this is my story – https://iiumc.com/forumv2/
Hai all this while aku adalah silent reader page ni. Baru kalini rasa nak post,nak semua tahu,kalau boleh sampai warga warga tertentu pun baca akhirnya sedar. Please admin,tolong post kan.
I am a girl,a student and i've engaged. Dalam hujung tahun ni aku akn berkahwin. Kami kenal since 2009 tapi officially kenal 2010. Tahun ni baru nak kahwin.since kami berdua pun masih muda lagi. Bukan senang proses nak kahwin,nak yakinkan parents tunang aku. Especially ayah dia,selama ni ayah dia la yg resist taknak kami kawin lagi dan aku pun ambik positive yang semua tu gerak geri Tuhan. Tapi bila masuk tahun ni,dia nyatakan hasrat nak kahwin,ayah dia setuju Alhamdulillah,gerak geri Tuhan jugak tu.aku pihak perempuan okay je since my parents pun sporting je. So everything went well (maksud aku planning ) sampai lah satu hari, mulut belakang bunyi. Suruh buat time cuti sekolah. Pada korg,mungkin masalah kecik je tapi tak bagi aku sbb its happening to me now. Aku dan dia decide tarikh based on cuti aku as i said just now aku kan student lagi. Cuti sekolah tak sama dgn cuti sem,semua pun tahu.start daripada satu bunyi tu,aku rasa macam rimas last2 aku buat tak tahu.
Next,ada lagi bunyi tau.Cuba teka? Yes bunyi pasal duit hantaran. Apa yg aku dan dia dah bincang n discuss elok2 ,kami dah setuju harga SEKIAN SEKIAN SAHAJA, aku okay je sbb aku nak memudahkan dia,taknak lah susahkan dia.Kalau dia susah,aku pun susah .lepas kahwin kan aku tggal dengan dia. Bila ditanya bunyi berapa hantaran,aku cakaplah sekian sekian.Bunyi2 tu suruh mintak banyak,katanya aku belajar tinggi2 takkan banyak tu je. Aku speechless dan aku ofkos tak setuju.Kalau aku ni hafal satu quran tu,takpe jugak nak mntak banyak.mmg deserve la.aku ni biasa2 je .Kesian dia tau,lepas kahwin pun nk hidup la. Last2 aku diam je sbb Majlis kami lambat lagi.aku tahu they would want the best for me. Tapi is it fair sampai kena menyusahkan org?
Yang aku nak cakap, wahai bunyi2 sekalian,tolonglah fahami situasi bakal suami saya. Jangan tambah stress dalam kehidupan dia lagi .Nak dapat greenlight punya susah,takkan nak jalan pun susah T_T wedding dream semua tu takyah cakap semua aku dah lupakan . aku dah tak kesah sangat sbb aku tahu mcm mana susah nak hidup zaman najib. Nak tanya jugak yg berbunyi tu,dulu nak kahwin dengan suami,mmg mak ayah mintak banyak ke dgn suami yg skrg ni? Plis jgn bandingkan zaman. Agama mana ada zaman2 ni. Sama je. Aku doa semua baik baik saja dan jgn menyusahkan bakal pengantin ye makcik2 sekalian . muahciked
– cotton candy