the ugly truth about terengganu

salam. bila korang baca je tajuk mesti korang pk bukan2 kan?
takde la sbnrnya artikel ni melibatkan pasal kerja dan seterusnya merebak ke perkara2 lain. Dah lama kot aku pendam, and mostly org2 terengganu pendam, yang terengganu ni sangat2 lah KEKURANGAN KERJA. dari tukar parti politik mana2 pun sama je. kau tahu dekat sini ada lg yg kerja kedai makan gaji 350 sebulan?YA SEBULAN. stakat gaji 5 ,6 ratus tu benda biasa. sini keje kerajaan da macam orang paling kaya.sebab?sektor swasta terlalu sedikit. aku sndiri ada degree terpaksa merantau ke KL cari rezeki.alhamdulillah dpt la keje bank. and bnyk kot org terengganu merantau.
kau tahu sblum aku keje bank, aku penah pegi karnival kerjaya dekat hotel kat terengganu lepas habis degree. kau tahu diaorg promote kerja apa?TUKANG KEBUN,HOUSEKEEPING.ada la satu kosong pembantu akaun,yg datang dekat ribu. usahkan aku yg degree, yg ada stpm pun marah2,penat2 datang karnival kerajaya dari besut ke kuala terengganu tapi nk interview tukang kebun. Pastu kalau kat sini nak keje kerajaan macam kena mengemis gila2 jumpa orang sana sini(selain keje hosp and cikgu). takat nak keje gred 17 spm tu sampai jumpa MB kot.pebenda dowh. lps habis blaja aku penah mintak keje cashier gaji seribu pun tak dapat. Kemuncak aku bengang baru2 ni kakak aku kena transfer KL. keje swasta bahagian kerani gaji 1200 je kau rasa macam mana nak survive kat KL dengan dia nak kawin bulan 11 dengan orang terengganu?sebab kenapa kena tukar sebab kakak aku bukan anak bos. kat sana dari kuli sampai atas semua anak beranak diaorang je. so nak tak nak kakak aku mebi akan resign kalau tak dapat stay kat terengganu. kat sini terengganu kau jangan mimpi nak keje kerajaan kalau kau takde kabel. sedara aku mintak keje kat tempat tutt gred 27 bawak surat sokongan pun terpaksa mengalah sebab ada sorg bekas penyanyi femes suatu ketika dahulu kerabat diraja dapat keje tu. kau bayang dia artis keje gred 27 diploma sebab mmg da takde kerja kat sini.
Nasib baik weh Kuala Terengganu ni takde cinema,takde mall,kurang sikit duit habis. kalau kat sini,jawatan cleaner tu orang berebut rebut kau tahu.sedangkan dekat KL macam dah takde rakyat malaysia jadi cleaner. semua indon dengan bangla.
Jap lagi ada la suara sumbang cakap , takpe asalkan keje halal semua. mmg la keje halal, semua keje halal ,bukan kau jual dadah arak,jadi GRO ke hape pun. paham tak sekarang ni ramai yg ada degree,master, n even PHD kalau cari keje kat terengganu akan dapat gaji bawah seribu…
nak bayar ptptn lagi,pinjamab mara lagi berbaloi ke…
Aku sedih sebab aku tahu kebanyakan budak2 terengganu ni pandai2. kalau tak takkan la selalu negeri terengganu no 1 keseluruhan spm,upsr la. aku sendiri pun lepasan sekolah menengah top 10 malaysia. tapi sayang kami tak dapat berbakti kat negeri kami. nanti mesti ada org cakap apa salahnya merantau. kau tahu semua orang x sama. ada yang mak ayah sakit kena jaga. berapa ramai kawan2 aku stop keje kl sebab balik kg jaga mak ayah sakit.
admin, aku mintak tolong sgt post apa yg aku tulis ni. memang aku rasa diaorg ni terlepas pandang kat negeri terengganu gila2.
terima kasih.

– Kristal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

742 Comments

    • Setuju sgt ya…90% yg confessor ni kabo ak stuju sgt..klu nk banding ganu n kelntan ..kelantan way better kot..kalau x dah lama aku balik keje kt ganu..huhu

    • Tu ah.. Mmg peluang keje kecik sgt sini.. Klate pun sama jgk cuma loni mcm bnyk dh la jgk development masuk.. Inshaaallah ganu pun sama nt

  1. Trg,kalu g keda,mcm org nok g mitok free brg nge yer..x semua..tapi byk hok gitu..slh 1 perkara yg x molek dpandang org luor..guane nok maju kalu gitu..

  2. Sumenye jd lps mpkt upgrade jd mjlis bandaraya..bandaraya amnde hal x tau, bando kecik gitu je..bando kuantan besor lg dr KT 2 pn masih lg MPK..pah jd bandoraya abih mnde naik harga, rumoh ke tanoh ke, sewa ke..sewa kdai mahal dh, sbb 2 org nege pn jual mahal..tganu kaya atas kertas je..x napok di mata

  3. Kenapa projek oil n gas yg terbesor dibuat di negeri yg x dok sumbernye…apesal x di bangunkan d ganu dan klate…apesal projek² platform oil n gas x dibuat d ganu dan klate…adekh kerajaan negeri kurang bijok atau x dok fikir tentang perkara ini…renung²kan lh…??????

  4. barang mmg mahal..gj mmg murah..tp mmg ajaib…semenye masih idup seperti biasa..xde pun y nk wat mogok..kedai makan mmg penuh dr pg smpai r ke pg subuh…myb sbb tu r xde sape nk peduli sgt..asalkan belum ade y mati kebuluran…

  5. setuju.sy dulu smasa graduate trainee Securities Commission, mintak posting kat K.trgganu..yg mngejutkn n sedihnye, staff tmpat sy posting tu..account executive pon gaji RM1,200. Head of Account gaji kurang RM1,500. gaya mmg mcm keje ofis surrounding KL. tp gaji..berhuhu..nasib sy dbayar oleh pihak SC. skrg dh serik nak mintak atau bkeje kt Trgganu. makanan mahal, umah sewa mahal..brg pun serupa harga KL..mmg anak trgganu baik cari kje kat KL dulu…dh lama kje, nk posting kt trggnu baru bbaloi..

  6. kerja pam minyak kwsn pedalaman masih ada yg bergaji rm11-rm15 sehari menteri2 exco2 pejam mata pekak telinga tranung persis jawa tengah indonesia

  7. Jangan terlalu disibukkan dengan pembangunan yg akan buat penduduk lg stress. Cuba compare negeri2 lain yg byk hasil selain projek2 pembangunan.
    Ambil contoh negeri sembilan yg mensasarkan keluaran pertanian. Negeri kecik tp byk sumber makanan mentah dari sana. Ade ke deme2 sume dgr projek penternakan lembu or ayam yg besar2 di terengganu?
    Sygnye negeri terengganu luas. Dlu byk hasil padi tp skrg sume jd rumah banglo atas baroh aka sawah. Cmne tu?
    Dikatakan tempat pelancongan banyak di terenggannu,tp disitu sumber pendapatan setempat. Cth jual gift2, kedai2 mkn, aktiviti2 sampingan pelancong yg menaikkan ekonomi tempatan. Sekayu yg kita bangga2kan pon dh mereput.

  8. Klau nk tahu, hasil mnyak d Tganu pernah nak di cagar sbg cagaran pelaburan sebuah syrkt, masa tu ada sebuah syrkt nama Tganu Investment Authority, bekas MB Tganu menentang benda ni takut kedaulatan negara yg tercagar kpd org luar, akhirnya MB ni d pecat, org gelar dia Nelang, pastu syrkt T’ganu Investment Authority ni bertukar nama ke 1MDB. Maka terjadilah apa yg terjadi

    Bgtulah bermulanya sebuah penipuan di sebuah negara kaya ini,bermula dr negeri kaya itu.

    Tak caye, google asal usul 1MDB, dn kisah pemecatan bekas MB Tganu Nelang tu.

  9. Mmg betul..kat tgganu xde keja..klu nk stay kat tgganu atleast keje kerajaan bank2 ke boleh la..bdk2 trgganu yg pndi2 klu nknkeje best2 skit mmg kena keja kat luar..reality..byk kali pesan kat adik sy..
    cc Wan Hafiz & Azrul Anua

  10. Betul..syarikat swsta kat trg betol2 ambik untung..bila buat report kat bhgian buruh pasal kenaikn dibuang ye pkerja..ade kedai mkn start pukul 6ptg kije sampai 5pagi rm15..kalo ramai org baru bg rm20..rumah dah la mahal..beli pastu nak bg sewa mmg xberbaloi nak cover loan..

  11. dulu sy belajar di maktab terengganu..makan mmg mahal betol dari kb..kenapa ye? makan nasi lemak n nasi air kat depan batu rakit tu je yg murah ms tu..sedap dh..skrg laagii mahal..kesian ..

  12. Mmg mahal amat…padahal benda basah x de la mahal sgt…dh di procces mahalnya lah…sama mcm kat perlis sib baik perlis x de la membangun sgt….kerja mmg x ada…sepupu kerja dr pg ke mlm…rm15 je org bg….tu pn berebut owg nak keje…ko mampu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *