the ugly truth about terengganu

salam. bila korang baca je tajuk mesti korang pk bukan2 kan?
takde la sbnrnya artikel ni melibatkan pasal kerja dan seterusnya merebak ke perkara2 lain. Dah lama kot aku pendam, and mostly org2 terengganu pendam, yang terengganu ni sangat2 lah KEKURANGAN KERJA. dari tukar parti politik mana2 pun sama je. kau tahu dekat sini ada lg yg kerja kedai makan gaji 350 sebulan?YA SEBULAN. stakat gaji 5 ,6 ratus tu benda biasa. sini keje kerajaan da macam orang paling kaya.sebab?sektor swasta terlalu sedikit. aku sndiri ada degree terpaksa merantau ke KL cari rezeki.alhamdulillah dpt la keje bank. and bnyk kot org terengganu merantau.
kau tahu sblum aku keje bank, aku penah pegi karnival kerjaya dekat hotel kat terengganu lepas habis degree. kau tahu diaorg promote kerja apa?TUKANG KEBUN,HOUSEKEEPING.ada la satu kosong pembantu akaun,yg datang dekat ribu. usahkan aku yg degree, yg ada stpm pun marah2,penat2 datang karnival kerajaya dari besut ke kuala terengganu tapi nk interview tukang kebun. Pastu kalau kat sini nak keje kerajaan macam kena mengemis gila2 jumpa orang sana sini(selain keje hosp and cikgu). takat nak keje gred 17 spm tu sampai jumpa MB kot.pebenda dowh. lps habis blaja aku penah mintak keje cashier gaji seribu pun tak dapat. Kemuncak aku bengang baru2 ni kakak aku kena transfer KL. keje swasta bahagian kerani gaji 1200 je kau rasa macam mana nak survive kat KL dengan dia nak kawin bulan 11 dengan orang terengganu?sebab kenapa kena tukar sebab kakak aku bukan anak bos. kat sana dari kuli sampai atas semua anak beranak diaorang je. so nak tak nak kakak aku mebi akan resign kalau tak dapat stay kat terengganu. kat sini terengganu kau jangan mimpi nak keje kerajaan kalau kau takde kabel. sedara aku mintak keje kat tempat tutt gred 27 bawak surat sokongan pun terpaksa mengalah sebab ada sorg bekas penyanyi femes suatu ketika dahulu kerabat diraja dapat keje tu. kau bayang dia artis keje gred 27 diploma sebab mmg da takde kerja kat sini.
Nasib baik weh Kuala Terengganu ni takde cinema,takde mall,kurang sikit duit habis. kalau kat sini,jawatan cleaner tu orang berebut rebut kau tahu.sedangkan dekat KL macam dah takde rakyat malaysia jadi cleaner. semua indon dengan bangla.
Jap lagi ada la suara sumbang cakap , takpe asalkan keje halal semua. mmg la keje halal, semua keje halal ,bukan kau jual dadah arak,jadi GRO ke hape pun. paham tak sekarang ni ramai yg ada degree,master, n even PHD kalau cari keje kat terengganu akan dapat gaji bawah seribu…
nak bayar ptptn lagi,pinjamab mara lagi berbaloi ke…
Aku sedih sebab aku tahu kebanyakan budak2 terengganu ni pandai2. kalau tak takkan la selalu negeri terengganu no 1 keseluruhan spm,upsr la. aku sendiri pun lepasan sekolah menengah top 10 malaysia. tapi sayang kami tak dapat berbakti kat negeri kami. nanti mesti ada org cakap apa salahnya merantau. kau tahu semua orang x sama. ada yang mak ayah sakit kena jaga. berapa ramai kawan2 aku stop keje kl sebab balik kg jaga mak ayah sakit.
admin, aku mintak tolong sgt post apa yg aku tulis ni. memang aku rasa diaorg ni terlepas pandang kat negeri terengganu gila2.
terima kasih.

– Kristal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

742 Comments

  1. Setuju ngn confessor. Takkan nak tumpu kt oil&gas je. Taraf hidup sini tinggi walaupun hidup cam kat kampung je pun. Nak kata ada mall takdok, nak kata cam kl jauh lg. tp mmg terasa mahalnya.

    Bab kerja pun ye agak susah nak dpt & survive.. Bertabahlah

  2. Terengganu kaya dengan hasil negeri, dan juga pelancongan. Tapi terlalu banyak kerenah politik. Dari atas ke bawah,JKKK,imam,ketua kampung,makcik ajar mengaji semuanya lah. Nak diagihkan zakat dan bantuan atap pun tengok warna. Kalau hijau,tolak. *truestory*

  3. Sy org Johor. Tp mak org Kelantan. Sy skang kerja merantau. 3/5 tahun kerja kt satu tempat sebelum pindah tempat kerja lain. Dari 1 negeri ke 1 negeri yg lain.

    Simpati dgn luahan confessor dan followers lain. Confession kali ni betul2 deep, menyentuh realiti hidup rakyat marhaen. Jauh dari apa yg dilaporkan media.

    X byk benda yg sy boleh cakap except simpati. Hopefully dgn LPT 2 dh bukak, perkembangan ekonomi setempat kt terengganu bertambah baik.

    Hopefully ada somebody dlm ni ada azam utk buat sesuatu dgn niat utk memperbaiki taraf hidup org terengganu secara keseluruhan. It maybe politics, and it can be any other approaches.

  4. Minta sesiapa kenalan MB ganu tolong tag sikit MB kita tuh .. biar tahu erti ksusahan rakyat dia .. perjuangkan la anak bakti ni .. sebb tuh laa skunk maksiat,lumba haram berluasa skunk .. minta bukok mata sikit YB oit ..

  5. Well said confessor.ambe sokong 200%. kije kat ganu ni payoh goh r. Klu buleh pon ye pkat nk bui gaji traf budok spm. Marohlaa ambe. Ye ingt kte g blajo degree dlu gne daun pitih hok dok pokok tu kali. Ye dok mikir doh kos blajo kte dlu, komitment kte leni. Jobscope kije lebih kurang kije kat kl hok offer gaji 3k above. Nk marohlaa ambe.
    #niambetaipnganpenuhemosi

  6. Org tranung ni baik hati.. duit hasil bumi pas kat negeri lain buat pembangunan, kalu bahang kite blake jwbnya die dop jd KLCC.. die jd KTCC. Dop ape la kite susah asal org lain boleh menikmati kehidupan yg lebih baik. Krajaan negeri bagi lagi pluang tuk rakyat merantau ke tempat lain timba pengalaman. Pembangunan pun mmg bnyk planning dari buat, tp disebalik tu dpt rs ketenteraman yg jarang ade tempat lain. Walaupun gaji 5 – 6 ratus, makan mahal.. tp masih boleh survive. Mungkin politik punya agenda, mungkin kerakusan para pemimpin, mungkin tahap pemikiran rakyat yang menyebabkan keadaan hampir tiada perubahan. Walau apa skalipun.. rakyat tranung mmg kaya, gaji sikit tp boleh beli kete, isi perut, tanggung anok bini sbb berkat tu ada. Tu dok kire lg hok kobek mutor wak blumber. Ke ganer?

  7. Saya dr negeri jiran ganu dan sy nmpk istana trganu amatlah gah..jgn slhkn mne2 parti politik kerana isu mcm ni kerajaan yg wajib ambk tahu..

  8. Kelantan pon samo jor…pelabur x berminat kat pantai timur sbb selalu mngalami musim banjir tahap bah yg blh mnbawa kerosakan n gangguan utk business demo…

  9. Realitinya begitu.sokong jgk bab kabel tu.tu semestinya di terengganu,wlpn kn percaya bab rezeki.hrga brg makin mahal kat ganu ni.bertabahla…

  10. Aku xnk ckp la org negeri mana yg conquered kerja kerajaan ni. Tp aku sebagai anak selangor pon terkene impact skit, sbb org merantau pon kerja kt selangor. Sebenarnya happen kt semua malaysia ni. Aku 3 tahun lari bidang, tp Alhamdulillah la xsedasyat kt ganu, cume korang mai je sini kerja biasa2 dulu, struggle skit. Smbil kerja f&b tu smbil cucuk la cable, sbb yg customer tu kadang2 ada yg manager or owner kilang. True story bro.. mai je keje kfc pon xpe.

  11. Mitok maaf la nok nyapok sikik org politik teganu doh habih panda, sebab tu teganu jadi lagu tu ada tepak minyok petronas we keja kak org luar,wak penapis minyok petronas we kenegeri org,buat unevesiti petronas wak tepak org, kalu wak teganukan org teganu buleh keja, tu la org cedek panda teganu ,nok wak guana pikirlah sediri….

  12. Kpd orang Ganu yg baca, silalah rajin hantar resume utk kerjs diluar ganu. Termasuklah agensi kerajaan a apa ka.. Merantaulah mcm orang klate. Biarlah Ganu dgn budayanya. Tk

  13. Boh ambe setuju boh..ambe koloh dok tinggi pun tp keje kerajaan di terengganu seperti lumrah gunakan kabel..skrg ambe merantau hampir 12 tahun..sering memikirkan bila la nk kembali ke tanah tumpah darah ni..bukan x nk balik kg tp realiti yg boh kabor mmg benar belaka…

  14. dlm ofis pn kalau institusi islamic yg konon2 ni pn sstgh tmpat tu mmg guna politik,kalau ko bukan anak bos/xda kaitan ngn bos mmg ko akan kejap je keje kt situ,sbb apa? sbb semuanya pakai CABLE wei.mmg dunia ni mcm ni,yg biasa akan d tindas2 dan yg naik adalah org kaya yg mmg dh kaya .tgk r nnti depan ALLAH org2 x amanah ni jwb apa,rasa in lu !

  15. Kalau terengganu ada kerteh ada monsun season game..ada byk kawasan menarik pun xde peluang keje..bygkan penduduk kelantan..royalti minyak pun x dpt..terengganu ada gak duit poket..rakyat kelantan hampas pun x dpt..jgn kata kejam ye..dtg kelantan dan tgk dulu.

  16. Mmg btl apa yg diperkatakan. Sebenarnya bukanlah tiada syarikat besar yang ingin membuat pelaburan di Terengganu tetapi terlalu banyak halangan birokrasi belum lagi rasuah yang perlu dilunaskan. Seperti syarikat tayar terpakai antarabangsa akhirnya memilih Brunei. Pembangunan yang tidak seimbang kerana politik juga merupakan faktor yang ketara. Misalnya kerteh kini kawasan petroleum tidak banyak membantu memajukan Terengganu kerana kedudukannya yg berhampiran dengan Kuantan. Sebenarnya kajian telah dibuat tempat yang sesuai adalah lembah bidong kerana ia paling hampir dgn Kuala Terengganu. Begitu juga arwah Dato yahya ingin membuka kilang kereta juga di Lembah Bidong akan tetapi terhalang dek kerana politik. Ini menunjukkan bahawa politik yang dibawa tidak untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya tetapi lebih kepada gimik untuk kantung masing2. Anda boleh bayangkan bagaimana tekanan yang dihadapi oleh Pasar raya SABASUN milik anak Melayu Terengganu 100%, mahu ditutup oleh pihak berkuasa. Dalam masa yang sama pasar raya asing dibantu dan diberikan dana. Misalnya urusan pembangunan maiden di wakaf tembesu dan Giant di kijal. Untuk makluman Giant kijal diberikan suntikan modal rm12j oleh kerajaan negeri. Pasar raya gini tidak banyak membantu rakyat Terengganu kerana mereka lebih berminat dgn Bangla atau keturunan mereka. Sebab itu org muda perlu bangkit ubah polisi pembangunan dgn cara undi dalam PRU nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *