Tidak sekufu..?

Salam subuh buat semua pembaca. Baru je selesai sahur. Sambil2 tunggu subuh, terdetik nak confess dekat sini. Macam ni cerita dia..

Aku ni perempuan yang biasa2 je. Aku tak seksi, tapi tak juga bertutup litup. Sekadar berpakaian biasa2. Tak bergaya, hanya seadanya. Aku masih dara, masih suci. Aku menutup aurat. Aku tak pernah berpegangan dengan mana2 lelaki pun walaupun sekadar tangan. Tak pernah! Macam perempuan lain, aku mendambakan seorang lelaki yg soleh yg dpt membimbing aku.

Tapi entah macamana, satu hari tu, aku didekati oleh rakan lama sekolah aku. Sejak sekolah aku tahu dia nakal. Aku tak suka dia sejak sekolah. Tapi lepas reunion kami bbrp bulan lepas, cara dia menarik perhatian aku. Rupanya, dia juga tertarik dgn aku. Dia cuba dekati aku. Dan sekarang kami cuba berkawan.

Bukan niat mengaibkan, cuma ape yg menganggu fikiran aku, slps berkawan, dia pernah menyatakan, dia dulu tersangat jahil. Dia tinggal solat, dia pernah pegi club, dia pernah mabuk, dia pernah 'check-in'dengan bekas2 kekasih dia satu ketika dulu (ketika umur remaja membuak2). Mungkin sebab kehidupan dia di 'kota' dan nafsu remaja, membuatkan dia nak cuba semua benda. Aku tersentap, terkejut masa dengar cerita tu dr mulut dia. Dia cakap dia cuba utk jujur dgn aku apa yg dah berlaku tapi dia tak cerita sepenuhnya. Masih ada aib dia yg dia simpan bukan utk pengetahuan aku. Masa tu, aku nyaris2 nak tinggalkan dia, nak ignore dia. Sebab masa tu aku rasa aku masih suci dan aku taknak bakal suami aku yg dh 'tiada teruna'. Tapi dia cuba nyatakan pada aku, dia sekarang dlm proses perbaiki apa yg patut. Cuba jaga solat dan skrg dia dah tak buat benda2 maksiat tu lagi dah. Katanya lagi, dia sedar dia bukan org baik baik dan tak layak utk aku. Tapi, andainya aku masih terima dia, dia sangat2 bersyukur dan hargai aku.

Ya, dia sayang aku sangat. Memang dia tak macam lelaki lain yg kadang2 pesan pasangan dia utk solat. Biasanya, aku yg tanya dia dah solat ke belum. Aku yg selalu ingatkan dia jgn tinggal solat, puasa. Aku tahu dia bukan 'imam pilihan' perempuan2 kt dunia ni.

Aku taknak kecewakan hati dia. Aku cuba utk terima dia. Aku cuba nak bantu dia. Aku cuba utk support dia ke jalan yg diredhai. Aku cuba! Tapi aku juga belum cukup kuat utk tak fikir kisah silam dia. Kdg2 benda tu bermain dlm fikiran aku dan tertanya2, 'apakah betul ape yg aku buat ni..?'. Aku tahu istikharah jalan terbaik. Namun aku belum sedia. InshaAllah bila sudah cukup sedia aku akan buat.

Cuma satu, dia gesa aku utk ceritakan ttg dia pd mak ayah aku. Katanya, aku perlu intro ttg dia dulu pd mak ayah aku. Seterusnya kalau green light, dia akan dtg berjumpa. Tapi aku belum kuat nak bagitau mak ayah aku. Dgn keadaan dia yg 'kurang kuat pegangan agama', kerja pun biase2 je, aku risau mak ayah aku kata 'NO'. Dah semestinya mak ayah aku nakkan yg terbaik buat aku. Lelaki yg ada pegangan agama yg kukuh, juga ekonomi yg kukuh.

Dia? Aku akui dia lemah! Lemah agama dan lemah ekonomi. Kerjanya hanya taraf spm. Aku bertaraf degree. Aku tak kisah tp orang tua ku, pasti kisah! Sungguh. Aku dilema. Aku senang dengan dia. Aku dah mula sayangkan dia. Tapi aku rasa, dia bukan pilihan calon menantu mak dan ayah aku. Nak dibandingkan dgn abang2 ipar aku yg semuanya berkelulusan tinggi dan kerja elok, haruslah dia yang paling tercorot. Pernah juga aku cakap pd dia, mak ayah aku mungkin takkan terima dia krn kekurangan kelulusan dia. Dia cakap, dia akan cuba menangi hati orang tua aku. Dia akan cuba berikan keselesaan pd aku.

Allahu. Aku buntu. Boleh dikatakan aku dan dia tidak sekufu. Tidak sekufu dalam pelajaran, bahkan agama. Dan dia seorang lelaki! Pernah aku baca satu buku ttg mendirikan rumahtangga, salah satunya, perlulah sekufu agama. Apakah sebaik2 cara yg perlu aku buat? Adakah perlu utk aku teruskan dgn dia? Apa cara terbaik kalau aku perlu tolak dia? Bantu aku sisters, brothers. Dan mohon jangan kecam aku. Aku cuma manusia biasa.

– Nora

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

87 Comments

  1. Sis, masalah xsekufu boleh diselesaikan InshaAllah. Org jahil jika dia dah tekad ingin bertaubat kerana Allah, inshaAllah mungkin dia akn jd lebih baik dr org yg dh sedia baik.

    Jadi cdgn sy, jika si lelaki benar2 ingin bertaubat kerana Allah dan bukan kerana saudari, berikan ruang dan masa untuk di mendekati agama Allah. Paling kurang dia perlu tahu basic sbg seorg Muslim. Sdgkan mualaf boleh belajar agama dr mula, mengapa tidak kita yg telah dilahirkn Islam.

    Sis dan si lelaki perlu yakin, jika sememangnya jodoh kalian, inshaAllah walau terpaksa lost contact atau berjauhan bertahun lamanya, jodoh tetap jodoh.

    Ingat! Tiada istilah halal couple dlm membimbing agama jika xda ikatan sah sbb masih ada ramai lagi ustaz atau org alim yg boleh dan lebih layak ajar si lelaki ttg agama. Semoga berjaya :)

  2. Pd pandangan sy jgn terima krn sy pun menghadapi masalah yg sama cuma sy dah berkahwin. Akan ada byk jurang antaranya kwn2, pemikiran, social life dll. Lelaki ini ego tinggi, nanti dia susah nak terima pendapat kita.

  3. Percaya la.. Yang tak sekufu ni akan menimbulkan masalah pada masa akan datang. Most likely you will earn more than him in the future, satu masa dia akan sentap sebab ego and rendah diri coz you will be the breadwinner in the family. Mungkin you tak kisah, tapi dia akan benci diri dia sendiri coz he can’t do more unless dia sama level dgn you. Tapi ini cuma fantasi saya.. Haha mungkin betul mungkin tidak. Best of luck confessor, try la guna jalan agama untuk buat keputusan ie. istikharah n doa

  4. X perlu sekufu sgt.. Janji dia btol2 ikhlas.. Tp bab kisah lama dia tu ssh sket la nak advice.. Kalau sy sebagai parents pn sy akan reject kes lama dia..

    Annur ayat 3..
    3. Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

    • ayat surah annur tu jgn main petik je.. baca juga pelbagai tafsiran dr ulama.. sy ada baca yg dikatakan penzina dgn penzina tu adalah yg masih berzina. bukan pernah berzina.. bukan ke dgn taubat seseorang tu blh dianggap bersih dr dosa

    • Sy bg terjemahan ayat sblm tu pula.. Nak bgtahu betapa seriusnya benda berkaitan zina ni.

      Annur ayat 2
      Perempuan berzina dan lelaki yg berzina, hendaklah kamu sebat tiap2 seorang dr kedua-duanya seratus kali sebat; dan jgnlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yg dikenakan kpd mereka itu sekumpulan dr org yg beriman.

    • En muzhaffar jd sy ingin bertanya, adakah dosa bekas penzina tu masih tak diampunkan melainkan selepas dijalankan hukuman hudud itu? Jadi kalau dia dah bertaubat masih kena juga ke hukuman itu?Mohon pencerahan.Tq

    • Err..tang ayt tu kurg stuju…rsenya ayt tu as asbabul nuzul..dn penzina dlm konteks ayt tu mksdnya lain..jgn mudh keluarkan ayt quran…terjemahan dnn tafsir itu berbeza..trjemahan blum ckup untk kte fhami al-quran

    • Wallahua’lam.. Benda ni ada khilaf ulama’.. Ada yg ckp terhapus bersandarkn nabi memalingkn muka ketika sahabat, maiz, mengakui dia berzina. Mereka berhujjah yg nabi memalingkan mukanya dgn harapan maiz tidak mengakui salahnya dan bertaubat nasuha atas perbuatannya… Tp selepas 4 kali maiz mengakuinya, maka dijatuhkn hukuman hudud keatasnya. Ada sesetgh pendapat, kena hukuman hudud utk menghapuskn dosa itu.. Tp dgn undang2 malaysia, mana ada hudud.. So, yg tu mungkin ditanggung oleh pemerintah.. Sesetgh dosa, x kan terhapus dgn taubat sahaja.. Contohnya kita menyakiti hati saudara kita.. Selagi x dpt kemaafan dia, selagi tu dosa masih ada.. Benda2 camni ada perbezaan pendapat dikalangan ulama’.. Sy pn x bleh dan x berani bg hukum psl benda ni.. Blajar fiqah pn tahap kat skolah maahad je dl.. Ustaz sy dl berpendapat kena hukum hudud utk kesalahan tu baru suci dosa. Tujuan sy bg ayat diatas hanyalah nak menekankn betapa seriusnya dosa zina.. Salah 1 dari 6 kesalahan yg dikenakan hukuman hudud… Hukuman yg mmg terang2 disebut dalam al-Quran. Dan sebagai parents yg berfikiran agak kuno, sy x setuju kalau org mcm tu nak kat anak sy.. Sy berpendapat, lebih baik dia pergi kepada perempuan yg pernah dia rosakkn dan bertanggung jawab terhadap mereka.

    • Mohd Hariz mungkin boleh explain sket.. Asbabul nuzul ni maksudnya sebab2 ayat tu diturunkn.. Tu termasuk dalam syarah @ penerangan kepada ayat tu.. Ayat tu sdiri x kan jd asbabul nuzul.. Dan penzina dalam ayat tu, pada masa turunnya ayat tu mmg memberi maksud org yg berzina @ pelacur.. Ada yg berpendapat, ayat itu khusus utk org yg masih berzina dan x menganggap benda tu haram.. Ada yg berpendapat ayat tu utk umum.. Sbb tu ada perbezaan pendapat berdasarkn mcm mana ayat tu di syarahkn

  5. Pikir masak2 sedari…pasal kerja dan ekonomi dia,kita letak no dua.saya nak tanya.
    Kalau satu hari,sedari ada anak pompuan,anak sedari ada calon 100% sama macam laki tu,sedari nak terima?

    Ya,manusia boleh berubah tapi kena consider dua benda.bila dia nak berubah?esok?minggu depan?tahun depan?20 tahun lagi?nobody knows.dan dia nak berubah ke arah apa?lagi elok atau lagi teruk?

    Mungkin sebab dia tak dapat lagi yang dia buat macam tu.dah dapat nanti,mungkin lain jadinya.

    Jangan sebab sayang yang sementara,rosak hidup untuk masa yang lama.

  6. First sekali,, tu bukan sy.. cik nora,, here is my opinion.. semua org berhak dpt second chance.. tapi based on ur story,, that man mcm xde effort nk berubah.. solat pun confessor yg tanya dia dah solat ke belum.. dah tu suruh cik pula yg gtau parents about him.. kalau betul nak,, y x dia je dtg jumpa parents cik?? For me,, dia x bersungguh pun nk dapat kn cik nora

  7. Ssh nk cakap..kbykn my frnd yg lepasan spm ni jauh lbh berjaya dari yg ada dgree. Better pk yg sekufu dari segi agama drpd pk yg sekufu dari segi ekonomi. Bila seseorang itu sempurna agamanya, inshaAllah yg lain akan menyusul.

    Dlm kes awk..lelaki itu sudah bertaubat. Kalau awak berani nak ambil risiko, teruskan dan jgn prnah brrhenti menggalakkan lelaki trsebut ke arah keagamaan dan kebaikan. Buat solat istikharah ok.

    • Sy stuju dgn awak..mostly kwn2 sy pn ade spm je pn..tp lebih bjya dr sy yg ade degree ni… 4 u cik confessor awk masih ade pilihan utk katakan ya atau tidak. Mintak la ptunjuk dr Allah..jgn lengah2kan masa awk lg, semakin awk lengahkn masa, awk dah merugikan masa awk utk mencari apa yg awk nak.. smga Allah permudahkn urusan sis confessor.. goodluck dear!

  8. Nasihat sy carilah yg sekufu. Sy dari kecik sampai besar dikelilingi oleh keluarga yg brmasalah sama ada org dekat atau tak, masalah utamanya ialah tidak sekufu dan yg buat masalahnya ialah lelaki. Yes manusia dia boleh kata dia nak berubah, tp nak melakukan perubahan tu tersangat lah berat, akan ada satu waktu dia tercommit kesalahan yg sama dan kemudian pujuk dgn kata mau berubah lagi.. Smpai bila?

  9. Better ko tarik diri, skrg ni aku agak ko pun berat hati. Perasaan cinta tu boleh pudar. Takut ko rase tertipu je kalau dia tak berubah lepas kawin. Tak pasal2 mengungkit kisah lama.

  10. pesan sy, berpijak di bumi yg nyata..nak sekufu segala2nya bukan mudah.. ramai je sy jumpa laki spm bini ijazah.. boleh je bahagia.. bagi saya cukup kalau dia ada keinginan dan usaha utk jadi lebih baik, utk jadi sekufu dgn awak. Cth dlm bab ekonomi, dia ada usaha tambah pendapatan, rajin kerja. Dlm bab agama, dia ada usaha tambah ilmu, amal agama. Hal2 lama tu soal dia dgn Allah. siapa kita nak judge past dia.

    kalau psl dia tak ingatkan psl solat, sy pun tak buat mcm tu. tp tu bkn makna sy tak kisah psl tu. tp sbb sy yakin tanpa sy ingtkan pun dia tahu dan tetap buat.

    kalau sy sy lbh pntgkan sekufu dr bab pemikiran dan kematangan.. dan 2 benda ni bukan blh diukur dr sekeping sijil semata.. itu yg lbh ssh nak jumpa skrg. Dan itu yg lbh pntg dlm rmh tangga nanti utk sy.

  11. Sekadar persoalan. Lelaki adalah bakal ketua keluarga. Kalau solat dia pun still kena ditanya, bagaimana nanti dia nak didik bakal family untuk menjaga solat?

    Biasanya kita sebagai perempuan, perlukan orang yang boleh diharap untuk membimbing satu keluarga. If not, i guess later we’ll need to do extra works.
    Anyway, istikharah dan istisyarah. Yang penting tak perlu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup.

  12. Pd sy better sis jgn teruskan…bila dh x sekufu nnti nk hidup bersama susah…sblm kawen mmg senang cakap itu ini janji itu ini tp kbyknnya bila dh kawen mula lah bandingkn itu ini mengungkit itu ini…kalau sis blh terima maybe akan ada mslh dr pihak keluarga…huhu

  13. Sy pon berkahwin dgn y xsekufu dr segi pendidikan dan taraf kerjaya..tp alhamdullilah sy bahagia…yg penting pembawakan diri sendiri dlm menjalani perkahwinan tu..

  14. Sungguh, perempuan lebih baik cr sekufu, sgt penting. Sbb skeliling sy, bila xsekufu ni ad masalah y tmbul. Contoh, bila prmpuan lg dh senang, laki pulak senang lenang goyang kaki, harap isteri tanggung semua.. Mula2 mmg ok, bila dah makin lama, makin lemak.. Bkn nk tuduh laki tu jahat, or tak baik. Tp ad byk kkurgn drpd kbaikan.. Sayang? Mg xnafikan, sayang susah letak tepi, bila dah sayang, semua sanggup.. Boleh dipakai bila dah berkahwin? 1 tahun? 2 tahun? 5 tahun?

  15. Pilihlah lelaki kerana agaamanya kalo kita jahil dan lemah kita perlukan lelaki yg dpt bimbing kita bukan kita kene bimbing dia ……swmua org berharap ke shurga ….tp jika dah dibagitau diingatkan pasal agama asyil sama…sis pikirlah sayang pun xboleh bwk ke shurga sis…..dunia ini xkekal selamanya…bahkan di sana nanti kita xkan pikir dah anak atau suami kita aakan dihitung seorang diri oleh allah..suami lagilah sb dia ketua keluarga …..kerja pun kene jugak bg stabil tp kalo agama bagus mahu berubah betul2..allah akan mudahkan rezeki..tp jika liat ja…asyik kata nk berubah xjugak berubah apa tggu lagi…pikirkam guna otak bukan hati….kalo guna otak kita akan pikir sehabis baik…kalo ikut hati mati

  16. Prtamanya…bnyk kali dh ckp..jgn terasa jujur bile crite aib yg kte prnh buat…bnde ni agama dh larang sbb x nak kes mcm ni brlaku…kne ingt Allah menilai dari taqwa tapi manusia menilai dari zahir dan dari sudut pandang dia shja..

    Tntg terima x terima tu..berat jgk sebenarnya…terutma untk mmbimbing seorg lelaki…lelaki yg soleh insyallah boleh membimbing wanita..tpi wanita yg soleh blum tntu dpt mmbimbg lelaki..lgi parah mcm kes ni..laki yg kurg ilmu agama..bile dh jadi keluarga..mula rasa dia boss ckap die smue org kena ikut tnpa bantahan…

    Sis prkahwinan ni bukan sehari due..tapi seumur hidup..pikir la sebaiknya…suka sayang ni..bile dh selalu sebut..selalu jmpe..lame2 die terbit…cube cek sis suke die ni ats dasr kasihan die ke mmg suke? Klau ksihan die..mcm elok tnggl je sbb ksihan sis x bntu sis dlm rumhtgga nnt…buat mse skrg..cube2 la hint psl die pd mak ayah dn tngk respond…untk laki tu plk..letkkan syarat klau die brssungh nk sis…die kne ubah sekian2…

    Tpi pesn sy..walau mcm mne hebt pun cinta sis…bile parent kte NO tu…x prlu la teruskan…rumhtgga tnpa redha ni lgi payah nk harungi

  17. Minta maaf bg yg berpendapat xpe x sekufu. Sy rasa dgn keadaan zaman sekarang ni, yg mana maksiat berleluasa dan ekonomi semakin tenat..carilah yg sekufu. Bkn memandang rendah org lulusan spm kerana ramai yg berjaya bisnes sdiri. Tp sy ambil ayat2 sis yg katanya dia spm dan kerja biasa2…maksudnya kurang stabil. Kalau drpd zaman couple ni dah ada rasa berbolak balik tu, jauhkanlah diri kerana selepas berkahwin lebih banyak onak dan duri…until n unless, confessor ni dah tua sangat umurnya dan rasa mcm dah xde jodoh lain kalau terlepas yang ni. Sy pernah melalui pengalaman spt confessor, dan sy pilih yg sekufu. Asalkan berpisah cara baik dan sy x menyesal dgn pilihan sy. Think hard n good luck

  18. Kesian pula kt lelaki tu.. tp sis, cubalah hadam betul2 nasihat2 kwn2 di sini.. trust me.. people learn from their sorroundings..from experience.. dh byk kes bila x sekufu ni.. Ramadhan Kareem ☺

  19. Salam sis… my humble opinion.. doa, doa dan doa. jaga solat. minta pada Dia yang Maha Mengetahui. Buat solat istikharah. Jangan tunggu. Jangan buang masa. Doa ditunjukkan jalan, dipermudahkan, dan dikuatkan hati walau apa pun yang terjadi. inshALLAH. Hanya Dia yang Maha Mengetahui, Maha memudahkan yang sukar. Thats the best way to solve any problem in our life.

  20. Pada pendapat sy, bersangka baiklah dgn Allah..Allah jadikan kita ni sama je.sekufu atau x,kalo kita nak hubungn tu berjaya, usaha tu perlu.kalo iktkan suami n saya pn x sekufu tp sy percaya pd Allah.ade degree ke xde ke, rzki tu pd Allah..kalo sekufu skali pn, Allah ckp bkn jodoh kamu, x berjaya jugak. Semua org perlu peluang kedua.mn ade org perfect.asalkan die sanggup berubah itu maksudnye Allah dh bukak ht die. Dlu die jahat, x mustahil die boleh jadi sebaik2 umat pasni.tnye la hati sis sendiri.kalo sis yakin die jodoh sis, tetapkan ht n yakin pd percaturan Allah

  21. Sy pernah berada di tempat sis nora..kapel 4 tahun..mmg solat kosong..kita plak yg slalu ingtkn dia..ade skali, sy trlalu mrah (dia plak kntoi ade gatal dgn pmpn lain sbb duit), sy msj kat dia “kalau awak tinggal Allah (tgl solat), nescya sy akn tinggalkn awk”..walaupn dia cuba brubah, ntahlahh…bkn jodoh kot..hati pun makin lama makin pudar sbb dia bt hal..(solat rongak+kantoi)..

    Then, sy clash dgn dia..Allah maha Adil, dia hantar suami yg solat xpernah tgl..bahkan dia yg slalu igtkn ttg solat..

  22. Carilh jodoh yg sekufu…mmg mula2 npk baik n ok..masalah akan timbul dlm masa terdekat..kdg2 d sbbkn rasa kasih n syg yg mdlm membuatkn kita lupa n x fikir apa yg akan tjdi…buat solat istiharah jln yg terbaik…jgn tergopoh2 buat kputusan..InstaAllah ada solusinye..

  23. Cuba solat istikharah..sekufu tu taruk tepi dulu..cuba kalo lelaki tu kaya n prangai dia cam hampeh??? Camne? Bg pluang kedua x?mcm dlm drama2 mlayu kt tv tu..apa pun mcm yg lain2 sarankn..doa doa doa..n istikharah..insyaallh diberi ptunjuk nnt..peace..

  24. Jangan terima…Jgn pk pjg, jgn pening2 utk pkirkan bkawan ngn dia…Cari yg sekufu agama…dgn beragama, xkaya pon rezeki akan rasa sentiasa ckup sbb Allah ada dan Allah bntu…Kita belum tntu kuat dimasa hdpn utk harungi dgn lelaki mcm ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *