The power of sedekah & al-waqiah

tajuk yang sudah biasa didengar dan di baca kan… tapi aku tetap juga nak cerita pengalaman aku sendiri merasai nikmat kekuasaan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang kepada hambaNYa dan ingin membawa kalian juga menikmati nikmat kekuasaan Allah.

Aku dahulu bukanlah pelajar yang pandai. aku graduate pun dgn pointer yg sedang2 sahaja. Masa sekolah dulu, setiap hari aku di ingatkan oleh cikgu untuk sentiasa amalkan surah al-waqiah. Kerana rezeki Allah ini bukan sahaja tertumpu kepada wang ringgit dan kekayaan bahkan ia meluas seperti kejayaan, kesihatan n mudahnya perjalanan hidup.

Alhamdulillah, dengan nasihat cikgu tersebut aku selalu amalkan membaca surah Al-waqiah. aku mula nampak kehebatan surah ini bila aku habis belajar. Aku dapat kerja sebelum aku graduate lagi, aku hanya sempat menganggur di rumah sebulan sahaja. Aku bersyukur sangat dapat tempat kerja yg berdekatan dengan rumah. setelah bekerja aku makin kerap amalkan al-waqiah. Dalam masa yang sama setiap gaji yg aku dapat aku akan bagi dekat mak, n belanja rakan2 ofis serta family. aku buat semua tu dengan niat bersedekah. Aku merasakan pekerjaan aku dipermudahkan.

Selepas 5 bulan bekerja, aku ditawarkan pekerjaan yg xpernah aku
sangka2 kan.. aku ditawarkan Engineer ditempat yg sama aku bekerja sekarang sedangkan aku tiada basic langsung tentang bidang tersebut..
Allahu, masa ni aku keliru nak terima atau tak, kerana gaji yang ditawarkan 2kali ganda dari gaji aku yg sebelumnya. Akhirnya aku terpaksa menolak, kerana aku takut gaji yg besar membuatkan aku riak dan semakin lalai dengan Allah.

Setelah aku menolak pekerjaan tersebut, jiwa aku meronta2 untuk meminta aku supaya bersedekah dengan lebih banyak. Memandangkan aku duduk dgn mak, jadi setiap minggu aku akan beli bahan basah seperti lauk pauk untuk satu family makan. surah al-waqiah tetap aku amalkan..

Siapa sangka, selepas 2 bulan tolak tawaran engineer, aku dipromote untuk di naikkan pangkat.. MashaAllah, apa lagi yang mahu engkau dustakan dengan Kekuasaan Allah. Kadang2 aku rasa malu dgn Allah, sebab aku buat baik tidaklah seberapa tetapi Allah balas dgn sesuatu yg kita tidak jangkakan. Aku yakin, setiap rezeki yg Allah berikan untuk kita bukan semuanya hal milik kita, kerana sebahagiannya adalah milik org lain. Sebab itu kita sering diingatkan untuk selalu bersedekah. Allahu, semoga kita sama2 terus beristiqomah untuk terus bersedekah dan amalkan surah Al-waqiah. InshaAllah

– Insan Kerdil

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

16 Comments

  1. Setuju, sy pernah alami benda yg sama. Duduk jauh dari family yg ada kt Johor, sy praktikal di Hospital USM, Kelantan. Time tu mmg tga rajin, baca al-Waqiah lepas solat subuh, Ar-Rahman lepas maghrib, Al-mulk lepas isyak. Pernah sekali tu, sy mmg tga kering. Tga jauh dari mak ayah, nak bayar duit sewa bilik lg, apa lg, maka tawakkal je lah time tu. Maha Suci Allah yg Maha Besar, tiap hari ada je rezeki yg Allah bg, housemates bg makanan, patients bg makanan, department buat jamuan and etc. Allahuakbar

  2. Sheila MohamadEja NadhirahHanim RedzuanSyafiqah Abdul RaniNazmin ZulailiSyahirah IzhanNadiah HaronAishah KhamarruzamanMohammad Wijdan Noor MahadiNasrun FaizLuqman Umar

  3. Sebb tu Imam Nawawi Rahimahullah bagitau dalam kitab beliau At Tibyan Fil Adaabil Hamalatil Quran.. walau sesibuk mana diri kita dalam sehari2.. jgn tggal 3 surah.. surah yassin.. surah Al waqiah.. dan surah al mulk..

    rahsia surah yasin, mengabul hajat kita..

    Rahsia al waqiah spt disebut diatas.. pembuka rezeki..

    Surah al mulk.. dibebaskan azab kubur..

    Boleh baca bila2 masa.. tp kalau berjadual sgt elok.. sebgai cth, yassin lpas subuh.. lpas asar al waqiah.. lpas isyak baca al mulk.. ini utk mendidik istiqomah.. klau baca skaligus kita rasa berat krna masa yg lama.. jd ambil masa sikit2.. yassin 10 minit.. waqiah 5 ke 7 minit.. al mulk 5 minit..

    Dalam 24 jam masa Allah bagi.. sekrg2nya luangkan masa sedikit utk Allah.. InsyaAllah Allah mdahkan urusan dunia wal akhirah..

    Selamat beramal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *