Tidak Sama Sekali

Maaflah andai coretan ini membuat kalian rasa seolah membuang masa kalian untuk membaca. Tujuan aku menulis disini, hanya untuk mencurah isi hati. Aku anak sulung dari tiga beradik. Aku perempuan dan mempunyai dua adik lelaki.

Aku bukanlah seorang yang baik. Kata orang, 50/50 la. Solat aku pun berlubang lubang. Ada masa aku buat. Kalau tak, aku tak buat. Aku mengaku. Cuma, terdetik dalam hati aku. Kenapa seberat ini ujian allah untuk aku?

Aku tak rapat dengan ibu bapa. Boleh dikatakan sepatah tanya sepatah jawab. Jangan salah sangka. Bukan aku taknak rapat. Kita okay cuma ada boundaries masing masing. I dont know why. Dengan aku je dorang camtu. Dengan adik adik elok je bergurau.

Mesti korang nak cakap semua ni jadi sebab aku tak jaga hubungan dengan allah kan? Aku tahu. Aku pun mengaku itu adalah sebab utama aku jadi macam ni. Bila kita hidup tak berlandaskan suruhan allah, kita seolah hidup tanpa arah tuju.

Terdetik dalam hati aku. Kenapa boleh jadi macam ni. Kawan kawan yang kenal aku tahu aku seorang yang sensitif. Aku tinggi suara dengan kawan pun aku yang nangis. Everything i do, tiap kali marah mesti air mata aku mengalir sama.

Paling aku sensitif dengan keluarga aku. Dorang seolah tak mengenali aku. Dorang seolah menganggap aku ni tak wujud. Aku perhati, aku pendam. Tiap kali keluar satu family, kalau takde aku, dorang semua boleh gelak ketawa huhahuha sama sama. Tapi kalau aku ada, sunyi sepi je la dalam kereta seolah takde orang.

Adik adik aku pun bukan baik mana. Kerja rumah satu pun malas nak tolong. Pinggan sebiji lepas makan, campak je dalam sinki. Pegi sekolah tiap hari macam biasa. Tapi kalau sabtu ahad, larat pula dia tidur pukul 2-3 pagi. Pukul 1-2 petang pun belum tentu bangun.

Mesti korang nak cakap yang mak bapak aku layan dorang baik sebab dorang solat lima waktu, perangai baik, hormat mak bapak, rajin buat kerja rumah? Jawapan dia TAK SAMA SEKALI. Keluarga aku sama je macam aku. Solat berlubang lubang. Adik aku mana nak buat kerja rumah. Mindset dia satu je, “kau perempuan. Kerja rumah semua tanggungjawab kau”. Memang menyirap darah aku dengar dia cakap macam tu. Mak bapak aku pun tak kuasa nak tegur dorang. Itu hal no satu yang aku pendam sampai hari ni. Bayangkanla aku penat sehari kemas rumah, esoknya aku bangun lambat. Takde la lambat mana. Pukul 9 je pun. Aku yang kena bising kenapa tak basuh pinggan, kenapa tak sidai baju. Adik aku bukannya budak kecil lagi sampai tak tahu buat semua tu. Aku bangun pukul 9 dengan tak mandi tak breakfast settlekan semua tu. Dorang? Bangun pukul 12, terus mengadap wechat like moment sana sini. Kau boleh tahan ke adik kau perangai macam tu? Dah sekolah menengah, bukan budak kecil.

Tolonglah bakal bakal ibu dan bapa diluar sana. Didik la bakal anak anak lelaki anda supaya tahu bertimbang rasa dan tahu main peranan sebagai seorang ahli keluarga. Aku tak cakap semua lelaki pemalas. Cuma aku risau apa akan jadi pada bakal bakal isteri diluar sana, andai bakal suaminya seorang yang tak bertimbang rasa dan tak tahu main peranan sebagai ketua keluarga. Menjadi ketua keluarga aku tahu bukan sesuatu yang mudah. Cuma aku harapkan andai kata aku menjadi seorang isteri dan seorang ibu, semestinya aku menginginkan seorang suami dan anak yang tahu penat lelah ibu mereka mengemas rumah dan memainkan peranan mereka sebagai seorang anak. Kemas balik mainan selepas main, basuh pinggan masing masing selepas makan. Aku akan didik bakal anak anak aku sebegitu. Buka dera, cuma kita didik mereka menjadi seorang yang bertanghungjawab. Itu secara tidak langsung mendidik para lelaki ini untuk menjadi seorang yang menghargai wanita terutama ibu mereka.

Even adik aku yang tingkatan tiga pun baju sekolah still mak gosok. Kasut sekolah mak basuh. Aku repeat, mak basuh. Bercangkung la mak dekat bilik air berus kasut sekolah dia. Jangan kata “kenapa kau tak tolong?”. Aku tolong juga sampai kadang aku mengamuk dengan diri sendiri. Kenapa adik adik aku macam ni. Aku ni darjah enam dah dididik gosok baju sekolah sendiri, kasut basuh sendiri, belajar buat kerja rumah. Dorang? Pinggan makan sebiji tak reti nak basuh. Setiap kali aku suarakan benda ni pada mak ayah, satu benda je yang keluar dari mulut dorang. AKU BERKIRA.

Aku penat tahu tak. Aku penat sangat. Semua benda aku simpan sendiri. Aku pendam dalam hati. Bagi dorang mungkin ini hal kecil. Tapi pada aku tindakan dorang ni masing masing mendera emosi aku. Aku pernah cakap depan dorang semua, aku gembira bulan 12 ni aku jauh dari family. Jauh dari dorang. Aku nak tengok samada mak bapak aku akan biarkan adik adik aku terus sebegitu atau dorang akan terfikir apa yang aku pernah luahkan selama ni dan mula ambil langkah yang sepatutnya dah lama dorang ambil. Insyaallah bulan 12 ni aku akan sambung belajar di sebuah politeknik. Maaflah. Aku baru 18 tahun. Mungkin bagi kalian, aku masih belum mengenali cabaran dunia luar. Ye, aku tahu. Sebab itulah aku memohon doa dari kalian. Doakan aku supaya tak mudah putus asa. Doakan aku semoga aku berubah dan berbalik pada allah. Doakan aku kuat semangat. Doakan aku tak lupa family. Doakan aku semoga menjadi orang yang bersyukur dengan apa yang aku ada. Dan doakan aku semoga menjadi insan yang berguna untuk diri aku, untuk family aku, untuk orang sekeliling aku. Andai ada sebarang nasihat, aku terima dengan hati terbuka. Salah dan silap juga aku mohon maaf dan andai ada yang perlu aku maafkan, aku terima dengan hati terbuka dan aku maafkan. Terima kasih.

-Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit