Tips bisnes Online. Antara Study & Bisnes.

Assalamualaikum semua. Sebelum ni aku ada jugak share satu story dekat pages iiumc ni. Rasa seronok pulak. Sambil share cerita dapat juga berkongsi kisah. Ambil kisah tersebut dan jadikan pengajaran. Yang baik dicontohi yang tak baik jangan diikuti.

Ok dengan tajuk aku tips berjaya dalam business bukan dalam satu cabang. Banyak lagi termasuk business offline & online, tak kisahlah kau jual macam mana pun atau jual apa pun. Benda ni aku guna dari dulu lagi. Ternyata berjaya. Korang boleh guna tips ni ok.

1) Niat. Apa niat kau berbisnes. Ok jujur. Niat aku nak bantu diri aku & kurangkan beban parents aku. Aku start berbisnes online ni dari zaman study lagi. Dulu aku study di sebuah politeknik di sabak bernam. Masa mula2 nak masuk sem 1 dulu, banyak dah duit parents aku habis dok bayar itu ini. Tak terkira rasanya duit tu keluar. Masa tu PTPTN lambat pulak masuknyaa. Pisanglah aku nak makan apa. Haha. Setiap minggu aku terpaksa minta duit ibuayah aku untuk buat makan. Dah habis jimat dah tu. Tapi tula sampai bila aku nak susahkan parents kan. Jadi aku pikir satu cara untuk kurangkan beban dorang. iaitu buat bisnes. Nak keja tapi tengah study kan. bisnes jelaa mampu.

2) Berdoa – Lepas dah niat dalam hati tu kau berdoalah. Tak susahpun. Minta dimurahkan rezeki. Tak kaya tak apa. Asal rezeki kau ada. Cukup makan. Ada tempat tinggal. Ada pakaian itu dah cukup & memadai dah.

3) Rajin – Ada ke orang nak berjaya goyang kaki. Aku rasa takda kot. Nak berjaya tu kenalah rajin sikit. Kalau malas habuk pun takdak. Macam aku bisnes online. Masa dalam class tu sebelum lecturer masuk tu haa layan lah kejap customer n updated lah sikit instagram bisnes tu. Sebab aku dlu reti promote instagram je. kikiki. Lagi eksited. Balik je class kalau free tu still layan customer & settle apa2 yg patut. key **mesti RAJIN. Kadang2 tu ada gak member masuk dalam bilik asrama aku. "Haa buat apa tu kat meja,study ke ? Haha. study la sangat! Busy dok kira2 berapa untung setiap hari. Hahah. aca-aca je study. Study2 jugak bisnes2 jugak. Asal kau pandai bahagi masa secukunya ok. Tak untung banyak tak apa. Asal cukup makan aku untuk hari tu.

3) Semangat & Usaha – Tipulah orang baru bisnes tak fadeup. sebab macam syok sendiri. Hari2 upload produk kat insta tapi takda orang beli. Hampir putus asa pun ada. Macam malas pun ada. Tapi berbalik pada niat. Apa niat kau sebenarnya? Teringat niat terus ada semangat. Semangat dah ada kau perlu usaha untuk terus berjaya. Sebab semangat & usaha ni je boleh buat kau bertahan sampai sekarang. Bila kau dah usaha kau akan cuba untuk capai target jualan tu.

Berbalik cerita awal aku tu tadi, Lepas dapat PTPTN tu aku masih pikir untuk cari duit lebih. Yelaa dapat PTPTN sebok beli laptop. Yelaa study kan. Duit pun dah berkurang. Haa rasa nak jual topup pulak. Dengan duit baki PT tu lah aku buat modal untuk jual topup. Alhamdullilah classmate aku semua support beli topup aku. Rasa nak gelak pun ada. Asal masuk kelas. "Weh ada topup tak, Ada topup tak". Yelaa dulu semua cari topup buat isi internet yang dah expired tu kan. kihkih. Demi mencari sesuap nasi macamtu la. Kahkah. Alhamdullilah berkat usaha sendiri aku boleh makan je apa aku nak. Yang penting kenyang !

Alhamdullilah, Dari Sem 1 & Sampailah sem 6 masih bertahan untuk bisnes. 3 tahun beb. Sebagai student. Untuk spendtime study+bisnes bukan satu perkara mudah. Penat tu memang penat. Tapi hasilnya kau akan nampak sendiri. Now lepas tamat belajar. Aku kerja pula. Berkerja+sambung bisnes. Ni lagilah. Tipulah tak penat. Siang kerja Malam bisnes online pulak. Otak tu pun dah pening. Ok rehat kejap dan sambung macam biasa.

Bagi aku masa muda ni lah kau cari simpanan atau tambahan income untuk diri kau sendiri selagi mampu. Jangan paksa. Setakat mampu tu cukup dah lah. Ok last nak share tips berjaya yang terakhir.

Tips 4) Share rezeki – Bila kau dah senang sikit. Nak kata maju tu takdalah maju gila. Tapi Alhamdullilah. Cukup segalanyaa. Paling penting jangan lupa orang terdekat kau. Ada rezeki tu kau hulur2 sikit dengan parents kau, adek-adek kau. Kat rumah takda makanan tu kau support la sikit makanan untuk adek kau makan. Taksusahpun. Sebab masa kau susah dulu. Dorang jugak yang tolong. Dalam tak sedar dengan rezeki yang kau share dekat orang lain tulah yang akan tambah lagi rezeki kau yang lain nanti. Percayalah. Rezeki tu akan bertambah berkat. Rezeki allah luas.

Aku rasa ni je aku nak share dekat korang semua. Kalau nak ikut cara aku ni ikutlah. Taknak ikut pun takpa. Mybe boleh jadikan ikutan buat korang untuk lebih berjaya. Yang masih tak berjaya dalam bisnes boleh teruskan usaha. Sebab usaha korang tu nanti aku berbalou untuk akan datang. Aku doakan semua urusan korang dipermudahkan.

Quote:
– Tak kaya tak apa, Asal cukup segalanya. Perut kenyang Hati senang ! Alhamdullilah dengan apa yang kau ada.

-Kaklong cirah.

– Nur Cirah.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit