Tidak Mengapa Tiada Anak Lagi

Assalamualaikum semua. Cuba biasakan tapi selepas bertahun, aku biasakan, dalam tak biasa. Aku kemudian, aku kayuh perkahwinan ni dah memasuki hampir sedekad. Aku bahagia seadanya, sangat.

Kalau boleh, kalau dapat aku menyeru waktu dulu. Walaupun aku tau aku takde anak lagi sekian tahun,sekian bulan, sekian hari ini. Aku tetap pilih isteriku yang ini. Aku tetap pimpin tangan dia.

Ini hakikat, semua orang bermula bercinta tanpa tahu apa akan ditempuhi. Kita tak bersoal tentang tiada anak, tapi kita bercerita tentang hari bahagia bila hidup bersama nanti.

“Tak apa, korang takda anak lagi”

“Weekend korang buat apa ea”

“Dia kat rumah tak boring ke?”

Soalan simple ja, aku boleh jawab secara bersahaja, tapi hampir sedekad. Dalam bersahaja, kita mula bertanya diri sendiri. Ini tindakan biasa dari otak kita yang berhubung.

Nak tanya,anda rasa orang yang takde anak ni hidup dia tak bahagia ke? Tak lengkap?. Kalau dia bahagia, anda rasa sebab dia takda anak ke?. Dia banyak masa, dia boleh ketawa,jalan-jalan, gambar-gambar dengan pasangan. Sebab tiada anak ke?

Jujur memang aku sangat bahagia, tapi aku tiada anak lagi. Itu sahaja. Jadi aku perlu murung ke? Tak,aku tetap ketua, ada keluarga ada tanggungjawab yang perlu aku kemudi.

Kita berkenal, kita berborak, gelak-gelak macam tiada apa. Bila dah hujung-hujung perbualan dan tahu kita tiada anak lagi. “Sabarlah, takda rezeki lagi tu”

Kenapa perlu pre judge macamtu, bukan ke tadi kita sembang sakan?. Dari nada ceria, bertukar ke nada pembaca berita jam 10 ketika akhir siaran. Nada simpati, nada anda perlu kuat, semangatlah dalam hidup!. Sekejap, tak normal ke kami ni? Tadi kita punyala gembira.

Rumah kita kemaskan itu lumrah, anak sepahkan itu pun lumrah. Jadi kenapa perlu cakap rumah kita kemas, meja kita kecil sebab takda anak lagi?. Aku taknak hantu raya duduk kat kerusi meja aku, kalau beli yang 8 kerusi. Jadi kita sepatutnya, bersyukurlah seadanya.

Hidup kami, aturannya kami, Hidup anda,andalah pengaturnya. Jangan risau tentang kami. Kami ok, kami ok, ya betul. Kami memang ok. Betul.

Ya, kadang-kadang soalan tu buat pasangan sejoli macam kami ni rasa insecure, rasa awkward. Nak main-main dengan anak orang pun rasa insecure, sebab biasanya akan diakhiri dengan,

“Takpaaa, ambil berkat”. Hakikatnya memang aku suka gila dekat budak-budak. Ya aku pernah berangan aku nak anak ramai masa tingkatan 4.

Aku tak pernah cerita rasa dalam hati ni, tapi kerana soalan pre judge macamtu. Hari hari aku berdoa pada Allah, kurniakanlah aku zuriat. Kadang-kadang sampai aku harap sangat kalaulah tidak diberikan zuriat, tapi persenyawaan tu berlaku, melekat.

Tapi mungkin pertengahan jalan Allah lebih sayangkannya, keguguran. Pun dah cukup bersyukur ya Allah,aku nak perasaan gembira tu, nk rasa perasaan excitement jadi bapa tu. Itupun cukuplah.

Aku sayang kehidupan aku ni, pasanganku, dia perlengkap. Rindu tetap rindu. Kalau jauh, aku rindu, kalau dekat aku suka berdekatan dia. Anak? Hampir sedekad ni, aku tetap tak berhenti doa.

Semoga dapat aku sampai berita tentang zuriat ni pada ibubapaku selagi mereka masih ada, aku tahi mereka tetap gembira walau apa pun, tapi ya lah, kita kan anak. Menceritakn sesuatu yang gembira pada mereka adalah penambah bahagia bagi kita.

Alhamdulillah. Untuk semuanya Ya Allah yang Engkau beri. Ada lebih, Engkau berikanlah pada hambamu ini.

– Suami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *