salam. bila korang baca je tajuk mesti korang pk bukan2 kan?
takde la sbnrnya artikel ni melibatkan pasal kerja dan seterusnya merebak ke perkara2 lain. Dah lama kot aku pendam, and mostly org2 terengganu pendam, yang terengganu ni sangat2 lah KEKURANGAN KERJA. dari tukar parti politik mana2 pun sama je. kau tahu dekat sini ada lg yg kerja kedai makan gaji 350 sebulan?YA SEBULAN. stakat gaji 5 ,6 ratus tu benda biasa. sini keje kerajaan da macam orang paling kaya.sebab?sektor swasta terlalu sedikit. aku sndiri ada degree terpaksa merantau ke KL cari rezeki.alhamdulillah dpt la keje bank. and bnyk kot org terengganu merantau.
kau tahu sblum aku keje bank, aku penah pegi karnival kerjaya dekat hotel kat terengganu lepas habis degree. kau tahu diaorg promote kerja apa?TUKANG KEBUN,HOUSEKEEPING.ada la satu kosong pembantu akaun,yg datang dekat ribu. usahkan aku yg degree, yg ada stpm pun marah2,penat2 datang karnival kerajaya dari besut ke kuala terengganu tapi nk interview tukang kebun. Pastu kalau kat sini nak keje kerajaan macam kena mengemis gila2 jumpa orang sana sini(selain keje hosp and cikgu). takat nak keje gred 17 spm tu sampai jumpa MB kot.pebenda dowh. lps habis blaja aku penah mintak keje cashier gaji seribu pun tak dapat. Kemuncak aku bengang baru2 ni kakak aku kena transfer KL. keje swasta bahagian kerani gaji 1200 je kau rasa macam mana nak survive kat KL dengan dia nak kawin bulan 11 dengan orang terengganu?sebab kenapa kena tukar sebab kakak aku bukan anak bos. kat sana dari kuli sampai atas semua anak beranak diaorang je. so nak tak nak kakak aku mebi akan resign kalau tak dapat stay kat terengganu. kat sini terengganu kau jangan mimpi nak keje kerajaan kalau kau takde kabel. sedara aku mintak keje kat tempat tutt gred 27 bawak surat sokongan pun terpaksa mengalah sebab ada sorg bekas penyanyi femes suatu ketika dahulu kerabat diraja dapat keje tu. kau bayang dia artis keje gred 27 diploma sebab mmg da takde kerja kat sini.
Nasib baik weh Kuala Terengganu ni takde cinema,takde mall,kurang sikit duit habis. kalau kat sini,jawatan cleaner tu orang berebut rebut kau tahu.sedangkan dekat KL macam dah takde rakyat malaysia jadi cleaner. semua indon dengan bangla.
Jap lagi ada la suara sumbang cakap , takpe asalkan keje halal semua. mmg la keje halal, semua keje halal ,bukan kau jual dadah arak,jadi GRO ke hape pun. paham tak sekarang ni ramai yg ada degree,master, n even PHD kalau cari keje kat terengganu akan dapat gaji bawah seribu…
nak bayar ptptn lagi,pinjamab mara lagi berbaloi ke…
Aku sedih sebab aku tahu kebanyakan budak2 terengganu ni pandai2. kalau tak takkan la selalu negeri terengganu no 1 keseluruhan spm,upsr la. aku sendiri pun lepasan sekolah menengah top 10 malaysia. tapi sayang kami tak dapat berbakti kat negeri kami. nanti mesti ada org cakap apa salahnya merantau. kau tahu semua orang x sama. ada yang mak ayah sakit kena jaga. berapa ramai kawan2 aku stop keje kl sebab balik kg jaga mak ayah sakit.
admin, aku mintak tolong sgt post apa yg aku tulis ni. memang aku rasa diaorg ni terlepas pandang kat negeri terengganu gila2.
terima kasih.
– Kristal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sangat bersetuju dengan confessor. Terengganu memang mundur dalam banyak perkara, pedih tapi itulah hakikatnya.
Husnul Huda Akmal
Bakpe mention nama aku??hahaha
Bab ni mmg betul..
Nur Aisha Humaira
urmm kawan saya jual ciskek kt terengganu gaji dia lagi byk dr org kerja kerajaan. Nak mango ciskek orderlah dgn kawan saya Syuhada Shamsudin
Hebat marketing sek deme ??
Haha..tu kateee patihing
hahahahaha. sebenornya dok niat pn nk wat marketing.
Baguslaaa tu.support kwn.hahahaa
Org kita xberapa minat meniaga sebab xdidedahkan dri kecil, usahawan keropok lekor diterengganu dah taraf jutawan dh, padahal kedai kayu ja dulu
?? Syuhada Shamsudin
Sedih bhai
Itulah iv bnyk g tp xdpt2..org kata blom rezeki..kabelnya Allah taala jer..nk jgk kerja sesuai dgn sijil tp hmm
Muhammad Azharuddin Arif
The truth has been spoken
Baru nk tnya hang btoi ka ni haha
Dh blh bce ur mind. Sbb tu bgtau awl2 hahaha
Whats on my mind right now?
Nk p ukm ???
Hari tu sy pergi terengganu pun hairan dgn bandar kuala terengganu yang tak jammed wpun hari kerja..jalanraya sgt2 lancar. Memang best
Ye ke?? Deme pergi pukul berapa masa tu??
Lunch hour smpi petang…klu banding d sini kota kinabalu setiap masa pun jammed isnin ke ahad
Wa org tganu.feel that bro
Setuju dgn confessor. Sy org terengganu perhatikan terengganu xbyk sektor swasta. Kegiatan ekonomi perniagaan x rancak mcm kuantan, or even KB. Nk keje kena masuk gomen, either federal atau kerajaan negeri. Kt trgnu, keje gomen mcm kaya giler dh sbb hiburan xbyk, dptlah simpan duit. Sampai abg2 aku mls nk kluar trganu sbb dh comfort zone. Huhu.
thanks semua. finally apa yg sy confess ramai org share. mohon lg ramai org shre supaya mereka cakna dgn negeri terengganu
Lieyza Zulkafli Raso nk taggg. Hahah
nasib kito laa ni. Hahahaha xpo ado rezeki nanti. Bertabah kakaks. Takdir kita pasti indah satu hari nanti
Setuju sgt2..sy prnh alami semua tu.sy ada degree. mula2 kerja kt trganu lps grad gaji 350 jer.mkn minum lps la tp nk bayar loan jpa mmg sangkut.lps tu bhijrah ke kl dpt la gaji yg ok tp atas sebab family akhirnya blik smula ke trganu..keje senang dpt,maybe sbb ada pengalaman keje tp gaji yg ditawarkn sgt2 mngecewakn..jauh bezanya dgn gaji yg prnah dpt masa keje kt kl dulu.dh la komitmen tinggi tp nk wat mcmana, tpaksa terima apa yg ada..mmg agak suffer
Setuju. Sebab tula ramai rakyat dari beberapa negeri kt Malaysia ni terpaksa merantau ke bandar besar seperti KL, Penang, dan Johor utk mencari kerja.
Wan Kama Ruzzaman baru kte ckp psal trenganu td ..ish2 ,tp kisah kite psal lampu jalan .haha
Yeay!!! Kite geng! Anak Terengganu merantau ! haha
Aku setuju, aku org Terengganu…dilahirkan dan dibesarkan serta belajar sampai dapat degree semuanya di Terengganu….mmg betul…kos hidup mahal tapi gaji murah kalau kerja sana…makan minum lebih mahal dari KL…kalau nak beli rumah utk disewa tak berbaloi..sbb mmg propeerty kat situ tak boleh dibuat investment utk sewa bulan, harga rumah mahal tapi bila nak disewa mmg murah dan langsung tak balik modal…kalau nak buat homestay oklaa…tapi still harga kena murah….kalau Mall pula susah nak hidup sbb time bina pun dah start masalah politik pengurusan bangunan…dekat terengganu setahu aku xde Mall selain Mydin dan Giant…kalau ada pun pasti bawah kerajaan negeri (Bangunan MBKT)…Mall yg ada Plaza Paya Bunga tu pun dari sejak aku sekolah menengah sampai umur 36 tahun sekarangnipun masih tak buka2…
Aku balik raya baru2 ni…nampak juga ada construction Mall2 baru sepanjang pantai area Tanjung….tapi aku tak tahulaa apa nasib bangunan2 tu kelak sebab yang sedia ada pun tak hidup2…namun aku tetap doakan yg terbaik…
Aku cemburu dgn negeri jiran especially Kelantan sebab lebih maju 10 tahun dari Terengganu, itu pada pandangan aku…makan minum murah…kuasa beli kuat sana sbb barang murah…
Namun aku tetap syg negeri asal aku Terengganu walaupun aku dah mastautin KL
Terima kasih terima kasih, jemput datang kelate deh raye2 ni
Hehhehe…bereh…tapi honest…Kelate meme maju dari Terengganu
sy setuju wlopn org ganu tp sy lg suke g kota baru..soping kt sana xmenyakitkn hati..brg2 lbh murah hihi
Betul…sejak kecil…org Ganu kalau nak shopping pasti ke KB, Rantau Panjang atau Tumpat
Antara puncanya tak de Mall sebab apa yg saya cakaplaa kes politik pengurusan bangunan…contoh Plaza Paya Bunga…bab siapa nak masuk Cable pun saya pernah dengar jadi isu… sampai sekarang Plaza tu tak dibuka…jadi Gajah Puteh je…tak tahulaa akan datang jadi macam mana…adakah masih ada sinar di Plaza Paya Bunga tu?
Skrg ni sdg dibina The Curve (katanya itulah nnt nama building tu) berdekatan dgn sma khairiah. Blok kedai yg di pesisiran pantai masih belum beroperasi sepenuhnya. Another gajah putih ke? Kos sara hidup tinggi di sini.
Tak tahulaa sis..sbb yg saya nampak Plaza Paya Bunga je yg dah macam Gajah Puteh sebelah stesen Bas MBKTtu…yg lain saya tak pasti sangat…hopefully tak senasib dgn Plaza Paya Bungalaa
sy pernah kerja di tganu di thn 90an selama 10thn sblm dpt bertukar ke negeri asal sy, kelantan.. apa yg sy faham , sumber ekonomi utama tganu ialah oil & gas yg berpusat di selatan tganu terutama di kerteh & kemaman, jd pola pembangunan tidak sekata dimana kuasa beli lbh kearah mrk yg tinggal di kerteh & kemaman. sbb itu shopping mall di kt hidup segan mati x mahu.. bhn2 mentah spt ikan gred A spt tenggiri mmg agak mahal, sy pernah tanya penjual ikan di kedai payang , mrk kata ikan tsb kebanyakan di eksport ke singapura.. wallahualam..
Ada betuknya juga rasanya En. Zaini Ramli…sebabtu saya hairan kenapa Terengganu jadi macamni…negeri palingkaya sumber aslinya tapi dari segi ekonominya agak mengecewakan. Semua tu tak berjalan seiring dgn latar belakang Terengganu…hairan sungguh…dari dulu…
Mesra mall ada ar masek nung
thanks semua. finally apa yg sy confess ramai org share. mohon lg ramai org shre supaya mereka cakna dgn negeri terengganu
Tapi terengganu banyak pulau yg cantik jadi tumpuan pelancong sekaligus menaikkan ekonomi dan peluang kerja
Perasan x nak cari baju budak yang jenama pon payah kat trg.yang ada pon manjaku.
Huk aloh..hgpa ni, mesra mall kt kemasek nu ada ja,xkn xtaw..siap ada cinema lg, ada org klntn yg aku knal, sggup drive dr KB ke Kemasek psl nk tgk movie ja
Sabasun, hock kee seng, giant, mydin mall, pasaraya bumi… tu je la yg ada. Mesra mall mesra kemaman je la. Kalau nk shopping raya, ramai yg gi kl, kb n kuantan… baju budak2 nk jenama glamer mmg xde la. Kos sara hidup tinggi. Antara negeri yg mahal barang2. Saya org terengganu, duduk di trg, kerja di trg, tapi tetap rasa mahal duduk di bandaraya terengganu
Paling susah time nak beli kasut.. bukan nak jenama sangat. Tapi yg tak jenama pulok.pakai sekali dua dah kopak. Yg ada jenama sikit. Saiz tak ada.. sakit hati…
Paya Bunga Square tu da bukak da. tp tak mcm mall sgt la.
ironinya, kb yg lbih maju dr k.t. scra zahirnya cuma dpt taraf bndar tp k.t. pulak yg dpt bndaraya.
ape pung, org ganu sume baik2, suka ngn org ganu ni :)
Bos, sewa mahal doh lening… semi d pun rm1.3k doh… sesuai la dgn harga dia, tanya baru ni rm490k. Erk!
Betul sbb bru2 ni ingt nk beli rumah 290k semi d dkt manir. Ingt nk buat sewa la tp Abg Ipar kata sanggup ke nk sewa kt sini plg tinggi pn 600-700 je. 700 tu pun blum tntu ada org nk. Pdhl semi d bwh 300k kira murah dh la. Tp sbnrnya taraf ekonomi rakyat trganu yg masih rendah. Xmmpu nk sewa atas 700. Kalau kt KL semi d 800 berebut2 org nak.
Wangi Rozi
buat lah satu referendum Trexit or Tremain
Sokong…ramai ank tranung merantau & mereka nie ramai hok bijok2…contohnye bos2 syarikat minyak Kat Kuwait ramai drpd tranung…4% hasil minyak petronas di Sudan drpd cetusan idea(org bkt payong,trg)..Mari Kuwait jadi bos syarikat minyok..
Welcome to KL
Org kata malaysia ni pembangunan tak seimbang antara p.barat ngn p.timur , antara smenanjung ngn borneo, ..
Betul dan setuju..
rumah sewa murah?? kos sara idup bleh kata tinggi kt k.t..klo kmudhan setanding bndar besar mcm kl boleh terima lg..ni da giant n mydin je
Trg ke KL……dekat doh lening bohh……LPT2 ada doh kanggg…
Aku org tranung…dan aku sokong ape yg confessor kabo
Betul la.ambe orang ganung gop.hmm.dah la dungun tu taraf hidup tinggi
Yesss seriously susah nye nk cri kje . Kdg2 rse mcm nk giveupp . Hmm
#anakterengganu
walaupun tak koje lagi tapi setuju
Mirza Izzati mai la keje kl no offense
Accomodation x de ? jauh dengan family lagi ?
Saya setuju.
Mai keja penang mai . Banyak kja kosong .hee
aku setuju
Hakimah Ramli
i bet this not just happening in terengganu. in kelantan n sarawak pun sama. i think its time for government pikir kan untuk tarik pelabur bagi kesama rataan pembangunan di seluruh negara. bukan tertumpu pd KL shj. at least oleh kurangkan kesesakan in KL. dr segi peluang keje.gaji. n maybe in future reduce pengambilan warga bangla kt malaysia ni. like u said, xsemua boleh merantau.
But pls, no kelantan okay. Haha, cleaner kelantan gaji nak dekat seribu okayy
i pernah apply for engineer in kelantan.somwehere in Kb. they offer me rm 1.5k basic. with degree n 4 yrs experience? i da bnyk mastatutin to many places in malaysia. the scenario is like this. bukan nk rendah kan kelantan or teganu or any states. or nk pilih2 keje. but saya byr bnyk duit kot nk dpt degree. n it is an investment . saya pun ore kelate. kalu dpt job elok di kg, saya pun mmg nk sgt2. but the ugly thruth is there.
Betul supaya peluang pekerjaan tu x tertumpu di lembah kelang je. Sama rata tuk setiap negeri. X la congested sgt KL tu nak2 kalau nk blk raya haha
Wan Fatimah Wan Abdullah keje cleaner gapo beribu? jadi cashier dekat tesco pu bayar 600 jah…
Wan Fatimah, takdenye cleaner beribu. Kerja kat mall pun paling banyak 800. Kawan aku kerja kedai bakery selama 11 jam pun gaji 350 je. Kakakakakaka. Aku pun kerja masa bulan puasa haritu gaji tak sampai 300 :p.
thanks semua. finally apa yg sy confess ramai org share. mohon lg ramai org shre supaya mereka cakna dgn negeri terengganu
Kelantan jangan sentuh kak, ada yg marah nanti.
Hello helllo cik adik manis..sedak2 hati kutuk kelate tanah airku..jgn sembang kencang je kawan..setakat mai mintak keje,nk buat konklusion? Boleh blah la awok? Tera g jjaley jah sekali,round kelate n teganu,acu tgk rumoh jah..jgn tgk go laing..busuk2 cleaner d klate duk umah batu..x dok umah buruk nk runtuh tepi jalan..bandingkan sendiri bla g jale teganu pulok..x ccayo lg,kontek ambo,meh nk wok g derak teganu n kelate..
-ambo ore klate kijo teganu
Husna xfaham kot apa org bncg kat atas nih.. Tnh d klate n ganu murah. Rmh banglo besar bapok br 100k. Ambo nk beli rmh d penang, 400k br teres.. Point penulis xdok kaitan dgn hino pon
kenapa org atas ni
Ada org meroyan bersifat kenegerian berbanding nak pahami fakta. Payah org cmni -_-
Fida Harris memg xpaham tu kak. umah shah alam 400k+ bru teres . kijo cleaner la. bleh beli umah batu jokong. kalu gtu, baik xngaji spm univ terus. g blaja cuci jah. deniable typical kelantanese i guess. dia nk bwk saya round kelate tuu. agaknyo xtahu saya ore kelate. tp dia taw sya manis orgnya. saloh saya g taip english. kalu taw, sya taip dlm bhs jepun ke. iban ke. ??
Antara sebab mengapa anda boleh benci kelantan adalah komen seperti husna dan wan fatimah
Camane nak maju klu kerajaan negeri pn xcuba nak membangunkan negeri tu sendri..klu rakyat jek menjerit2 tp kerajaan negeri wat xtaw mmg xkemana la jawab nye..ksian..saya pn ramai kawan ganu n kelantan merantau kat sini..dorg pn mengeluh bnda y same
Saya pula berpendapat, org yg ada ijazah dan ke atas yg bertanggungjawab wujudkan peluang pekerjaan bkn merayu kerja…Alhamdulillah klu dapat kerja yg setaraf kelayakan, tpi klu xdpt, kita kna berusaha smpi berjaya, klu yg ada ijazah pun sangup kerja gred 17, yg ada spm.nk kerja apa?
Puan Fida Harris mana tau rumah dan tanah kat terengganu murah? Meh, datang terengganu, saya nak bawak jalan2 tgk property. Teres pun dah rm380k ye sekarang. Tanah lot 5000kps standard rm160k, kat kawasan rumah saya sewa ni, lot ukuran sama rm225k. Semi d rm490k. Semi d 3 tingkat rm760k. Banglo kecik2 di hulu blh lagi la dapat dalam rm380k. Sewa semi d rm1.3k ke atas. Harga yang puan bagi tu boleh dapat pada tahun 2003 yang lepas. Tahun 2006 pun sebijik banglo dah rm160k… saya cuma membetulkan fakta, sebab orang luar selalu tersilap pandang terengganu ni ?
sian lak tgk rakyat bgaduh sesama sendri.. menteri2 rilek je mkn harta rakyat.. sadis woii.. malaysia oh tanah air ku…
I definitely agreed with you. Y hire outsider, while people inside pun mengemis kan..0
Radzhipfs Armant kena tag uol
.wajib
Nadia ‘Alice’ Syakirah..tq mama..tau takpe.. sabau je la..haha..
Rumaisya Syakirin
Kalau ade surat kuning lagi power hihi
Mohd Amyzal the truth has spoken.
Nurul Syamimi.. pahang pun kan?
yg ni mmg stju..kne merantau..huhuhu
sguh dh tu..sye pun kjer kontrak bangunan jer..klu x xde kjer lh
aku org terenggaanu x malu pum benda ni sbb ni hakikat perlu diterima..kat trg kos sara hidup tinggi kut..g pasar beli barang mentah ..mkn kedai mahal selalu aku tgk page trg ad yg merungut mkn bla3 harga x patut…kalau nk beli rumah lg laa..rumah di trg mahal2..kalau tgh bandar ok ni pinggir bandar dlm liku2 kampung harga dh hmpir 300k rumah teres..kuasa membeli trg rendah..aku pernah baca 1 kajian antara bandar kos sara hidup tnggi trg..berbeza dgn kltn sbb tu diorg bleh buka mcm2..soal pekejaan mcm tu ..aku setuju dgn confessor..
Setuju bab mknn mahal ?
Mmg mhl even stay area kmpung mknn mhl huhu..
thanks semua. finally apa yg sy confess ramai org share. mohon lg ramai org shre supaya mereka cakna dgn negeri terengganu
Alkisah aku ke pantai batu buruk sbb tringin nak makan ikan celup tepung.. Datang dari dungun asalnya.. Sekali ikan tu rm7 seko letok semula.. Balik xjadi trus nk mkan hahaha
mngkinkah sbb pniaga cina x dpt msok??..kdai paya bnge square pn ntah pape..sptutnya kdai mcm padini n setarafnya mudah2 mniaga kt situ kaut untung..just pndapat
Pernah kerja trgganu. Pg kerani mlm jd cashier.
Leni ramai org terengganu meniaga sendiri.x harap sgt kerja dgn org
Hidayah
Setuju… bukan terengganu je, kelantan, sarawak, sabah, perlis ..sume lah
Nmpak sgt sekolah dh x berapa penting sbb dh rmai sgt yg menganggur walau ade PHD, cer tgk Bill Gates, Henry Ford, Richard Branson tu sume orng yg berjaya tanpa pendidikan. Fikirkan lah
Betol tu boh, tapi dengan adanya kelayakan akademik tu, peluang kita utk satu2 kerja tu lebih baik berbanding dengan yg kurang pada kita. Hok ada kabel tu dok soh kabo lah. Kita citer persaingan secara adil ni..
Kita perlukan semua sebenarnya….utk keseimbangan socio-economy. Kita perlukan book smarts & street smarts.
Tak dapat sijil degree dengan tak terima pendidikan, benda lain bang.
Bill gates tu belajar komputer dari sekolah rendah sampai ke universiti harvard, bila dah pandai dia berhenti belajar awal, sebab tu tak boleh convo.
Dulu lepas habis sekolah kt kl kena pindah ddk dkt terengganu. Pernah mintak kerja dkt bandar dungun and yeah tahu tak basic dia berapa? 350 sebulan okay, belum masuk ot lagi, ot dlm berapa ringgit je aduhh lepastu terus lari balik kl semula kerja kt kl huhuhuu
Amber dlu diploma, gaji rm300 je. Kat bando tranung. Mitok keje kajaang negeri, hok tukang interview tanya kenal sapa2 dok ssitu. Mmg amber dok kenal sorg habuk.
Huhuhu, saya bkn asal terengganu pun. Mmg lahir selangor besar kt kl. Kena pindah pun sebab ikut family. Dr zaman pmr dh pernah kerja part time kt kl gaji ikut jam. Bila pindah ganu nk cari kerja dinun, bila dpt tahu gaji 350 sebulan rasa mcm kelakar + sedih pun ada ?? kt kl gaji ikut jam pun sebulan buleh gok dpt 1000++, ini gaji 350 basic sahaja nk mkn apa hukhukkk
Tu la pasal. Amber buat part time kat kuantan, mengecat bangunan, mengajo, seminggu boleh dapat 400 ke 600. Tapi penat lah, 2 kerja dlm satu hari.
Ptut ko cabut Azmiera Afifi
Aku org tganun sokong jgk benda ye kabo
Terengganu akan jd negeri paling kaya even more than selangor, klau 20% petroleum royalti bg pada kerajaan negeri.(macam manifesto pas). Bahkan akan jd lebih maju drpd selangor. Kajian ni satu ngo ILMUAN pernah ckp.
Betul tu. Tp sewaktu PAS menjadi kerajaan negeri selama sepenggal dulu, royalti semua di-pump terus ke kerajaan pusat dan tidak dipulangkan sehingga kini. Sedihkan? Hanya kerana nama & kuasa atas dunia.
Nasib la…sejak turun temurun kebel 2 ni…ade
Industri oil dan gas dn maritime trtumpu d terengganu.. tp sayang pembangunan negeri mendukacitakn… negeri yg punyai pndangan pantai yg cantik.. tp bkn la pilihan nk d lawati.. laluan mnghala ke sana melalui kemaman ke besut mnyakitkn hati..
Tganu ni kes dia sama mcm sarawak. Negeri pengeluar minyak tp pembangunan sgt la hampa. Duit tak sampai ke depa.
EPIC hak milik terengganu yg mnguruskn kemaman supply base, pelabuhan bg kapal2 offshore. di Kerteh ada petronas bagi simpanan minyak dan gas asli… bkn calang2 negeri ada industri besar mcm ni…
Tp masih ketingalan nk bndingkn dngn negeri sektor pelancongan…
y membangun hanya harga mkanan y cekik darah jer kt kerteh n sekitar ni.
haha…nasi bujang je dah rm3.50
Royalti minyak berbillion billion, kemana perginyer?
Royalti ke kerajaan pusat. Ditadbir urus oleh kerajaan pusat skrg.
Nasi bujang rm3.50 yg xleh blah.. Ingt nk jimat mtk la nasi bujang. Skli kena rm3.50.. Sadis oii.
Nasi bujang 3.50, nasi goreng berapa pulak? ??
Nsi goreng rm6-rm7
Pling sadis aku pernah kene sewa bilik rm900 sebulan padahal aku training dpt elaun rm1300 je sbulan.. Sewa n mkn nak mahal konon2 nk cekik duit staf petronas.. Nasib baik jumpe bilik lain dpt rm450 sebulan..
Kt perlis pon same T_T
Saya igt kelantan je org dok hina negeri miskin, x byk pekerjaan…sampai anak kelantan terpaksa merantau cari rezeki di negeri lain…
Kelantan tu sbb byk org bercakap. Impreasion yg diberikan oleh org kelantan tu sgt besar.
Tganu org tak bercakap sgt sbb diorg low profile.
kelantan ni popular hahaha
Lol even kb lagi maju dr terengganu
The uglier truth is…jadi bibik indon pun gaji dah atas seribu. My maid, indonesian helper gaji rm800 masa 1st ambik dia 2015 October lepas, tiap2 hari buat onar sebab bibik indon sebelah rumah “cucuk” kata gaji bibik indon minimum rm1000. bibik umah blakang plak gaji rm1200.
Jangan ambik bibik indon. Ambik org malaysia. Rasa lega ikhlas berbagi rezeki dgsesama kaum sendiri
Mohammad Faaliq Izuan Ismail..patut ler kau kat sini
Now u know…haha..degree level standard rm1.5k je…
Perlis ada jugak Pelam Harum Manis wakaka