni pemalas gila nak mati.Kalau mak aku suruh buat keje rumah/lain2,3 atau 4 hari lepas tu baru aku buat,bukan tu je,time aku sekolah dulu pun,homework lambat gila nak siapkan,dah la aku ni lambat faham+malas siapkan homework…memang teruklah kan?

2.Solat.Aku xtau kenapa hati aku ni rasa xda apa2 bila aku tinggalkan solat camtu je,aku rasa nak solat,aku solat,…mengaji xpayah cakap laa,dah lama aku xmengaji.Tapi,bila aku layankan sikap mcmni,aku jadi penat,ketenangan memang takde,serabut,marah selalu jugak la.Aku cuba nak berubah,tapi hati aku ni…ya Allah…masih mcm dulu.Aku duduk dgn mak aku,ayah aku pulak keje pagi balik petang,keje petang balik malam,keje malam balik pagi,jadi seharian dirumah aku dgn mak aku je la.Mak aku pun ada suruh aku solat,tapi aku buat xtau je.Anak yg teruk kan aku ni?

3.Aku sekarang masuk f6 dsbbkan xdpt upu,tapi aku ada buat rayuan matrikulasi dan upu…result spm aku xberapa bagus,tapi alhamdulillah luluslah..aliran sains tulen.Kakak aku sorang ni pensyarah matrikulasi dan dia ada tolong aku apply matrikulasi utk aku masuk la kan tapi program 2 tahun.

Problemnya disini,dia suruh aku masuk matrik kalo permohonan diterima la dan mak aku pun camtu,dan aku pun mcm berminat sbb matrik xterlibat sgt dgn aktiviti2 sukan mcm sekolah tu…hehe…kakak aku kata,kau belajar je rajin2,kene kuat smpai dpt 4flat.Aku berminat mcm nak masuk situ(kalo dpt matrik la kan) sbb aku xd hati dekat f6 ni,xtau kenapa.Lagipun aliran aku kat f6 ni aliran kemanusiaan.

Kakak aku 2 org berjaya lepasi matrik,kakak ipar aku pun cmtu,tapi kakak aku cakap,kalau kami boleh,kenapa kau xboleh?..tapi aku takut aku masuk matrik nanti,aku xkuat dan rajin mcm kakak2 aku tu,pastu result teruk…kesian mak ayah aku menaruh harapan…hehe.

Aku tau,belajar mana yang tak susah kan?Semua susah.tapi aku ni mmg sgt2 la lambat dan payah nak membuat pilihan hinggakan besar nnti pun aku xtau aku nak jadi apa dan aku xtau apa yg aku minat… Sbb tu aku ajukan disini (selain dr buat solat isthikharah)utk korang memberi pendapat tambah pulak dgn problem diri aku yg aku nyatakan tadi tu..hehe.

Kalau nak kecam aku,kecam la.Aku terima.Kalau nak memberi pendapat,pun aku terima.Terima kasih ..hehe…peace yo!

– Cik N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

20 Comments

  1. adik, awak xteruk… mungkin sebab awak masih xmerasa susah, xkenal erti kehidupan sebenar lagi, jd awak masih selesa dgn diri sekarang.. oklah tu at least awak rasa awak teruk, awak boleh berubah slow2.. dulu masa sekolah sy mcm awk.. hehe.. jujur sy xsuka buat kerja rumah.. tp bila parents suruh, nk xnak terpaksa buat sebab terpaksa sblm kena marah.. haha.. homework kt sekolah? saya mmg bapak segala pemalas.. xpadan dgn perempuan, selalu kena denda xsiap kerja.. relax dik, homework tu homework lah asal otak kita jalan, result kita gempak, tu prinsip sy dulu.. tp bila dah masuk u, berada dlm alam dewasa, mula mengenal alam, awak berjauhan dari family, awak mula kena berdikari, nak xnak awk akan basuh sendiri kain, basuh pinggan mangkuk, kemas bilik, terikkan cadar sbb bila jauh, dh xada siapa yg mampu tlg awk lg.. nk xnk awk kena buat kalau xnk kena mengata kt org sekeliling.. baju kt hostel bukan nya kita bawak banyak, xkan nk bergilir yg busuk, jd kena jgk jd rajin, basuh.. mangkuk pon sama, nk mkn megi ke apa, guna yg sama, terpksa jgk basuh.. dan bila dah dekat u, atau matrik, sy dh xblh amal malas nk buat homework sbb assignment tu markah kita, carry mark kita utk menentukan pointer kita setiap semester.. adik, akak nak pesan, teruk macam mana pon kita, buruk mana pon perangai kita, satu je, jangan tinggal solat, jangan jangan jangan.. buat walau dalam keadaan terpaksa.. itu yg pertama akan dihisab di akhirat kelak.. adik xnak sedekah ke, apa ke, lantakla yg lain tu, tp sembahyang mohon jangan tinggal.. sbb selama akak hidup nie la.. Allah banyak tolong akak padahal amalan akak kurang dan akak yakin, sebab utama walau susah mcm mana, akak tetap cuba utk solat.. yg last sekali tu adik, belajar la mana2 pon, jangan main2 okay.. akak pernah dapat matrik dan uia, tp akak pilih uia, pdhal jiwa akak dkt matrik.. bila dah dapat uia, akak dipanggil spa, akak keluar dan smbg bljr under spa.. bljr dkt mana2 pon dik, kena struggle.. tahniah kalau adik dpt matrik nanti.. pergila pengajian di sana kalau itu pilihan adik.. kalau xdapat, truskan jgk dgn ting6 okay.. ingat masa dpn adik.. ting6 pon byk kelebihan jgk ye dik.. bole mtk upsi, usm, mcm2 u lagi.. adik ada peluang utk jd guru.. yg penting, main2 dlm bljr boleh, tp pointer jgn kasi turun sbb form6 adik bersaing dgn bdk matrik, diploma dan asasi utk sambung degree ke peringkat ijazah.. sorry akak bebel panjang

  2. Ko duk matrik dua tahun lepak je nanti.. kalau malas buat apa susah2 skor 4#..
    Aku ni dulu malas gak.. aku jadi rajin pun lepas ada cita2.. ni bukan setakat cita2 kanak yang nak jadi macam2 tu.. ko kena cari hala tuju.. pape pun relek je, masih ada masa nak fikir kat matrik nanti… ha solat tu belajar2 la penuhkan. Kalau ko berjaya pun tapi xsolat.. hurm.. tu yang ko patut kesiankan parents ko..

  3. Bukan nak berlagak apatah lagi dalam bulan mulia ni, aku 4.00 masa kat matrik dulu.Matrik KMM. Hihi. Satu je nk pesan, jadual study kt matrik mmg pack (8-4ptg) tp life kau better. Everything was arranged and completely managed. Kau just follow je. insyaAllah 4rata dalam tgn. dia jadi malas bila kau xde target. Bab solat tu, sedarlah umur da brapa. bila solat, hidup kau lg tenang. Mengaji tu, baca la even 1 page. cc Cik N.

  4. Rasa diri tu teruk bagus, maksudnya kita sedar diri. Bukankah syarat taubat yg pertama ialah menyesal? Tapi jangan duk rasa teruk je memanjang tapi xbuat apa2 perubahan. Nak berubah serius bukan senang, kena usaha sikit2 tapi konsisten. Haa, mmg istiqamah la kata kunci untuk berjaya jadi lebih baik. Hmm,kau kata hati kau still mcm dulu wlaupn cuba nk berubah, percayalah tu awal2 je. Kalau kau IKHLAS n KONSISTEN jaga solat, mengaji, jaga hubungan dgn Allah,manusia, binatang, alam, ketenangn tu Allah akan bagi. Dia yg pegang hati kita kan. Nk lagi mmbantu kita berubah ke arah yg baik, cuba untuk sentiasa duk dlm suasana yg baik2, duk dngn orng2 yg memahami n supportive, dengar yg baik2, tengok yg baik2.
    Kalau bab belajar tu, aku xnak komen banyak, kau nak, kau buat. Usaha sebaik yg boleh pastu tawakkal la sungguh2.
    Cik N, doa sungguh2 usaha sungguh2 dan sentiasalah bersangka baik dngn Allah.

  5. Dik Allah janji sapa yg jaga solat, Allah akn dtgkn dunia akhirat pdnya.

    byk beza antara org yg jaga solat dgn org yg solat. Ibarat, org yg jaga makan dgn org yg makan. Pastinya org yg jaga makan lebih sihat,begitu jgk org jaga solat..pastinya byk kelebihan yg allah dh janjikan. Jadi solat yaa..paksa diri solat walau malas tahap babun. Try mujahadah Dan istiqamah. In shaa Allah, Allah Bantu

  6. Matric sekadar platform sambung degree. Kena yakin lepas degree tu skali.. Kalau x, sijil matric x berguna pn nak apply kerja.. Lain ngan form6.. Sijil stpm dipandang disektor kerajaan.. Tp plg senang, blajar wat bakery dan start jual biskut dan kek kecil2lan dl.. InsyaAllah kalau komited, nnt 5 tahun lg da berjaya.. Tp solat jgn lupa.. Ibu bapa kena hormat.. Jaga hati diaorg.. Kdg2 kita berjaya pn sbb doa diaorg..

  7. Skrang form 6 pn dah ikut sem..tak mcm kami dulu..sy pn dlu spm aliran sains tulen, dan sy masuk f6 aliran kemanusiaan..n lepas fom 6 dpt smbung u..n sekarang alhamdulillah dah kerja, baru setahun sbgai cikgu..kdg2 org xnak masuk f6 sebab xnk jd budak sekolah lg..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *