Setia Itu Membunuhku

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi, berusia 29 tahun dan dah berkahwin 6 tahun. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni. Sebelum berkahwin, aku & suami (aku gelarkan S) bercinta 5 tahun.

Sebelum bertunang, S kantoi ada perempuan lain selepas kerap kali outstation. Aku memutuskan hubungan & menukar nombor telefon. Tapi S berusaha untuk pujuk aku kembali, S mencari aku di tempat kerja & berjanji untuk berubah. Aku meletakkan syarat supaya kami bertunang & bernikah dalam masa terdekat.

S menunaikan janji meminangku & bernikah selepas 2 bulan bertunang. 5 hari sebelum bernikah, S meluahkan rasa dia berubah hati & tak dapat lupakan perempuan tu & bercadang membatalkan pernikahan kami.

Aku ambil pendekatan untuk tetap tenang & mencadangkan supaya kami bernikah & bercerai selepas itu kerana memikirkan persiapan semua 99% dah selesai & juga memikirkan keadaan mak aku yang tengah sakit selepas diserang stroke akibat darah tinggi. S bersetuju.

Seminggu selepas nikah aku meluahkan hal penceraian tetapi S bersungguh sungguh memujuk aku supaya lupakan untuk bcerai kerana dia dah pilih aku utk jadikan isteri.

Dipendekkan cerita, setahun lebih bernikah aku masih dara. Rupa2nya S tak sentuh aku sebagai bukti kepada perempuan tu yang S masih sygkan dia. Perempuan tu tahu kami sudah berkahwin & S membuktikan dia terpaksa kahwin dengan aku dengan tidak menyentuh aku.

Selepas kantoi perkara tu, aku jadi hilang arah. Aku sakitkan diri aku, aku pukul diri aku. Aku ambil cuti seminggu dengan menipu boss aku keguguran. S bawak aku bercuti dalam keadaan paksa S ‘merogol’ aku. Kenapa aku cakap merogol? Sebab tanpa kerelaan hati aku yang tawar selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu. Aku ‘dirogol’ sambil aku menangis.

Selepas tu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali S menyentuh aku. Setahun selepas kejadian tersebut (fasa bahagia aku), S kantoi lagi dengan perempuan lain. Kali ni aku tangkap dia berwhatsapp lucah, mereka berkongsi gambar lucah masing2.

Aku larikan diri dan bermalam di hotel 3 hari. Tapi masih berhubung dengan S. Aku mintak izin untuk menenangkan diri. Dan ianya berakhir apabila aku menyuruh S call perempuan tu depan aku. Mengaku dia beristeri dan stop berhubung. Selesai bab tu.

Next, juga setahun aku baru nak bahagia & pulih dari kemurungan & anxiety attack, S perlu ke outstation luar negeri selama 3minggu. Masa tu aku Ok dan biarkan dia pergi tanpa langsung rasa syak wasangka kerana dia dah berubah & menjalankan tanggungjawab batin dia seperti biasa. Ada jugak hari yang S booking flight untuk aku ke tempat dia outstation.

Ceritanya bermula selepas dia balik dri outstation, seminggu selepas tu dia outstation semula di tempat yang sama. Sehari sebelum dia pergi, aku meminjam telefon S sebab nak call mak aku (handphone aku pakai kredit, S guna bill). Tergerak hati aku nak bukak whatsapp S.

Rupanya naluri aku betul, S kantoi bercinta dengan staff hotel yang dia menginap masa dia outstation dulu. Dan mereka dah pernah keluar sekali. Outstation kali ke2 mereka dah rancang untuk jumpa lagi tapi kantoi dengan aku.

Aku mengamuk, sakitkan diri. Aku suruh dia lepaskan aku. Aku dah tak tahan dianaiya. Sedangkan semua tanggungjwab aku laksanakan. Dari makan, pakai, tempat tidur, nafkah batin semua aku tunaikan. Hari tu S menangis tengok aku mengamuk & suruh dia lepaskan aku. S bersungguh sungguh menangis dan peluk cium kaki aku.

On the spot aku suruh S call perempuan tu untuk berterus terang dia dah kawin. S buat apa yang aku suruh. Kemurungan aku datang semula. Malah makin teruk hari2 aku menangis, tak dapat tidur & kurang selera makan.

Aku ingatkan penderitaan aku sampai di situ, rupanya tak. Senangnya S berlakon dengan airmata buat aku percayakan dia. 2minggu selepas tu, S perlu outstation (tentang outstation dia betul, cuma dia akan pergi awal untuk jumpa perempuan tu). Naluri aku kuat untuk hack whatsapp S tanpa pengetahuan dia.

Pagi tu sebelum bertolak kami sempat berpelukan dan aku menangis dipelukan dia sambil bercakap aku tak kuat jangan khianati aku lagi. Dia mengiyakan dan berlalu pergi. Sungguh gerak hati aku tepat, aku cek whatsapp S yang aku hack. Ya allah, S dalam perjalanan jumpa perempuan tu. Mereke berwhatsapp plan keluar ke mana.

Entah apa yang merasuki aku, aku pecahkan almari,tingkap rumah semua. Aku ambil kaca dan toreh tangan dan leher aku. Darah memercik 1bilik. Aku ambil gambar & hantar ke S dengan mesej ‘Allah nak tunjuk sekejap je, ni yang kau pilih. Terima kasih sgt2’ beserta gambar screenshot whatsapp mereka. Aku terus hidupkan enjin kereta untuk ke hospital. S berulang kali whatsapp & call aku. Aku diam tanpa kata.

Sampai dihospital aku dimasukkan ke zon kuning, masa tu aku diam seribu bahasa. Selepas doktor datang untuk cek aku dan bertanya apa yang terjadi. Aku terus menangis sekuat hati aku. Aku meluahkan apa yang berlaku. Selepas sejam lebih di hospital, S sampai memeluk aku & meminta maaf.(aku tak pasti macamana dia tahu aku kat situ) Aku masih diam tanpa berkata apa2.

Selepas rawatan selesai aku terus di rujuk ke Klinik Psikiatri hospital tersebut. Suami aku juga diberi kaunseling(atas permintaan aku) tetapi berasingan. Aku diberi ubat psikiatri 2 jenis & dibenarkan pulang. S ambil cuti 2minggu menjaga aku.

Sebulan telah berlalu, aku masih kemurungan & perlu makan ubat. S hari2 akan mintak maaf & peluk cium aku. Aku masih tak “move on”. Hampir setiap hari aku diserang anxiety attack, berpeluh, jantung berdegup laju, tangan kaki menggigil & terasa lemah. Hari2 aku hanya terbaring kaku tanpa buat apa2. Seminggu pertama selepas kejadian, aku tak dapat menguruskan diri aku dengan sempurna.

Aku masih menangis hari2 mengenangkan apa salah aku. Kenapa aku diperlakukan begini.. Kenapa dia tak lepaskan aku kalau dia tak suka pada aku. Kenapa perlu simpan aku sedangkan dia seringkali curang dengan aku.

Aku bukan seperti aku yang dulu. Aku seorang yang happy go lucky, di sekolah aku lah ketua pengawas, ketua kawad. Di kampung ,aku terkenal sebab sikap ramah & baik aku dengan semua orang. Saudara mara aku kenal aku dengan sikap periang, dan bila aku tak balik kampung mereka akan call cakap tanpa aku tak meriah rumah.

Pernah 1 hari aku tersentak dengan soalan pakcik aku. Dia datang ke rumah terus ke dapur tempat aku berada, dia bercakap ‘Ada masalah apa2 ke Fifi? Kenapa muka Fifi lain. Pakcik pelik kalau Fifi balik tapi rumah sunyi. Dulu pakcik sampai kt luar pun dah dengar suara Fifi dari dalam. Fifi sihat ke?’. Allah.. tersentak aku. Pakcik aku pun sedar ‘kehilangan’ diri aku yang sebenar.

Ibu, ayah, adik2, pakcik2 , makcik2. Maafkan Fifi.. Fifi dah tak macam dulu. Fifi sakit, Fifi perlu makan ubat. Fifi takut jumpa orang, berat Fifi dah turun 7 kilo, Fifi terperap dirumah hari2. Fifi menangis. Fifi sayang S. Kalau S tak sayang Fifi, Fifi rela diceraikan.

Fifi tak mintak semua ni.. Fifi tak kuat.. Macam mana Fifi nak mintak tolong sedangkan sekelumit kuman pun Fifi tak pernah share apa2 masalah Fifi dengan orang. Fifi tanggung semuanya sendiri. Fifi tak nak menyusahkan semua. Fifi yang pilih S. Allah pilih Fifi untuk lalui semua ni.

Doakan Fifi dari jauh. Doakan semangat Fifi pulih. Doakan S berubah ke arah lebih baik. Sebab Fifi dah tak kuat, Fifi sekarang seperti tebing sungai yang menanti masa untuk runtuh & hanyut. Fifi takut.. Fifi takut kesabaran Fifi diuji lagi. Fifi takut Fifi mengakhirkan nyawa Fifi ditangan sendiri. Tolong Fifi. Fifi tak larat. Fifi tak kuat.

Kepada perempuan diluar sana, aku tak salahkan korang kalau korang bercinta tanpa tahu laki tu suami orang. Tapi bila korang tau tapi masih meneruskan hubungan, korang memang nak menjatuhkan kaum korang sendiri.

Mintak semangat semua. Saya dalam fasa kemurungan yang teruk, perlu ambil ubat & jumpa doktor. Saya bukan diri saya sekarang.

Dengarlah luahakan aku Ya Allah insan teraniaya. Aku lemah.

– Fifi Natasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *