The power of du’a

Salam.. hari ni, sesuatu yang menanjubkan telah berlaku kepada saya & saya tertarik untuk menceritakan kisah ini kepada semua di sini untuk dijadikan teladan. ini bukan kisah rekaan, bukan juga kisah khayalan, ini kisah yang benar2 berlaku kepada saya pada hari ini, 25 Disember 2015.

Pagi tadi, selepas solat sunat Dhuha, saya berdoa minta Allah tolong permudahkan urusan nak menghadapi final exam minggu depan ni. Saya minta Allah tolong hapuskan segala perasaan malas & segala distraction yang menghalang saya dari belajar. Lepas selesai solat, saya buat aktiviti harian seperti biasa. Kemas bilik, basuh baju, mandi, masak, solat zohor.

Saya ni ada satu tabiat dimana saya tak boleh makan kalau tak tengok cerita. jadi, sambil makan tu saya tengok lah variety show. masa ni, tak ada apa2 lagi yang berlaku sampailah lepas saya habis makan, sesuatu yang tak pernah saya jangka terjadi.

Sepatutnya lepas selesai makan tu, saya terus sambung study la kan, tapi sebab dah distracted dengan variety show, saya pun terus sambung tengok variety show dengan niat konon-konon lepas habis show ni la baru nak study. Masa tengah tengok cerita tu, tiba2 ada seekor lalat terbang dekat keliling saya. Mula2 saya ingatkan lalat tu datang sebab dia terbau sisa makanan saya tadi. saya pun lap la meja. bersungguh cuci sebab xmau lalat tu mai balik. tapi lalat tu tetap ada. yang peliknya, lalat tu asyik ikut ja ke mana saya pergi.

Masa tu memang dah rasa rimas sangat dengan lalat tu. Nak bunuh lalat tu, ubat nyamuk tak dak. nak tibai pun xdapat. pastu godek2 almari, jumpa Febreze. satu bilik bau febreze saya spray, punya la nak halau lalat tu. tapi dia tetap xkeluar. (jangan tanya kenapa saya guna febreze) bila saya keluar bilik, dia ikut saya keluar. tapi bila saya masuk, dia ikut jugak saya masuk bilik.

Masa tu dah mula ingat lalat tu ikut sebab bau badan. tapi pelik juga la sebab baru ja lepas mandi, tukar baju semua. tapi sebab x confident, satu badan spray Febreze jugak. haha. -.-

tapi lalat tu tetap x pergi. disebabkan terlampau marah, saya pergi mandi & siap2 nak solat asar. masa nak solat saya memang dah niat dalam hati nak test lalat tu,"kalau lalat ni kacau aku waktu solat satgi, memang lepas ni aku bunuh dia! dia makhluk Tuhan, sama macam aku, kalau dia kacau aku nak sembah Tuhan, memang derhaka betul lalat ni!"

Saya sendiri tak tau apa motif saya fikir macam tu. Tapi, Allah Maha Besar, waktu saya solat, lalat tu tak kacau langsung! Lepas solat saya baca Quran, lalat tu memang tak dak langsung. Masa tu memang saya langsung tak ingat pasal kewujudan lalat tu. Lepas habis baca Quran, baru saya perasan lalat tu ada betul2 depan saya. Saya sendiri tak pasti apa motif dia duduk situ, tapi sikit pun dia x kacau saya. Dia duduk diam dekat situ sambil gesel2 kaki dekat muka dia. Well, typical perangai lalat la kan mcam tu.

Sebab malas nak layan, saya bangun keluar bilik. Nak study pun, masa asar x elok study kan. Niat nak bunuh lalat tu hilang macam tu ja disebabkan lalat tu 'hormat' saya waktu saya solat & baca Quran. Lepas maghrib, benda yang sama jadi. Waktu saya solat & baca Quran, lalat tu diam. tapi habis ja saya solat, saya bukak laptop, mula la dia datang. Masa tu terfikir jugak, lalat ni betul ka binatang ni? Ka jin ka apa ni nak kacau aku ni.. Seram sikit masa tu sebab dduk sorg. haha.

Kali ni, saya buka laptop, saya buka nota & mula study. Again, Allah Maha Besar, waktu saya study lalat tu terus terbang pergi dari meja saya. Saya xtau mana dia pergi, saya malas ambik port. Lepas study dalam sejam camtu saya dah mula bosan,dah mula distracted buka Fb buka Twitter, main fon. Masa tu lalat tu mula datang balik. Dia terbang keliling saya. Datang dekat tangan saya semua.

Masa tu baru la saya sedar. Ya Allah, Allah dah makbul doa aku. Allah hantar lalat ni nak bagi peringatan nak suruh aku study, bukan buat perkara yang lalai. Terus insaf, tutup semua distractions, sambung study. Lalat tu pun terbang pergi jauh dari saya. Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam.

Motif saya tulis cerita panjang2 ni saja nak habiskan masa hampa semua yang tengah leka dengan benda2 melalaikan ni. semoga cerita saya ni dapat meninggalkan kesan dalam hati kita semua. Again, ini bukan cerita rekaan tapi benar2 berlaku pada diri saya. Masa saya tengah taip confession ni pun, lalat ni ada dekat keliling saya. Annoying nya, hanya Allah Maha Mengetahui. rasa mcam nak tampar ja. sekarang saya perlu sambung study. All the best untuk semua yang bakal menduduki final exam minggu depan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua untuk menjawab soalan exam nanti.

– bukan student UIA

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *