Assalamualaikum semua.. entah dari mana nak mula pun saya tak tahu. Tapi sekarang ni saya & suami dalam tempoh bertenang dengan bawa diri masing2.
Kami dah bersama hampir 7 tahun dan dikurniakan 2 anak. Tapi 7 tahun tu belum cukup untuk memahami & menerima kekurangan masing2.
Saya bukanlah isteri yang sempurna. Tapi saya akan selalu cuba yang terbaik untuk keluarga saya.
Mungkin khilaf saya yang pentingkan diri sendiri sebelum ni. Sampai suami memilih untuk meninggalkan segala luka ni. Tak tahan lagi dah katanya. Dan pilih untuk cuba bawa diri masing2 dulu.
Suami saya sangat sayangkan keluarga dia. Dan saya bukanlah tak sayangkan keluarga mertua saya.
Cuma saya sendiri trauma dengan apa yang dah keluarga dia buat pada saya sebelum ni. Menekan saya macam2. Sehingga saya sendiri pun banyak kali kecewa dengan tingkah suami saya.
Entahla. Diceritakan nanti dikatakan mengungkit. Tapi mungkin sekadar berkongsi dengan pembaca semua punca saya kata saya trauma dengan keluarga mertua sehingga detik ni suami merasakan saya terlalu berkira dengan keluarga dia.
Dulu, bab nafkah dia akan dahalukan ibu dia. Saya tak amik kisah pun. Beberapa bulan/tahun perkahwinan tanpa nafkah. Dan saya terima.
Bab emosi. Dulu tiap kali berjumpa dengan keluarga mertua mesti ada saja yang buruk dimata mereka tentang saya. Semua nak ditegurnya.
Cara potong ikan, cara susun pinggan, berkongsi cawan, semua tak kena dimata mereka. Diperli saya depan2. Maklumlah saya cuma surirumah yang hanya bergantung pada anak dia.
Tapi segalanya berlalu dan saya dah tak amik kisah semua tu. Saya hanya buat pekakkan telinga & cuba menerima. Sehinggalah kini sebaliknya yang berlaku.
Dan, sampai ke detik ni. Dia dah rasa fedup dengan saya. Katanya dia tak boleh lagi terima yang saya tak boleh terima keluarga dia. Dan terlalu mengongkong hidup dia.
Jika diungkitkan kesilapan & kekurangan. Mungkin terlalu banyak untuk disenaraikan. Cuma saat ni saya sendiri pun memilih untuk menjauh.
Saya tak marah tindakan suami saya. Cuma saya risau kalau nanti saya juga sudah tawar hati untuk meneruskan hubungan kami.
Btw, dalam tempoh bertenang saya ada hantar surprise bouquet untuk dia. “I am sorry” but no positive respond.
Siap cakap hati dia tak boleh terima saya lagi saat ni. Dia tak lepaskan saya. Cuma dia tak boleh buat keputusan. Biar waktu saja yang menentukan.
Saya tak kisah kalau dia mintak waktu. Saya cuma kisah bila dia mintak saya menjauh bawa diri dahulu bersama anak2. Mungkin dia tak amik kisah sbb dia tak perlu nak hadap muka anak hari2.
Saya setiap kali tidur tengok muka anak. Saya rasa sedih. Kecewa. Disebabkan ego kami anak2 yang jadi mangsa. Saya cuba beralah, tapi mungkin dah tiada tonggaknya lagi untuk dipertahankan.
Saya sendiri pun sudah mulakan langkah untuk kehidupan baru. Pindah anak sekolah. Cari kenderaan baru untuk kegunaan saya. Sebab sebelum ni saya hnya meminjam kenderaan dia dan saya dah pulangkan ats permintaan dia.
Harap ada yang boleh berkongsi pengalaman dan nasihat. Patut saya terus berharap agar segalanya akan kembali baik @ putuskan harapan ni agar saya pun tak terluka lagi.
– Elsa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
x pyh la brhrp Elsa….trus la melangkah..kt situ da nmpk mmg suami elsa nie penting kn diri sendiri…alasan dia je smua tue…jika btul dia akan pertahankn rmhtgga..
Buat Solat Istikharah minta petunjuk Allah agar dpt jawapan yg trbaik buat Elsa & anak2. Dlm bpisah tmpt tidir / rmh ni, jgn lupa minta nafkah utk Elsa & anak2. Selagi blm cerai, nafkah ttp perlu dituntut. Llau dh brcerai, tuntut nafkah utk anak2 sj.
Seperti yg Puan kata, dah tiada tonggaknya lagi untuk dipertahankan. Move on, mulakan kehidupan dengan anak-anak. Mulanya memang perit dan sakit tapi kalau berbaik pun yakin kah Puan yang segalanya akan baik-baik sahaja. Kalau berbaik tapi masih ungkit mengungkit dikemudian hari buat apa kan. Move on je la Puan
Dari awal dah ada red flag pasal nafkah dan puan jadi enabler dia.Itu dah silap.
Hidup ni cinta saja tak cukup.Cinta itu adalah pengorbanan dan komitmen kita terhadap sesuatu yg dicintai
Bab kereta pun dia ungkit tak tau nak ckp apa.Dia gagal faham erti nafkah.
Jln terus ke depan puan.Tak guna mengharap keajaiban berlaku memandangkan keluarga mertua pun dah tak suka awak.Mesti ada dorang cucuk angin tu.
Zmn skrg wanita berkerjaya je dipandang tinggi oleh mertua.Yg duduk saja jadi surirumah akan dilabel mcm2..mohon puan move on.
move on…dlm kata halus die mmg x nak kau n anak2x.