Tidak Sama Taraf Pemikiran

Hai nama aku Zizi (bukan nama sebenar). Aku perempuan berumur 20an sedang menyambung pelajar dalam peringkat Master.

Alhamdullillah… Aku ada seorang kekasih, nama diberi Ijam (bukan nama sebenar) berumur 30an. Ijam ni bekerja biasa, kilang. Pelajaran hanya setakat SPM sahaja.

Kami bercinta dah 4 tahun. Indah sahaja, dah merancang nak berkahwin kalau aku dah habis belajar nanti. Insyallah, tahun depan aku dah habis belajar.

Ijam ni baik orangnya, rajin bekerja. Siang malam dia bekerja. Kalau balik dari kerja kilang, dia akan kerja part time tolong kawannya berniaga di pasar.

Tapi, walaupun rajin kerja, dia sentiasa kekurangan pendapatan (dia selalu mengadu). Ye la, gaji kecil saja kat kilang tu. Kilang kecil.

Aku dah pernah usulkan kat dia untuk mencari kerja lain. Tapi dia menolak, katanya dah selesa kerja di kilang tersebut walaupun gaji kecil (KWSP SOCSO semua takda).

Aku cuma diam. Saban hari, aku dah serik mendengar dia mengadu berkenaan kewangannya yang tak pernah cukup. Semua cadangan aku dia tak endah.

Pernah aku kata, tiada guna bekerja siang malam tapi makan tak cukup. Dia hanya tersengih. Geram lah juga, tapi aku sabar.

Bukan ni aku nak cerita sebenarnya, tapi aku nak cerita berkenaan pemikiran.

Macam aku cakap mula tadi, tahap pendidikan Ijam hanya setakat SPM dan aku peringkat Master. Pemikiran kami berdua sangat-sangat lah berbeza.

Semua apa yang aku cakap, Ijam selalu menidakkan. Walau akhirnya aku juga yang benar, dia tetap tidak mahu terima. Ego.

Setiap perbuatan dia aku ada menegur. Aku akan berpesan pada Ijam, berfikir sebelum melakukan sesuatu, bertanya kalau tidak tahu.

Tapi, seperti biasa kata-kata aku hanya debu yang berterbangan. Dia endahkan seperti biasa. Dia ditipu kawannya sebanyak RM5000.

Kawannya ajak melabur, tapi sebenarnya dia kena tipu. Aku nak membebel, tapi tak sampai hati. Banyak lagi benda yang dia buat tanpa berfikir.

Kadang aku terfikir, betul ke keputusan aku nak berkahwin dengan dia. Aku tak salah pilih ke.

Dia bukan sahaja suka buat keputusan tanpa berfikir, tapi teknologi pun dia tak mahir (yang ni bukan salah tahap pelajaran, mungkin dia sendiri yang malas belajar teknologi).

Mak dia yang dah tua reti saja guna teknologi, tapi Ijam masih terkial-kial macam mana nak delete history dalam handphone.

Orang tua selalu kata, kalau nak cari pasangan kena cari yang setaraf.

Agaknya, aku tidak setaraf lah kot dengan si Ijam ni. Level pemikiran aku dah 50, dia masih di level 10.

Salah aku ke yang terlampau sensitive benda sekecil ini pun aku persoalkan, atau memang kami tidak sama taraf.

– Zizi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *