Mohon untuk admin 'post'kan. Jom sama-sama memberi sumbangan dan menjadi sebahagian daripada projek ini.
#TheWaqfWalkway
Majilis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Gombak) 2015/2016 dengan sukacitanya akan menjalankan satu projek pembinaan "The Waqf Walkway" (Projek Laluan Waqaf).
Projek laluan pejalan kaki ini merupakan sebuah projek mega di bawah MPP UIAM dengan kerjasama pihak universiti yang akan menghubungkan 7 Mahallah (Kolej Kediaman Pelajar) iaitu Mahallah Aminah, Asma, Halimatus Saadiah, Ruqayyah, Maryam, Hafsah dan Asiah dengan bangunan-bangunan pentadbiran dan kulliyyah.
Pembinaan fasiliti ini mendapat perhatian khusus MPP UIAM demi menjaga kebajikan pelajar. Hal ini demikian kerana tanpa laluan ini lebih 7000 pelajar terpaksa berulang alik ke mahallah dan kelas dengan berjalan kaki dalam jarak yang agak jauh di bawah pancaran terik matahari dan hujan.
Maka, kami berbesar hati mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak dalam merealisasikan projek laluan waqaf ini.
InsyaAllah hasil projek laluan waqaf ini juga akan memberi manfaat kepada para penggunanya dan dalam masa yang sama ganjaran yang berkekalan di sisi Allah SWT kepada para penyumbang.
Pakej sumbangan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
A. RM300 (1 kaki)
B. RM200 (2/3 kaki)
C. RM100 (1/3 kaki)
D. RM20
E. RM10
Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Operasi UIAM (Bank Muamalat) dengan menuruti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Dana disalurkan kepada akaun:
Bank Muamalat Akaun Operasi UIAM (14070000004716)
*hanya untuk 'online banking' dan deposit di kaunter bank
ATAU
CIMB Bank
Abdullah Bin Mohd (7619019838)
Langkah 2: *Ambil gambar resit transaksi sebagai bukti sumbangan*
Langkah 3: *Hantarkan maklumat peribadi, maklumat transaksi berserta gambar bukti transaksi kepada Abdullah Mohd (Chairperson Welfare SRC) 01129401562.*
'Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)' : Ar Rahman 60.
Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di nombor 01129401562 Abdullah Mohd (Chairperson Welfare SRC).
#TheWaqfWalkway
#StandAsOne
#SRC1516
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit