Assalamualaikum dan hope Admin approve this. Thank you!
Hye! Nama saya Darwisyh. Berumur 18 Y/O. Berasal dari Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia serta anak tunggal. Mama dan Papa saya berkerja di Sektor Awam dan berumur dalam linkungan 40 and above.
Seterusnya, saya baru sahaja habis SPM pada December yang lalu dan automatically tamat sebagai pelajar sekolah serta sedang menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada minggu 1/2 bulan 3 nanti.
Diharapkan Abang – Abang , Kakak – Kakak turut mendoakan kejayaan saya agar mendapat keputusan yang cemerlang dan terbilang. Allahumma Ameen. Saya juga turut mendoakan kejayaan kamu semua dalam pelbagai bidang. Ameen.
Seterusnya, kami di suruh oleh counsellor sekolah untuk mengisi UPU dan setelah selesai saya mula terfikir bagaimana kehidupan di Dunia University. Adakah seindah dalam drama pukul 7? Atau sebaliknya.
Lalu, saya mula mengikuti perkembangan student university melalui Confession Facebook Page for all Top Universities in Malaysia. Saya dapati terlalu banyak luahan, ketidakpuasan hatian, masalah dengan kawan, kolej kediaman, WiFi, transportation dan sebagainya.
Lalu hati saya mula rasa resah gelisah dan tidak senang duduk sehingga sakit kepala memikirkannya adakah saya mampu menghadapi segala dugaan dan cabaran tersebut?
Lalu saya tanya senior senior saya dan jawapan mereka ialah, ‘alah, duduk uni ni sama saje macam Asrama tapi lagi luas la konteks dia’. Sekali lagi saya mula risau sebab saya tidak pernah duduk di Asrama dan saya berulang alik dari rumah ke sekolah.
Jujur saya katakan yang saya tidak pernah menggosok baju, membasuh baju, membasuh kasut dan membuat semua kerja – kerja rumah malah kelengkapan saya dari kepala hingga kaki disediakan dan disiapkan oleh mama saya.
Lalu, Bagaimana saya nak hidup di Dunia University jika saya tidak pernah membuat semua itu? Kerana itu merupakan asas/basic yang dimiliki oleh setiap manusia.
Dengan itu, saya nak mintak nasihat serta pandangan dari abang²/kakak² semua untuk diri saya agar dpt menghadapi semua cabaran bergelar ‘newbies student uni’.
Selain itu, macam mana nak pilih Kawan yang baik? Lecturer garang ke? Kena jimat sampai ikat perut ke? Makan roti je ke hari hari? Dan bagi jela whatever tips sekalipun supaya saya dapat meluaskan pengetahuan mengenai lifestyle di uni.
Lastly, saya minta maaf jika ad terkasar bahasa, maafkan juga struktur ayat saya yg tidak berapa cantik dan sebagainya. Jawablah setiap persoalan saya dgn ikhlas kerana Allah sebab saya betul betul hendak mengetahuinya.
TERIMA KASIH DAN SEMOGA ABANG/KAKAK SENTIASA DIRAHMATI ALLAH, DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEBAGAINYA. ALLAHUMMA AMEEN!
– Junior : Darwisyh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit