Ayah Yang Ignorance

Ayah aku seorang yang sangat ignorence. Hidup dia sentiasa nak senang. Masalah keluarga dia lepas tangan tapi masalah dia sendiri suruh orang lain selesaikan kata dia tak dapat nak buat. Aku akan senarai perkara2 kecil yang dia buat tapi menyusahkan orang lain dan memebuatkan aku stress.

Ayah aku seorang yang suka hidup senang gembira2 tanpa ingin ada masalah yang datang dekat dia langsung. Kalau ada masalah dalam rumah ni sama ada dia akan keluar rumah ataupun tidur tak bangun2. Bawah ni aku tulis perangai ayah aku yang orang lain anggap remeh je tapi sebenarnya menyusahkan.

Kalau mak aku tak masak, ayah akan mintak masak tapi bila dah masak dia kata dia tak nak makan ataupun dia dah makan luar dengan kawan masa dia suruh masak tadi sebab kawan belanja. Jadi makanan yang mak aku masak tu terbuang begitu sahaja.

Kalau aku dengan mak aku keluar dan kami balik dia akan tanya ada apa2 beli makanan untuk dia tak. Bila tak beli muka dia macam sedih terasa. Tapi bila beli sama jugak dia tak makan dan terbuang.

Kadang2 tu kita kesian tak beli untuk dia sebab dia selalu membazir, kita bagi kita punya sikit tapi dia habiskan semua tanpa tinggalkan sikit pun dekat kami walaupun kami tak makan dari pagi sampai malam lagi.

Kalau pergi jalan mana2 dia selalu sesat. Tak kisahlah jalan kaki ke, naik kereta ke, dalam negara ke ataupun luar negara tapi tak pernah mengaku. Suruh tengok peta tak nak. Telefon selalu tinggal dan tak angkat. Bila kita bagi pendapat jalan mana yang nak kena guna tak nak dengar kata kita salah. Bila kita diam kata kita tak tolong cari jalan.

Last2 dia tanya orang lain nak kena ikut jalan mana dan bila orang tu bagi tahu jalan yang sebenar baru dia nak ikut sedangkan sama je dengan jalan yang kita bagi tahu awal2 lagi cumanya dia tak pernah nak dengar nasihat keluarga dia. Bagai mencurah air ke daun keladi je.

Ayah aku suka tangguh kerja. Dia suka sangat nak jadi bendahari suraulah bendahari persatuan penduduklah, ajk sukanlah tapi kerja tangguh2 dan tak nak buat. Bila dah last minit kata alasan saya tak dapat buat ni sebab susah, leceh, tak tahu nak buat macam mana dan banyak nak kena buat. Dah tu sape suruh ambil kerja yang tah hape2 tu. Lepastu mintak mak aku buatkan kerja dia sampai 2 ke 3 pagi.

Kadang2 kerja dia tadi tu terpaksa buat sampai seminggu pkl 2 ke 3 pagi sebabnya siang2 mak aku kena buat kerja ofis yang lagi susah dari kerja persatuan tak guna tu. Ini antara sebab yang aku paling benci ayah aku. Sebabkan dia punya pasal mak dan aku punya masalah jadi terbeban.

Tapi bila kerja dia dapat nama dia tak cakap pun yang isteri dia tolong sbbnya air muka dia kena jaga macam dia yang pandai sorang. Masa mak aku tolong buatkan pun dia tak tolong tapi dia mengarah je bila salah dia marah.

Suka tangguh masa nak pergi mana2. Ni pun sikap dia yang suka tangguh2. Bila minyak kereta dah nak habis dia tangguh dulu lepastu bila dah lambat nak hantar aku baru dia nak pergi isi minyak dan membuatkan aku bertambah lambat.

Dulu bila nak hantar aku pergi sekolah dia selalu bangun lambat. Sekolah kan masuk pukul 7.30 pagi tapi 7.30 baru nak hantar sampai pukul 7.40 pagi. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah macam tu. Asyik aku je yang kena ambil nama, rotan, kutip sampah, jalan itik dan berdiri dekat depan perhimpunan. Orang lain pun pandang aku dengan penghinaan je.

Perangai teruk ayah aku ni bukan sekadar teruk tapi tak tahu malu sekali. Kalau dah hantar lambat, dia siap nak jumpa cikgu dan pengawas kata jangan ambil tindakan dekat aku. Nampak macam ayah yang baik dan penyayangkan tapi sebenarnya menjatuhkan taraf diri sendiri je sebab tu aku kata ayah aku tu ignorence. Salah dia buat tapi dia tak nak dia terkesan dengan kesalahan dia tu.

Kalau mak dan aku sakit dia selalu buat tak kisah. Hantar klinik bila kami dah lembik tak boleh bangun. Dulu mak aku retak tulang belakang pun dia buat tak kisah. Aku sakit lutut tak boleh jalan pun dia buat tak kisah. Tapi bila kami dah pergi klinik atau masuk hospital dia boleh tanya keadaan macam mana, ok ke tak. Aku tak tahu tu ambil berat ke bodoh.

Masa kami sakit kata mengada2 bila kami dah ambil tindakan sendiri tanya macam baik sangat siap tanya pandangan doktor sekali. Rasa bernanah je hati tengok perangai dia.

Kalau kucing kami sakit pun dia suka lengah2kan hantar klinik tapi bila kucing tu sakit dia yang lebih2 kata kesian dan tunjuk dia sayang depan doktor. Kalau kucing mati pulak dia yang lebih2 menangisnya tapi semua tu jadi sebab kecuaian dia sendiri.

Ayah aku suka cakap kuat2. Suara dia tu kuat sangat. Kalau cakap dekat telefon tu kena letak sedepa jauh walaupun tanpa loudspeaker. Cakap kuat gelak kuat. Berapa banyak subjek dah aku fail sebabkan dia ckp kuat2 masa aku study exam. Ni pun buat aku geram.

Macam mana yang aku kata ayah aku suka lepas tangan memang dia suka lepas tangan. Dia kalau keluar rumah suka tak kunci pagar dengan pintu tapi kalau duduk rumah dia kunci. Pelik kan. Motor dia selalu tak kunci lepastu bila hilang dia kata dah takdir.

Kasut dia pun selalu hilang sebab tak simpan dekat rak kasut. Setiap kali hilang dia tak pernah nak serik pulak tu. Memang ada orang dekat dunia ni yang tak pernah belajar dari kesilapan walaupun dah lebih 5 kali buat silap yang sama.

Ayah aku suka letak barang merata2 tapi bila tak jumpa marah dan suruh mak aku cari tapi bila barang mak aku hilang dia kata mak aku cuai dan pelupa.

Ayah aku ni dah pencen tapi dia malas nak buat kerja rumah lepastu komplen berselerak. Dah lah dia suka letak barang merata2. Dulu masa kerja kata nanti dah pencen nak kemas rumah tapi tak pun.

Aku dah tahu yang ayah aku ni pemalas dan malas nak fikir. Tak tahu nak fikir kemas macam mana pun dia dah boleh stress dan unmotivated nak buat sesuatu tapi mak aku tetap nak beri kepercayaan pada ayah aku walaupun dia suka musnahkan harapan tu.

Ayah aku tak pernah tolong aku dari segi pelajaran dan stress yang aku alami sebab dia seorang yang lepas tangan tapi bila aku berjaya sesuatu walaupun tak lah berjaya mana. Masa tu dia yang bangga kata dia tolong aku macam2. Bila aku stress dia kata aku tak bersyukur dan suka memperbesarkan masalah.

Aku kalau stress aku tak cakap baik2 sebab aku rasa tension dan rimas jadi nada aku akan jadi marah2. Ayah aku biasalah dengan ignorence dia nak bagi masalah dekat aku. Bila aku kata tak boleh dengan nada marah, dia marah aku balik kata tak boleh cakap baik2 ke. Itulah sikap2 mak bapak yang suka guna tiket sebagai mak bapak dan nak cop anak derhakalah tu.

Aku susah ayah aku tak tolong tapi nak bagi masalah lagi. Bila kita tegur sikit sebab rimas dengan perangai dia, dia pulak yang terasa.

Contoh2 situasi korang boleh tengok drama korea sebab drama korea banyak tunjuk yang anak2 susah payah tapi mak bapak lepas tangan. Drama melayu jarang nak tunjuk sebab kita kan ada adat yang anak kena hormat mak bapak walaupun salah. Anak tetap salah walaupun betul.

Masalah remeh temeh ni memang kecil tapi bila hari2 buat boleh membukit jadinya. Aku paling tak suka orang yang kalau tak nak tolong masalah orang lain tapi bagi masalah dia dekat kita buat kita terbeban dengan macam2 masalah lain.

Banyak lagi yang ayah aku buat tapi aku tak ingat sebab terlampau banyak. Tapi benda yang paling aku tak suka tentang ayah aku bukan perangai dia je tapi mulut dia tu. Dah lah buat salah tapi tak nak mengaku lepastu salahkan orang lain balik macam kata kita ni cakap belit, penipu, mengada2, lembik sangat, suka mengeluh, cakap kasar sedangkan itu semua sikap dia sebenarnya.

Apa peribahasa tu paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Rasanya sikap ni ramai yang ada ni dari muda sampai ketua.

– ~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *