Tindih vs Sleep Paralysis – 6:54 PM

Tindih vs Sleep Paralysis

Aku selalu kena tindih, daripada umur 16 tahun hingga 22 tahun. Semua pasal tindih aku dah baca kat google, termasuklah amalan-amalan dalam Islam untuk elak aku ditindih, semua aku dah buat. Banyak hantu aku nampak sepanjang aku ditindih, pocong, pontianak, lembaga hitam dan hantu raya.

Dulu aku ingat memang aku nampak hantu, tapi kawan-kawan aku ckp itu semua sleep paralysis, bukan hantu. Aku susah nak percaya. Lepas belajar psychology, baru aku tau yang sleep paralysis sebenarnya memang ada. Aku pun mula percaya yg sebenarnya itu semua bukan hantu. Tapi yg pelik, aku selalu kena kat rumah, bukan kat uia. Dan aku kerap kena sama ada masa stress ataupun masa tak stress. Sebab aku terlalu percaya yg ini sleep paralysis, aku pun berfikiran positif walaupun dah bermacam hantu aku nampak masa ditindih.

Minggu lepas, aku teman kakak pergi pusat perubatan Islam kat bangi. Kakak aku suruh aku pergi tanya pasal tindih, aku pun ikutlah berubat sekali. Kau tau apa yg berlaku? Aku terlalu terperanjat bila ustazah kata yg aku DIROGOL bergilir-gilir oleh makhluk halus yang aku nampak masa ditindih. Ustazah kata, aku dah jadi milik dorang. Masa ustazah baca ayat Quran atas kepala aku, aku tetibe muntah, rasa sesak nafas dan rasa nak pitam. Ustazah marah aku, marah emak aku sebab dia kata benda ni bahaya, kenapa tak pergi berubat awal-awal. Bukan satu makhluk, banyak makhluk kat rumah aku yg dah rogol aku, bergilir-gilir!

Masa turn kakak aku, kakak aku dirasuk. Dan makhluk yg merasuk tu adalah makhluk yg dah rogol aku. Makhluk tu marah kat kakak aku sebab hantar aku berubat. Aku tak percaya, susah nak percaya dan sampai sekarang aku masih tak percaya. Sebelum balik, ustazah suruh aku percaya kalau hantu memang wujud disekeliling aku. Dia nak aku tanam kepercayaan seperti sudah tercatat dalam Quran bahawa makhluk Allah itu memang ada untuk mengacau anak cucu Adam supaya lagi senang untuk aku cepat pulih bila berubat nanti.

Kalau sampai tua aku percaya itu sleep paralysis, mungkin sampai mati aku dirogol oleh makhluk-makhluk halus. Dalam sains memang tercatat itu sleep paralysis, tetapi tolong jangan terlalu sombong untuk mengatakan bahawa makhluk Allah itu tidak wujud. Dalam rumah aku memang ada banyak makhluk Allah, yang dihantar manusia sbb dengki kt keluarga aku, juga penghuni rumah asal. Makhluk yang aku nampak masa aku ditindih itu semua memang wujud dalam rumah aku. Sebabtu aku selalu kena tindih masa kat rumah. Aku dah jadi makanan dorang, aku memang kurus daripada dulu. Nasihat aku, kalau kau rasa ada perkara pelik kat rumah kau dan kau kerapkali diganggu, tolong berubat dengan ustaz atau ustazah, berubat dengan org yang betul, yang menggunakan kalimah Allah. Aku masih dalam proses untuk pulih sekarang. Tolong doakan aku.

– Sister

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *