Those kind of mentalities, always suck!

Assalamualaikum.

Aku ada terbaca dua confession, yang pasal UiTM and UPM kos Pertanian tu sebelum ni dan dua-dua confession tu dah menarik hati aku untuk luahkan benda yang sama.

Aku dulu sekolah biasa-biasa je. Bukan SBP, bukan jugak MRSM. Dekat sekolah dulu, aku salah seorang pelajar target, walhal result setiap peperiksaan dalaman aku bukanlah bagus sangat. Tapi mungkin sebab aku bersekolah di sekolah taraf "premier" je, yang takde pelajar pandai-pandai, membolehkan pelajar yang dapat 4A/3A pun boleh jadi pelajar target. Mungkin lah.

Bila result SPM keluar, aku lega tengok result. Tapi sayangnya, impian cikgu cikgu dan mak ayah aku, totally hancur lebur. Aku cuma dapat 6A je. Masa tu aku dah bersyukur sangat sangat dah. Happy. Sebab aku target lagi rendah, tapi aku dapat lebih. Alhamdulillah. Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak sedih tengok mak ayah aku hampa dengan result aku kan?

Lepas dapat result, aku pergi jumpa sorang cikgu ni. Cikgu yang paling aku hormat, sebab dia antara cikgu yang berpengalaman, banyak ilmu. Aku peluk cium tangan dia, cakap minta maaf sebab aku tak mampu nak dapatkan A untuk subjek dia. Lepastu dia pun minta maaf jugak ke aku sebab dia cakap, dia tak mampu nak buat P&P yang berkesan untuk naikkan pencapaian pelajar. Sedih jugak la dengar dia cakap macam tu sebab bukan salah dia pun, salah aku yang tak belajar bebetul. Aku tak suka subjek tu. Lepas berdrama sekejap dengan dia, aku blah.

Tapi lepastu aku jumpa dia balik dengan kawan aku. This second time, dia tanya result keseluruhan aku berapa, aku pun tunjuk slip ke dia. Terus dia bagitahu aku;

"Kamu kalau setakat dapat 6A je, university mana entah nak terima kamu. Matrik pun belum tentu kamu boleh masuk"

Serious, aku kecewa! Cikgu yang selama ni aku hormat, pandang rendah kat aku. Teruk sangat ke dapat 6A tu? Masa tu memang aku rasa bodoh sangat aku ni. Masa sekolah, bukan nak belajar betul-betul. Haaa kan dah jadi bodoh. Sepanjang perjalanan balik rumah, aku asyik nangis je dalam kereta. Memang aku betul-betul terasa sebab cikgu aku cakap macam tu. Like seriously, teruk sangat ke result aku?

Oh lupa pulak. Netizen sekarang kan pandang orang yang dapat straight As, dapat biasiswa grand grand, study oversea. Ah setakat aku dapat 6A, study lokal, siapa je nak pandang.

Masa nak update permohonan UPU, memang aku target nak isi diploma je semua. Sebab aku tak yakin nak apply asasi langsung, walaupun aku nak sebenarnya masuk asasi. Tapi bila jumpa kaunselor, dia paksa aku mintak asasi jugak sebab dia kata aku memang layak, why not?

Masa tunggu result UPU, aku memang dah nervous, takut kalau kalau apa yang cikgu aku cakap tu, jadi realiti. What if aku memang tak dapat masuk mana mana universiti? Tapi kuasa Allah, rezeki aku. Aku dapat Matrik. Tapi aku tak pergi sebab dalam masa yang sama aku jugak dapat tawaran masuk universiti awam. Asasi. Aku pilih universiti awam.

Masa dapat result tu aku dah happy kemain tak yah cerita la. Ye lah, aku kan dah dimomok momokkan dengan cakap-cakap cikgu aku tu yang aku tak layak nak masuk universiti, hatta matrik pun.

Tak cukup dengan tu, aku sekali lagi dibanding banding kan, di pandang rendah sebab aku dapat masuk UiTM je. UiTM kan cikai je (bak kata manusia manusia yang busuk hati). Tapi bagi aku? Aku rasa dah cukup terima kasih dah sebab at least aku ada tempat belajar sedangkan ramai yang duk tunggu nak masuk universiti, tak dapat. UiTM ni takde lah cikai pun, dah lah fully English, satu-satunya universiti yang memartabatkan bumiputera. Aku bangga! Sebab aku anak Melayu. Sekarang ni, nasib kaum bumiputera dah semakin goyah (sebab tu pernah timbul kes hak dan keistimewaan orang melayu nak dihapuskan). Siapa lagi yang nak bela kaum bumiputera? Dan personally aku rasa UiTM dah banyak bantu orang yang susah dan result rendah tapi berkeinginan nak belajar di menara gading.

Sebenarnya, tak kisah pun kau belajar kat mana. As long as kau score. Kalau kau belajar kat Universiti terkemuka dunia sekalipun, tapi kau gagal, biasiswa kena tarik, kena tendang keluar universiti, sama je. Tak ubah pun. Netizen tetap pandang kau hina. Dan kalau kau belajar dekat UiTM JE PUN, tapi kau salah seorang pendebat terbaik dunia, netizen tetap julang kejayaan kau. Betul tak pendapat aku?

Masa cuti mid term semester 1, aku ikut kawan aku pergi sekolah. Sajelah jumpa cikgu cikgu. Masa tengah makan aku jumpa cikgu yang aku cerita tadi tu. Oh ya, aku pergi dengan kawan aku yang merupakan pelajar kesayangan dia sebab jadi best student SPM tahun kitorang. Cikgu tu cuma tegur kawan aku je. Boleh aku kat sebelah kawan aku tu, dia macam nampak tak nampak je. Macam macam dia tanya kawan aku pasal belajar. Aku? Dia pandang macam tu je, tak tanya pun. Memang lah terasa hati jugak, tapi aku biar je lah. Lastly, dia tanya jugak,

"Macam mana belajar"

Masa tu aku dah excited nak cerita sebab bagi aku, oh mungkin dia baru nampak aku tak. Tapi belum habis aku cerita dia macam buat buat dengar tak dengar je dan sambung makan. Dan aku pun berlalu lah pergi.

Tak habis kat situ, sekali lagi aku kena hentam sebab aku ambik asasi undang-undang. Korang pun mesti tahu kan, asal ambik jurusan undang-undang je terus kena banned, kena label 'sebelah kaki ke neraka'. Gituuu. Mulut kau tu yang patut ke neraka. Orang baru belajar undang-undang, belum praktis, dah kena label macam tu. Lagipun it's a choice la. Jadi lah peguam yang beretika sikit, tak semua peguam tu teruk, makan rasuah, kaki putar belit apa semua. Mentaliti netizen nowadays!

Cikgu aku pernah tanya;

"Awak dapat course apa?"

"Law cikgu"

"Awak memang nak ambik law ke? Cikgu tak suka la awak nak ambik law bla bla bla bla"

Setiap kali aku pergi sekolah, cikgu cikgu tanya aku belajar jurusan apa, dan bila aku jawab mesti diorang bagi respond acuh tak acuh. Apa kelas belajar undang-undang. Lain lah kalau kau ambik kejuriteraan ke, doktor ke. Again, those kind of mentalities, always suck!

Untuk cikgu cikgu yang dihormati, aku rasa tak perlulah kot nak beza bezakan anak murid walaupun jelas kebolehan mereka berbeza. Masing masing ada kelebihan tersendiri, jangan bezakan, jangan pandang rendah. Pelajar yang tak cemerlang akademik, tak semestinya tak mampu nak gapai kejayaan.

AIM FOR THE STARS, YOU MIGHT LAND ON CLOUDS ?

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

28 Comments

  1. cikgu sekolah primier kot macam tu.
    saya sekolah harian. harian biasa.

    jumpa cikgu. x kisah lah jadi apapun.
    kalau jual ikan, tapi jadi ahli masyarakat yang baik. cikgu tetap gembira.

    kat dalam kelas cg selalu ingatkan kami yang bakal2 masuk u ni. jangan hidup mendongak langit.
    cikgu banyak je citer anak2 murid cg kelas belakang yg sampai skrg lawat cikgu. ziarah cikgu.

    hmmm. rindu pulak cikgu2

    nak tambah sikit la. bukan sebab cg skolah primier.. tapi sebab cikgu tu. hahaha.

  2. Korang pernah lalui situation macam ni? Amelizatul Shuhada Junus Azwa Afifah A A Norlailatul Syafinaz Siti Zuraidah Ramli Farhanieza Iqmar Mohd Lazim .Sebelah kaki kat neraka. Yg ckp tu pulak cikgu sendiri. Syurga neraka sekarang ditentukan oleh profesion ke?

  3. Sebelum baca confession2 upm, uitm ni, x pernah tau pon ada oranh downgrade uia, upm ni. Bagi aku semua pon sama je. Each U ada kekuatan tersendiri, ada benda yang kita belajar and appl later.

    Plus, bila iv keja, xde pandang pon dari U mana sangat. Pandang la sikit utk first impression. Tapi bila orang tu hebat, skill baik x nmpak dah U mana. Nampak diri kita je.

    After all it depends on us. Kalo belaja U hebat gila pon, kalo kita x hebat mana, sama je. Kan kan? =)

  4. Chill la.
    Kalau pilih jalan perniagaan sebagai sumber hidup. Lagi pedih.

    Senior aku pernah kena.
    ” untung niaga tu banyak sgt ke sampai quit engineer ”
    Well, netizens dan masyarakat kdg2 pandang jawatan dan pekerjaan.

    One way to shut them.
    Go and prove someday.

    Someday some when when you’re driving a Ferrari, living in a big house, donate millions to charity.
    Nobody will ever question you again.

    They’ll just see and praise your success.
    Be a king then.

  5. Aku graduan uitm. Mintak nak jadi RA kt unimap. Disebabkan aq sgt lacking dlm working experience, aq fokus academic achievements utk ltak dlm resume. Aq tulis cgpa degree aq 3.50 then dlm krungan first class.

    Then, aq email kt byk prof² dan Dr² kt unimap. Ada la sorng dua reply ckp nk jumpa aq. Ada sorang Dr ni dia pnggil aq g jumpa dia. Utk casual interview katanya. Bila aq kasi resume, dia pun selak² lah buat sedap hati aku. Aq kenal dr ni dari sv aq msa kt uitm. In fact suami Dr ni kerja di uitm.

    Memula tu dia sembang jela dgn aq tnya itu ini. Tp bila smpai kat cgpa dia trus ckp dgn nada sinisnya “oh, uitm 3.50 dah kelas pertama ke? Tak lah tinggi mana” and i was like speechless. Ur husband lect uitm kot xkan tak tau?? Point nak sindir aq ke apa? Bg aq yg x genius ni 3.50 tu dh mcm 4 flat tau x? Akhir interview, dia bg kata ptus yg aq belum dterima dan jgn berharap sbb ada lg calon lain. Balik kna buat short academic writing utk artikel yg dia email.

    Dan aq mcm, wth? Panggil aq dtg jejauh dri kulim g ke perlis tu, dgn satu fmily aq dtg hntr aq utk bg jwpn tu kt aq. Aq x kisah kalau aq xlayak. Tp sptutnya cross out nama aq awal² xyh gatal pnggil g interview. Sbbnya resume tu aq dh email in advance. Salah dia yg xcek resume aq dlm email, dia suh aq dtg bodoh2 jmpa dia utk kna sindir. That was the first and last time aq jumpa dia. X hadap aq nak kerja dgn org yg pndang rendah dgn aq. Aq mmg x buat lgsung benda yg dia nak. Banyak lagi lect yg aq email, jd aq tnggu jwpn diorng.

    Selang dua mnggu, another lect pnggil aq utk casual meeting. Ada dua lect msa meeting. Both of them, complete phd study kt overseas. Oh, lupa mention dr yg memula td tu bt phd kt usm je tp sombong. Okay, berbalik pada dr2 overseas tu. Diorng pun selak2 resume aq tp cara diorng entertain aq tu bt aq rasa dihargai. Stiap sijil yg ada dlm fail diorng tnya. Bila tgk cgpa aq, siap puji lg. Siap plan suruh aq smbung smpai ke phd kt unimap tu. They are so humble and approachable. Buat aq senang hati. And now, dah msuk 4 bulan aq kerja dgn diorng. In shaa Allah ada rzeki aq akn further study plak lepas ni under diorng. In shaa Allah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *