Tiada Sesalan Berbuat Baik

Assalamualaikum semua. Datang buah fikiran ni lepas aku solat zohor tadi. Seperti tajuk di atas, aku sekadar nak confess pasal jangan menyesal berbuat baik.

Epitome ni datang lepas aku selesai berdoa untuk crush aku. Dia bekerja dalam bidang yang berisiko tinggi. Aku rasa, kalau aku jadi ejen insurans, aku tak nak dia jadi client aku hahahaha.

Jadi, dalam doa aku supaya kami berjodohan, aku selitkan juga doa supaya dia dilindungi Tuhan.

Tiba-tiba… datanglah bisikan syaitan. “Kalau dia bukan jodoh kau, sia-sia je kau doakan dia ni. Selamat dia untuk orang lain, bukan kau!”

Aku yang tengah lipat telekung ni, boleh terhenti sendiri dengan fikiran jahat aku. Istighfar sekejap. Dan sambil aku sambung melipat & bergerak balik ke meja kerja, datanglah refleksi dari fikiran jahat aku itu tadi.

Baik, kalaulah dia bukan jodoh aku, habis tu takkan aku nak doakan dia yang bukan-bukan?

Bertambah bahagiakah aku kalau aku nampak ‘jodoh orang lain’ ni ditimpa celaka dan datang dalam keadaan kekurangan pada wanita yang ditakdirkan untuknya?

Habis, aku? Adakah aku yakin jodoh aku nanti tak pernah jadi crush orang dan ada yang mendoakannya sama persis seperti aku?

Suka tak kalau ada orang lain mendoakan yang buruk-buruk untuk jodoh aku tu? Mestilah tak adik kakak abang oii!

Dan ini berkembang seterusnya pada frasa “jaga jodoh orang” yang sinonim dengan couple tapi tak berjodoh. Ayat “menyesal aku dulu…”

DISCLAIMER: Couple itu mendekati zina. Sebaiknya, janganlah dibuat. Tapi aku bagi contoh ni untuk memahamkan konteks cerita.

Pertama sekali, masa couple tu janganlah benak ubi sangat kau siap bagi ‘nafkah couple’, diknon. Yang perempuan pulak, kau dah takde kudrat sendiri ke nak menafkahi diri sendiri masa bujang tu? Have some class lah.

Jangan buat anak teruna orang macam tu. Takat belanja air ke, lunch ke, atau masa dating, lainlah kan. I mean, nafkah couple itu wujud ya rakan maya sekalian.

Pertama kali hakak tahu benda ni rupanya common zaman sekarang, hakak terkujat tau.

TETAPI, hal-hal baik lain yang kau lakukan semasa berhubungan itu, jangan kau sesali.

Contohnya, kalau semasa berhubungan. kau selalu mendoakan yang baik-baik untuk each other. Jangan pernah kau sesali.

Mungkin asbab ikhlasnya doa kamu berdua ketika itu, maka Allah datangkan jodoh kalian yang baik-baik juga. Jadi kenapa kalau dia bukan milikmu? Bukankah Allah kabulkan doamu juga cuma bukan pada orangnya?

Misalnya dia yang buat jahat (read: curang) pada kau? Jadi kenapa? Adakah itu mengubah hakikat korang pernah bahagia dengan kehadiran masing-masing?

Sekiranya dia berbuat jahat, itu hanya akan mendifinisikan dirinya. Bukan kau. Kita adalah apa yang kita lakukan.

Bukannya buat benda bodoh dengan berubah mendadak hanya sebab lelaki (atau perempuan) dalam hubungan masa lalu kau tu buat jahat kat kau. Ini tidak adil pada orang baru dalam hidup kau nanti.

Jangan sabotaj diri sendiri dari bahagia hanya sebab kau nak prove a point pada orang yang dah tak relevan pun dalam hidup kau.

Ya begitulah. Panjang-panjang aku tulis, sebenarnya nak tekankan supaya jangan lelah dan sesal berbuat baik.

InshaAllah akan diganti dengan sesuatu yang baik juga. Kalau tidak dalam bentuk yang sama, Allah hadirkan dalam sosok berbeza. Kalau bukan di dunia, akhirat kan ada.

InshaAllah, tiada sesalan dalam melakukan kebaikan. Walaupun ia tidak menghapus keburukan yang dilakukan pada kamu, ia kekal menjadi pemberat timbangan amal kamu.

Buat inche intan payung pujaan hati, yang tak tahu pun aku simpan perasaan pada kamu sekuat ini, semoga Allah kabulkan doa aku, dan mungkin, doa kamu.

Telah aku kirimkan namamu dalam sekajang doa buat seorang jemaah haji, agar disebut pengharapanku di Arafah nanti.

Sekiranya engkau memang jodohku, semoga Allah dekatkan hatimu untukku. Agar dicampakkan rasa rindu & sekepal keberanian untuk menghalalkanku.

Jika engkau bukan jodohku, semoga Allah jodohkan engkau dengan yang terbaik di sisimu. Dan Allah hadirkan jodoh yang tepat untukku. Aaamiin Ya Rabbal Aalamiin.

P/s: Pembaca sekalian, mohon doanya juga ya.

– V (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. nakfah couple, benda paling tak cerdik. lelaki tak cerdik, perempuan macam takda harga. benda belum halal. nafkah apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *