Tips dan Pengalaman Bersalin Normal

Assalamualaikum. Nama aku Zeda. Aku nak share seringkas mungkin sebab aku baru baca pengalaman bersalin kat IIUM Confession ni tadi.

Aku ada 2 anak lelaki 6 tahun dan 3 tahun. Sekarang tengah mengandung anak ke 3 expecting due bulan 10. Doakan lah aku dapat bersalin normal, lembut, mudah dan selamat. Itu lah doa aku hari-hari.

Kedua-dua anak aku sebelum ni aku melalui episod bersalin yang boleh kata mudah. Alhamdulillah Allah rezekikan aku mudah bersalin. Nurse pun baik-baik.

Anak sulong aku aku keluar tanda lendir dan darah dan esoknya aku bersalin. Anak kedua takde tanda apa-apa tetiba sakit contraction je. Tahu-tahu dah beranak. Terkejut suami aku.

Aku nak share tips supaya kita sentiasa tenang dan dapat tahan kesakitan time contraction.

Aku banyak google dan aku follow FB Group Gentle Birth Malaysia. Banyak info disana. Sebab kalau bole aku nak kelahiran aku natural dan lembut je walaupun semua anak aku bersalin di hospital kerajaan.

1) Teknik Pernafasan

Pernafasan time sakit tu sangat lah penting. Jangan kelam kabut. Semua ibu tahu kan yang sakit contraction tu rasa dia kejap datang dan pergi. Tak berterusan. Biasanya sakit tu dalam tempoh 40 saat hingga 1 minit. Lepastu dia hilang.

Teknik yang aku praktikkan. Waktu sakit mula datang, korang tarik nafas sedalam-dalam yang boleh. Dan hembuskan perlahan-lahan seiring dengan rasa sakit tu sambil berzikir dalam hati.

Zikir nabi yunus (lailahailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin). Ulang-ulang. Macam aku, aku baca zikir ni jugak waktu tengah sakit. (Rabbi yaasir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair).

Teknik pernafasan ni boleh guna time buang air besar jugak tapi jangan la baca zikir tu dakam toilet pulak ya. Nanti lancar je korang membuang. Tak payah teran-teran. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

Tak silap aku nama lain teknik ni teknik J Breath. Boleh cari kat youtube.

2) Mind Set – fikir positif

Sepanjang mengandung kalau boleh hari-hari doa selepas solat tu mintak pada Allah, aku nak bersalin normal, aku nak bersalin mudah. Mintak terus macam tu.

3) Squat

Aku ni takdela rajin bersenam pun. Time mengandung selalu nya mesti obese. Jangan tiru macam aku ya. Make sure berat korang sihat time mengandung.

Aku tak buat pun squat ni. Tapi apa yang aku buat, aku selalu kalau nak kencing, aku suka guna tandas cangkung. Full squat. Nak amik barang pun aku akan full squat. Basuh bilik air tetiap minggu pun sama. Squat.

Aku rasa ini pun membantu. Sebab squat kan boleh menguatkan otot pelvik. Korang boleh google kebaikan squat ketika mengandung.

4) Solat Sunat Taubat, Hajat dan Maaf

Kita ni banyak sangat dosa pada Allah, pada suami dan pada orang sekeliling. Tak terhitung dosa kita kan.

Kerapkan lah solat taubat di penghujung kehamilan. Menangis dan bertaubat pada Allah. Kita tak tahu mungkin Allah akan tarik nyawa kita waktu kita nak melahirkan.

Kalau malas atau tak sempat, waktu dah mula rasa sakit contraction yang sikit-sikit tu, terus buat solat taubat. Solat hajat sekali. Solat dan taubat bersungguh-sungguh waktu ni dan minta Allah mudahkan urusan kita.

Mintak maaf pada suami, ibu bapa dan mertua. Serta orang sekeliling. Mintak suami dan ibu doakan proses kelahiran kita mudah.

5) Baca Al Quran

Kalau boleh, sepanjang mengandung 9 bulan ni. Khatam kan Al-quran paling kurang 1 kali. Selepas dah khatam baru fokuskan baca surah-surah yang baik untuk ibu mengandung seperti Surah Maryam, Luqman, Yusuf dll.

6) Perineum Massage

Yang ni korang boleh google lah ya. Tak reti aku nak cerita. Haha. Tapi yang ni aku tak buat pun. Sebab selalu lupa..

7) All Four, Hip Sway, Gym Ball

Time korang tengah sakit tu. Kalau rasa tak tahan sangat, korang boleh guna teknik ni. Ni antara apa yang aku buat kalau sakitnya tu tak tahan sangat.

Serius ya, bila buat cmni memang lega. Tapi masih kena jaga teknik pernafasan taw. No pain, no baby. Kan.

Itu saja lah yang aku ingat untuk share. Ya betul, badan semua orang ni, tak sama. Ada orang yang dapat tahan sakit yang kuat. Ada orang yang tak dapat tahan sakit. Tapi kita ibu-ibu ni. Memang kuat kan sebab tu kita dapat tahan sakitnya mengandung dan sakitnya beranak.

Di Hari Arafah ni, kita sama-sama lah berdoa semoga Allah beri kita rezeki beranak secara normal, lembut, mudah dan selamat bagi ibu serta anak.

Semoga anak-anak kita semua nanti membesar menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, taat pada segala perintah Allah dan menjadi penyejuk hati buat ibu bapa.

Semoga Allah berikan yang terbaik buat kita dan jauhkan kita dari segala keburukan dan kejahatan.

Buat pasangan yang masih belum ada rezeki anak, semoga Allah bagi rezeki anak buat korang secepatnya.

– Zeda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *