The Power of "Terima Kasih" – https://iiumc.com/forumv2/
Assalamualaikum..
Aku pernah bekerja, masa tu aku tengah tunggu result spm. Kerja aku masa tu kerani je. Tukang buat air kat ofis bila ada big boss or tetamu bos. Bukan takat buat air je, serve makanan skali. Dua pangkat berbeza. Aku kuli, perlu melayan kerenah orang atasan. Pengalaman aku mengajar aku untuk appreciate setiap tugas manusia. Hanya ucapkan terima kasih pada manusia. Tak kisah la siapa dan berapa tinggi pangkat. Makcik cleaner datang sapu sampai mop lantai bawah meja kita, ucapkan terima kasih. Pergi kedai makan orang kedai hantar makanan ucapkan terima kasih. Pergi mana² ada orang tolong ucap terima kasih. Kalau dalam kereta tak mampu ucap terima kasih atleast angkat tangan senyum. Diorang ni bukan nak duit kita ke apa, kita just perlu appreciate orang jer. Ucapan terima kasih tu dah mampu buat mereka tersenyum. Tak perlu berlagak sombong pandang hina orang² yang bekerja rendah ni, kita tak tahu apa background life diorang. Dulu aku pernah buat part time masa amek degree, jadi pelayan restoran kat hotel. Penat dia tuhan je yang tahu. Bila orang ucapkan terima kasih rasa hilang penat aku bila ada yang menghargai. Pernah masa part time, ada orang macam pandang hina sangat dekat aku seolah-olah kerja yang aku buat tu jijik sangat. Dengan memek muka dia, cara dia, intonasi suara dia, berlagak sungguh. Aku memang ingat muka orang tu. Last² aku grad dapat kerja jumpa dia and dia kerja bawah aku. So kesimpulannya jangan berlagak dengan apa yang kita miliki sekarang ni. Belajar menghormati manusia walaupon pangkat kita tinggi. Dan kalau rasa mahu urusan dipermudahkan, permudahkan urusan orang lain InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita. Perkara simple contohnya pergi kedai makan orang kedai datang bawak makanan, tolong ambil makanan dari dulang/tangan dia. Dah selesai ucap terima kasih senyum. Nampak simple but trust me, akan ada ganjaran lain InsyaAllah ☺
– ftnh