Tiga Puluh Mencari Jodoh

Salam, sedikit intro yang cliche’, sama seperti tajuk confession, aku Keen (bukan nama sebenar), wanita bujang yang baru menganjak awal 30-an dan bekerjaya tetap, di Kepulauan Borneo, hehe.

Confession ni sekadar berkongsi rasa dan jugak minta support dari pembaca IIUM Confession, mungkin terselit satu dua yang senasib dengan aku masih sendu hahaha.

Okay first, aku elaborate sedikit background aku. Selalu aku baca komen enjoy je life single waktu ni merasa kumpul duit, bagi parents, bahagiakan diorang dan travel , banyak tempat.

Alhamdulillah sepanjang karier aku dalam usia 20-an aku dapat dan masih buat semua tu, cuma sejak MCO bermula travel ke luar negara tu dah kurang, tapi nature kerjaya aku bagi aku rezeki untuk masih travel domestik.

Parents? Masih lagi aku anak yang clingy akan contact hampir setiap hari, cuba bawa tempat favourite dan usahakan bagi diorang happy ikut kemampuan poket aku, walaupun tak banyak tapi aku cuba jugak selagi itu bawa kebahagiaan pada diorang.

Tapi fitrah wanita tak dapat dinafikan, mahukan teman kat sisi. Sepanjang 20-an aku dikira wanita yang berdikari, pergi mana2 drive sendiri,

Sakit susah ada urusan ke aku akan handle sendiri sebab tiada pilihan, kalau aku tak buat no one else will do it for me dan aku dah lama terima itu ujian untuk aku di sebalik karier stabil yang aku impikan selama ni.

Usaha aku cari jodoh pertama bermula dengan pernah berkawan dengan seseorang lewat usia 20-an.

Cliche story, aku ditinggalkan untuk yang lain, patah hati, sedih, episod tu semua aku lalui dengan tabah untuk aku bangkit dan jadi perempuan yang lebih baik dari semalam.

Usia menginjak, dengan pandemik dan PKP bersambung-sambung, peluang untuk aku berjumpa orang dan berkenalan semakin terhad.

Pantasnya masa berlalu membuatkan usia aku turut bergerak seiring tahun, dan disini aku, usia 30-an dan masih membujang.

Bila usia begini, harapan untuk jumpa lelaki bujang seusia aku agak tipis. Kalau bukan tunangan orang, kekasih orang, paling teruk suami orang. Nauzubillah min zalik.

Walaupun susah tak pernah terlintas nak jadi perosak kebahagiaan orang lain, jadi jangan la ada stereotaip geng andartu ni desperate dengan golongan berpunya ya

Berbalik pada usaha tadi, kawan aku suggest untuk gunakn platform online nak berkenalan. Since persekitaran aku ni 90% dengan golongan lelaki seperti yang di atas.

Ada sebahagian aku buka untuk suka2, tapi orang yang sedikit skeptikal dan teliti macam aku, satu persatu bio dan profile aku baca.

Ada yang tulis ala kadar, ada yang kriteria terlalu sempurna pakej mahu fizikal putih, kurus, BMI normal, kerjaya stabil. aku stalk pula profile tuan empunya. Huh, biasa2 sahaja?

Untuk orang yang kategori ‘kakak-kakak’ macam aku, baca profile ni ibarat membaca resume pemohon pekerja yang pernah aku buat sebelum ini.

”hunch” golongan macam kami adalah sebahagian dari kerjaya kami dalam menepis calon.

Ada juga di laman twt***, selain hanya betul2 selektif rupa, jarak umur juga lingkungan 20-an sahaja, tertera dalam “resume”, secara majoriti. Jadi mana golongan “kakak-kakak” macam kami pergi membawa diri haha.

Bukanlah aku jatuh dalam kategori selekeh, imej profesional seiring dengan karier juga, cuma tidaklah berlebihan dalam bergaya.

Dalam profile online aku juga tidak aku letakkan gambar yang boleh terlalu menarik perhatian, selfie atau filter dan seangkatan dengannya, pada aku, biar bermula dengan jujur walaupun platform online.

Akhir sekali, bak kata kawan-kawan seangkatan dengan aku, kami pasrah sahaja. Ada orang cakap jodoh macam rezeki, perlu usaha. Jadi selain berkenalan dan mencuba platform online tu adalah usaha aku setakat ini.

Cuma tahap keyakinan itu dah tak sama since rasanya remaja dan gadis-gadis sekarang hebat betul bermekap dan bergaya, dan sejujurnya ramai yang memilih rupa dahulu, jadi kadang-kadang kami jadi pemerhati sahaja.

Dan kami juga menjadi saksi ada kegagalan mahligai yang dibina kawan-kawan kami, jadi untuk tidak memilih dan menapis dengan teliti itu tidak dapat kami elak, kematangan mengajar kami untuk tidak dahulukan rasa hati berbanding masa depan yang panjang.

Kesimpulan, aku masih lagi belum menemui belahan jiwa ku ini ceh haha. Jujur, sebagai perempuan normal teringin punya keluarga sendiri, teringin ada yang jaga setelah lama berjuang berdikari sendiri.

Tapi kalau belum dizin Tuhan, masih aku belajar redha dan teruskan kehidupan macam biasa. Untuk yang senasib macam aku, sama2 kita kuat ya. InsyaAllah, the best is yet to come.

Kalau confession aku disiarkan, kalau ada cadangan membina dari komen pembaca, boleh aku baca juga, hehe.

– Kakak keen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *