aku merupakan bekas pelajar uia kuantan. sebelum wujudnya kampus di dalam kami tinggal di 'franky land' atau dipanggil mahallah tabari. struktur bgnan nya seperti rumah kedai. bilik aku di corner lot. bilik paling besar dan mempunyai 8-9 compartment. tempat aku berhampiran dgn tingkap.
1) byak cerita menakutkan telah aku dgr tentang mahallah itu tp disebabkan hal tertentu, masa cuti midsem berakhir, aku antara yg balik paling awal. mlm tu aku tido lewat. layan movie dlm laptop pakai headphone sambil meniarap atas katil. sedar xsedar masa tu sudah pukul 3-4 pagi. aku tutup movie. pendgaran yg td bising dgn movie kini sunyi sepi. baru shj aku nak buka headphone aku terdengar derap kaki berlegar legar di depan compartment. bilik aku bertikar getah. jd bunyinya seakan kaki berjalan melekat dgn tikar getah mundar mandir di depan compartment aku. terus aku buka movie dan kuatkan volume. tp aku rasa degup jantung aku lg kuat bunyinya. aku xdpt tido sampai subuh. alhamdulillah, 'org' yg berjalan tu xde nak introduce diri dia kat aku.
2) budak kuantan mostly buat attachment di hosp. pihak uia ade sediakan homestay utk pelajarnya. one of hosp is hosp pekan. kebetulan waktu hosp attachment, aku ade projek final year. thesis. disebabkan esoknya due date utk sv aku check, aku tido lewat malam tu utk perbaiki part yg dia minta. jam di dinding menunjukkan pukul 12 tgh mlm. semua housemate yg lain sudah menjejak kaki ke alam mimpi. aku masih menghadap laptop dgn penuh konsentrasi. fokusku terganggu bila terdengar bunyi seakan pintu dapur dicakar perlahan. dalam jariku pantas menaip, imaginasiku membayangkan seekor ayam jiran terlepas dan mencakar pintu dapur aku. masa terus berlalu. aku masih terleka dlm kerja. tiada apa yg dpt mengganggu fokusku sehinggalah bunyi tersebut perlahan masuk sampai ke dalm rumah. jam menunjukkan pukul 1 lebih. aku rasa x sedap hati. cepat2 aku hantar email kpd sv, shut down laptop dan terus masuk ke bilik tidur tanpa kemas notes and laptop. aku berjalan tanpa menoleh dan tngn ku mencapai pintu untuk ditutp, tp aku tahu pintu xtertutup rapat namun aku xkan menoleh untuk tutp pintu lg sekali. terus aku rebahkan badan ke atas katil dan kepala menghadap dinding. dalam sunyi pagi, aku dengar derap kaki menapak ke katilku, perlahan dan perlahan sampailah bunyi tu hilang dan tilamku pula menjadi lekuk seakan ade org duduk, betul2 di sebelahku. aku pejamkan sj mata tanpa menoleh ke mana2. Sedar2 sj sudah subuh. alhamdulillah, 'org' tu xsentuh aku, himpap aku atau introduce dirinya pd aku.
3) tahun akhir aku di situ, semua pelajar kena pindah ke dalam. aku tinggal di mahallah UK. setelah bgn solat subuh aku tidur kembali. suatu ketika aku terjaga, tp mata terasa sgt berat untuk dibuka. tp aku nmpk dgn jelas dua rumate aku berada di hujung katil ku utk bgtau mereka mahu keluar. aku 'em' kan sj. tgh hari itu saja aku borak2 dgn rumate, tanya pegi ke mana, dorang terdiam. dorang ckp ni br nk keluar. td lps subuh tido balik je. dan baju yg dorang pakai sekarang ni sebijik sama masa dorang masuk compartment aku pg2 lps subuh td. alhamdulilah, aku xnampak muka yg menakutkan. aku cuma nampak muka kawn aku.
4) ptg2 telah menjadi kebiasaan utk pegi swimming. kwn aku dr bilik lain berjanji untk singgah ke bilik aku dulu sebelum pegi. tp aku tertido saat dia dtg. apapun, aku dgr dgn jelas suaranya 'oh tido ke, em xpe la.' dan dia berlalu pegi tanpa kejutkan aku. dan aku pula merasakan mata sgt berat utk dibuka waktu dia dtg dan sambung tido. bila aku bangun, bilik sunyi, semua tido. aku tersedar yg aku sudah lambat, aku rasa bersalah sgt dan mahu ke biliknya untuk meminta maaf. tp aku terhenti di dpn pintu bilik aku, tombol pintu ini dikunci dr dalam. tp aku fikir, mungkin rumate ku br sj kunci atau apa2 sj kemungkinan lain. saat aku sampai ke biliknya, pintu dikunci, aku ketuk kuat2 dan bg salam. xlama lepas tu dia buka pintu dlm mamai, terkejut melihat aku dan terus meminta maaf kerana terlajak tido dan tidak dpt memenuhi janji. aku keliru lalu aku ceritakan semuanya. dia dua kali terkejut, katanya xpernah singgah ke bilik aku. apepun alhamdulillah, aku xdpt buka mata time tu, kalau x aku xtau ape yg aku nmpak time tu.
– cik misi
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Kika Igat eh tertag..
Hahaha tag lagii tag lagi ???
Aku tau kau suka crta2 mcm ni Kika Igat
Weee seram ke? Aq rse yg part kwn kau tu lwk..yg lain tu seram
Franky land tu yang kat im tu ke?
Saleha Sazli Hidayatul Hanis Hanapi Najihah Khalid Nur ‘Adilah Faisal Sabri Nik Azfar Azirah Nur Alysya Musthafa Aida Syuhada Zulkiplee Siti Ameera Ahmad Shakri
MUK? hmmm
Bestnya cerita ni … tapi dia dtg bunyi tapak kaki and duduk kt hujung katil. Setiap hari pukul 3 dia akan gerakkan sambil tolak2 kaki. Tapi aku x rasa pun dia punya tangan. Ajaib. But who are they…..
Sarah Mohamad Noor