tiada apa yang pasti
Assalamualaikum. terima kasih kepada pihak IIUM konfesi kerana sudi menyiarkan konfesi ini.
Ini kisah saya, pelajar lelaki tahun akhir di sebuah universiti tempatan.
Ada seorang gadis. Cinta pertama saya, whom saya dah tunggu selama 7 tahun. Ini tahun ketujuh-dan mungkin yang terakhir. Sedari awal saya kenali dia, saya nampak dia seorang remaja bandar yang agak sosial. Namun alhamduliilah, setelah beberapa lama mengenalinya, dia semakin berubah. Dan semenjak dia melanjutkan pelajaran ke bumi nan asing, Alhamdulillah, dia semakin berminat untuk mengikuti usrah serta berdakwah. Di bumi asing lebih mudah berdakwah katanya. korang patut cuba :) Memang dah 360 darjah sangat perubahannya berbanding masa mula saya kenal dia.
Tapi berbeda dengan saya, saya baru berjinak-jinak menyertai usrah setahun dua. Kadang saya amat malu dengannya sebab pada awalnya saya yang lebih 'islamik' (kononya) dari dia. Saya yang mahu dia berubah sikit-sikit tapi akhirnya dia yang mendahului saya =)
Nak dipendekkan cerita, awal tahun ini, saya menerima satu e-mel darinya (ya saya jarang sangat berhubung dengannya. kami hanya menggunakan medium e-mel untuk berhubung. Itupun setahun 3-4 kali sahaja).Secara dasarnya, dalam e-mel itu menyatakan yang dia tak boleh lagi menunggu saya. kerana jalan dakwah kami berbeda. Ini kerana saya menyertai persatuan usrah yang lain darinya. Dan dia seboleh-boleh menyuruh saya menyertai persatuan usrah yang sama dengannya. Tapi saya tidak suka idea itu. Saya lebih suka jadi 'lalang' usrah. Saya suka mendengar isi berbeda-beda dari orang yang berbeza. Kerana dia khuatir jalan usrah kami akan berbeza setelah kami berkahwin.
On top of that, dia ada juga menyatakan yang dia pernah mengisi borang (something like borang untuk mencari pasangan secara random). Dan dia telah mendapat keputusan borang itu awal tahun ini. Dia telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan lelaki itu (budak medic katanya). Dan keputusannya muktamad. Dia mahu meninggalkan orang yang whom dah tunggu dia 7 tahun untuk seorang lelaki dari borang tu. wow. memang betul-betul bukan jodoh ni hm :)
Sebelum ini, ada juga dia menggesa saya untuk bernikah dengannya sebeluam dia tamat belajar. Untuk memudahkan hubungan ini katanya. Namun jujur, saya sungguh tidak mampu dari segi kewangan. Tambah dengan yuran2 yang saya terpaksa membayar sendiri. Dengan kewangan keluarga yang semakin tak menentu. Sungguh saya tak berani. Maaf.
Akhir sekali, ya. Saya menganggap ini semua sinar dalam dugaan dari Allah untuk saya. Saya terima awak bukan jodoh saya.
Untuk awak moga awak bahagia.
Untuk orang2 yang membaca konfesi ini saya mohon doakan teman saya bahagia dan majlis kahwinnya yang akan diadakan dalam tahun ini berjalan lancar. Dan maaf, saya tak mampu nak datang majlis itu kalaupun dijemput. Keluar lagu Someone like you versi Melayu nanti. heh :)
Untuk orang-orang dia luar sana, nasihat saya, kalaupun rasa tak mampu nak menunaikan janji sedari awal perhubungan, janganlah berjanji. Kalau rasa dah bersedia, eloklah bertunang dan fahami keluarga tunang, serta tunang anda. Kalau rasa tak mampu, tinggalkan sahaja lah. Jangan drag sampai betahun-tahun. Lagi lama, lagi dalam luka yang awak bakal tanggung kalau hubungan itu berakhir bukan seperti awak rancang. Moga tiada lagi kisah seperti saya nanti.
It hurts but I will be alright. InsyaAllah. Pasrah dah ni. Terima kasih yang sudi baca.
Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin
– Bakal Engineer hebat