Teruskan melangkah!

Assalamu'alaikum.eer camne nak mulakan ek?sebelum tu nak bagitau je,saya bukan student college ni..tapi tertarik dengan page ni lebih lebih bagi bila ada some confessions mengenai perempuan tudung labuh,niqabis dan sebagainya..saya cuma nak pesan kat orang luar sana..kalau laa korang tau sakitnya untuk berubah..lebih lebih lagi nak berubah ke arah jalanNya..tak semua yang tau,nak berubah tu kena bayar dengan 'kesakitan' yang sangat sakit zahir dan batin lebih lebih lagi batin..diri puas menangis..kadang rasa macam tak layak untuk jadi 'baik' seyes..tolonglaa kalau boleh jangan pandang perempuan yang tertutup rapi ni 'alim' 'baik' sebab kitaorang tengah 'berlawan' dengan diri sendiri..namun moga ia menjadi satu doa untuk saya,kami dan kamu jua..kalau laa boleh nak berubah jadi 'baik' ni tau petik jari kitaorang akan buat..tapi tak semudah tu..kita kena bayar dengan air mata yang bukan sedikit..kena bayar dengan kesakitan..tau tak sakit lagi luka yang kita tak nampak dari sakit luka yang kita nampak?tapi takpe,biar sakit keranaNya..apa lah sangat sakit di dunia kan?bak kata Ahmad Ammar lebih kurang "Di akhirat nanti tempat kita melepaskan lelah"..bagi yang nak dan sedang dalam proses penghijrahan teruskan melangkah,peduli apa cakap orang,selagi Allah ada awak tak keseorangan..awak,biar jatuh sejuta kali,jangan pernah berputus harapan dari rahmat Allah..awak nak nangis,nangis laah..tapi lepas tu tolong bangkit semula..demi awak dan demi Dia..jangan biarkan kata nista orang kepada awak buat semangat awak lemah..ingat tujuan awak untuk berubah kerana siapa?kerana apa?saya tau awak tak kuat,tapi Allah jualaa yang meminjamkan kekuatan tu untuk kita berubah..mengadu kepada Dia,jangan kepada makhlukNya cause diorang takkan faham..percaya kat diri sendiri percaya dekat Allah..setiap teguran dari orang sekeliling awak,kata cacian tu ambil sebagai satu dorongan untuk awak memperbaiki kesilapan awak..teruskan berlari..In syaa Allah awak akan sampai jalan yang di tujui :) dan bagi orang luar kat sana,bila nampak kawankawan yang dari 'tudunglabuh-singkat' ke apa apa,tolong bantu diorang..bagi diorang semangat..sebab kita manusia,takkan pernah berhenti dari buat kesilapan..dan moga kamu juga diberi Hidayah olehnya..berhenti laa duk cakap/pandang ' tudung labuh/pakai niqab tapi…" ubah prespektif tu..tapi saya tak dapat salahkan korang sebab ada jugak yang memperalatkan agama untuk mencapai sesuatu tujuan..tu urusan dia dengan Allah..moga Allah membukakan pintu hidayah buat diorang jugak..Moga kita sampai 'kedestinasi' yang hendak di tujui aamiin in syaa Allah..tu je kot,maaf naa kalau ayat tak tersusun rapi/faham..salam dari negeri seberang B****I :)

– H.AZ

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *