Boring Cerita Zina Syok Sendiri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/boring-cerita-zina-syok-sendiri/).

Malam tadi aku tunjuk post aku kat orang umah aku. Tergelak dia. Lepas tu membebel la kejap. Siap pesan banyak kali kat aku jangan reply comment-comment orang tu. Dia taknak orang tau identiti aku lah tu.

Isteri yang dah berkongsi hidup bersama dekat 10 tahun dengan aku, dia kenal sangat perangai aku kalau bab jaga maruah orang perempuan ni aku akan jadi tegas dan sikit emosional bila “membasuh”.

Baik adik perempuan aku, anak saudara dan sepupu-sepupu perempuan yang masih belum berkahwin semua nya akan kena tahan telinga kejap bila aku start ceramah pasal ni. Sebab aku bukan orang yang baik. Aku pun pendosa. Malah berdosa besar.

Bukan nak tunjuk bagus apatah lagi nak rasa diri ni alim dan suci macam korang duk gelar aku tu.

Jauh panggang dari api. Tapi sebagai lelaki aku jaga family aku dulu. Tu tanggungjawab aku.

Kau? Tu kerja orang laki dalam family kau lah. Kalau diorang tak buat, nasib kau lah. Yang penting family aku, aku buat tanggungjawab aku. Ujian yang datang kemudian bukan urusan aku.Siapa kau dan aku nak tahan ujian Allah?

Kau pulak beria-ria konon komen chewah sembang pasal ujian kat anak aku lah cucu aku lah. Kau tu patut sibukkan diri kau dulu.

Yang dah berlaki tu check tengok laki kau tu tanggungjawab semua tertunai tak? Sibuk kan hal aku pulak. Tu sebab aku selalu cakap perempuan ni syok sendiri.

Aku tak cakap pasal kau, kau lak lebih terasa.Aku tak pernah cakap pun semua ni salah perempuan. Cuma aku ajak kau cermin kesilapan kau. Lelaki memang lelaki. Kami ni kaum yang menunggu peluang je nak makan kau. Kau tu yang sengal. Terhegeh-hegeh.

Ok. Maka aku baru kongsi pandangan je pun. Malah bukan sejenis confession pun. Bila hanya dengan perkongsian yang panjang nya satu muka surat pun tak sampai, pun dah boleh buat ramai perempuan sentap dan bagi macam-macam interpretasi yang jauh menyimpang,

Maka betul sangat lah apa ayat aku sebelum ni. Tak payah syok sendiri perasan macam aku bercakap pasal kau.

Aku kisah pulak kalau kau terasa? Aku bercakap berdasarkan circle kehidupan aku. Then aku comparekan dengan confession-confession mengarut bab zina kat page ni.

Ye aku tau ramai tak setuju dan salah faham bila aku cakap perempuan gagal rumahtangga sebab perangai celaka sebelum kahwin.

Kan aku cakap dah bukan semua. Awal-awal ayat aku, kebanyakan. Kebanyakan. Aku ulang lagi kebanyakan yang aku perhati. Bercinta bagai nak rak tak peduli nasihat mak ayah. Kan? Marah betul kau. Cuba kau tengok keliling circle kau pulak.

Berapa ramai yang gagal rumahtangga sebab bersuamikan lelaki biawak, tapi sejarah sebelum kahwinnya dia baik-baik semuanya, solehah, anak yang tak keluar rumah, jaga pergaulan, tak pernah couple,

Malah lelaki biawak tersebut adalah pilihan ibu bapa, tak pernah bercinta tapi disatukan atas pilihan keluarga?

Aku tanya kau ni berapa ramai? Kau perhati betul-betul dengan jujur. Kau renung, kau kira berapa ramai yang dapat takdir macam tu, pastu kau compare pulak yang gagal dan memang dia sendiri yang pilih suami dia.

Sendiri carik penyakit. Aku tak sebut langsung pasal kifarah. Aku just memerhati dan jadikan tauladan. Kenapa?

Sebab tu lah sebab dipertunjukkan perjalanan liku hidup orang supaya kau berfikir dan ambik pengajaran. Kau pulak bajet macam bagus cakap aku ni konon baru turun dari syurga lah, judge orang lah.

Adoii perempuan. Judge tu maksud nya kau tak kenal orang tu, tak tau siapa dia, sejarah dia. Tu baru judge. Macam kau comment macam-macam pasal aku. Tu namanya judge.Tu aku suruh cermin muka kau, tapi kau degil.

Aku berkongsi pandangan tentang orang yang aku kenal, aku tau sejarah dia macam mana. Malah bersaudara dan sebahagian berkawan dengan aku dari kecik.Memang sendiri gatal bercinta.Sendiri tau buruk pasangan.

Aku tau ada perempuan yang comment masa bercinta mana boleh kenal lelaki tu. Dah kahwin baru tau. Hmmm… sedihnya.

Samada kau yang bebal atau over mabuk cinta sampai kau pejam mata dan terima keburukan-keburukan dia yang terserlah. Tak payah menipu diri sendiri.Kau pikir kau sorang je bercinta? Zaman tv hitam putih atuk nenek kau pun dah pandai bercinta lah.

Agak mustahil pasangan nak sembunyikan perangai sebenar lama-lama. Melainkan kau bercinta sehari dua lepas tu nikah. Kalau kau terkena dengan pasangan hidup macam ni kau nak salahkan sape? Kau lah sape lagi.

Kau yang pilih dia, pandai pulak kau nak salahkan takdir Allah. Kau nak sedapkan hati kau kan? So dah ada jawapan? Kau jawab kat diri kau sendiri je. Aku tak perlu tahu.

Kalau kau baca ayat aku terang-terang aku tulis semuanya berdasarkan pemerhatian aku. Maknanya dalam circle kehidupan aku yang kecik atau ada korang yang cakap mata lalat je besarnya.

Ye betul lah tu. Tak pulak aku cakap “Kebanyakan perempuan kat Malaysia ni…”. Korang ni membaca pun penuh emosi. Cuba slow-slow hadam line by line. Ni baru aku share sikit dah sentap (Which aku sikit pun tak terkesan).

Cuba bayangkan mak ayah kau yang berulang-ulang, bertahun-tahun mengingatkan dan berpesan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Kecewanya lahai kalau tau perangai kau di sebalik tabir. Sebab sekarang ni diorang tak tau, sebab tu kau masih selesa untuk berlagak mangsa.

Kau ingat kalau pemaksiat dalam confession bath tub tu contohnya bapak dia tau kisah dia, bapak dia nak husnudzon pastu bersangka baik?

Oh mungkin bath tub itu yang salah. Anak aku tak bersalah. Piirahh. Cermin diri kau lah. Berkali-kali aku cakap. Kelemahan orang perempuan yang confess ni, kau cermin tak kesilapan diri kau?

Ni tidak, kau pulak poyo trigger, lepas tu buat fake account dan lepaskan marah kau kat comment. Kan?So kat sape yang kau berdosa? Ada kau fikir? Ni tidak, lagi berbangga adalah.

Bertaubat dan memohon keampunan dari Allah tu semestinya didahulukan. Abis tu mak ayah yang menjadi jambatan kau ke syurga tu? Kau ingat selama kau buat onar belakang diorang pastu things will get settle easily lah? Kau jangan nak perasan lah.

Bagi yang ada rezeki dapat jodoh, walaupun dah pernah buat onar, kau patut bersyukur Allah hantar suami kat kau, bukannya lagi nak sokong confession b*****g yang konon sisi gelap ni. Menggelapkan lagi hati adalah.

Mana yang siap cakap aku berlagak alim macam tak pernah berdosa… Adoiii karangan aku pendek je kut.

20 kali aku ulang baca nak tengok ada tak ayat aku yang memuji diri sendiri ke, atau ayat menunjukkan aku maksum ke, tapi takde langsung. Suka aku nak ingatkan, aku bukan bagi confession.

Aku siap tanya orang rumah aku, sayang ada nampak abang perasan alim tak dalam posting ni? Aku bagi pandangan aku je. Kau tak bersetuju, tu hak kau. Tak jadi masalah kat aku pun.

Tapi kalau kau harap nak baca confession kisah hitam seorang jantan kau boleh PM ex kau mintak dia share pengalaman dia kat page ni. Aku siap mencelakakan lelaki-lelaki tak guna yang merosakkan kau berulang-ulang kali.

Kau cakap aku tak adil sebab hentam perempuan je. Abis tu jantan-jantan tu takde submit confession kat sini. Kalau dia submit, aku basuh lah dia.

Cerita sekarang ni, masalahnya yang share banyak dan senang terpedaya dengan jantan celaka tu siapa? Kau lah. Sebab tu kau yang submit.

Aku kutuk confession zina tu bukanlah atas sebab niat atau objektif confessor yang ingin berkongsi pengalaman kesilapan lampau zina atau maksiat yang dia buat. Aku kutuk dan persoalkan perincian dia tu.

Apa tujuan kau bercerita kau berendam dalam tab mandi dengan jantan lah, macam mana kau berseronok dengan boyfriend kau sebelum dia ajak kau bukan-bukan, dan sebagainya.

Aku nak tau apa ibrah yang kau dapat. Macam mana perjalanan kau mencari bahagia selepas itu. Tu yang orang boleh ambik manfaat. Ye orang tau kau berzina. Tak payah kau cerita detail pun aku percaya zaman moden semua orang tau proses zina tu.

Kau je budak-budak baru nak up. Sibuk nak perincikan.Soalan aku apa perlu nya perincian semua tu untuk mengisahkan kesilapan silam kau dan pengajaran yang pembaca akan dapat?

Makcik-makcik, bini orang, mak orang yang komen pun kemain lagi, ada yang sokong. Konon dengan tujuan nak tau modus operandi jantan sebagai silibus untuk berpesan kat anak sendiri.

Adoii fail lah korang ni. Mohon maaf siap-siap. Kau perempuan yang dah berlaki kau masih tak reti tipu daya laki?

Nenek-nenek dulu-dulu mesti tak dapat nak hadam teknik didikan anak yang kau terapkan. Diorang tak perlu baca confession untuk ajar anak dara sendiri betapa maruah dan harga diri tu perkara no.1 yang perempuan kena pertahankan.

Benteng nenek-nenek dulu, didikan agama, ambil tahu/cakna tentang anak dara kita, biar ada kongkong sikit dan bebelan, tak mudah percaya sewenangnya sebab kita sedia faham jiwa muda tu sentiasa ingin bebas. Yang makcik pulak senang je, baca confession sebagai panduan? Keep it up cik.

So, kalau aku lah kan… aku ulang ni… kalau aku lah (Bukan tuju kat kau pun, so tak payah perasan)… aku ni hanya akan triggered bila sesuatu statement terkena setepek kat muka dan mencalar ego aku, tapi jauh di sudut hati aku sebenarnya marah dengan diri aku sendiri sebab aku rasa bersalah.

Rasa bersalah yang aku sendiri tak tahu cara menebusnya. Rasa bersalah sebab aku b*d*h contohnya membiarkan diri mudah ditipu.

Maka aku akan triggered. Aku cuba sembunyikan rasa bersalah tu.

Contohnya rasa bersalah pada mak ayah aku, mak ayah mertua aku (ye aku dah pun berumahtangga, jap lagi aku “confess” sikit) tapi aku tak mampu mengakui salah tu depan diorang. Aku cuma mampu salam, cium tangan dan mohon ampun secara “blanket forgiveness” di pagi Hari Raya.

Hanya mampu cakap “Mak abah, saya mohon maaf atas semua kesalahan selama ini” tanpa bagitau diorang apa sebenarnya salah besar yang terbuku kat hati aku. Tu punca kalau aku triggered.

Kau pulak? Kau tau sendiri lah kenapa kau triggered. Harapnya belakang mak ayah kau, kau tak pernah lah mengkhianati kepercayaan diorang. Aku tau kau perempuan baik.

Lelaki adalah penyebab utama kebanyakan pengkhianatan perempuan kepada amanah ibu ayahnya. Kan?

Sebagai contoh, dating dengan boyfriend masa kat U padahal mak ayah suruh kau belajar (Salah lelaki sebab ajak dan hasut kau dating),

Bagi boyfriend pinjam duit yang mak ayah kau dan PTPTN bagi (Confirm salah lelaki sebab guna teknik scam tertinggi pau duit kau. Pastu tengah bulan call ayah kau mintak lagi duit.. padahal bapak kau kat tempat kerja nak makan lunch pun kadang termiss sebab bajet lari).

Birthday mak ayah kau lupa tapi birthday boyfriend kau bagi hadiah best siap surprise romantic dinner (Salah lelaki sebab lahir pada tarikh yang kau senang nak ingat sedangkan mak ayah kau boleh pulak lahir pada tarikh yang susah nak ingat),

Tengok wayang dengan boyfriend sambil ringan-ringan (Salah lelaki sebab berjaya heret kau ke panggung wayang dan “bius” kau bagi kaku supaya senang dia jalankan kerja ringan tulang dia untuk check ada apa-apa tak kena kat badan kau).

Bagitau mak ayah ada class masa cuti sem padahal check in kat hotel (Ni ultimate kesalahan lelaki sebab boleh paksa kau ikut dia padahal aku percaya kau mesti dah sedaya upaya melawan, menjerit dan meronta untuk tak ikut.

Eh jap kau siap tak nak naik kereta dia pun.Macam mana entah kau boleh end up kat hotel tu). So ringkaskan cerita semuanya salah lelaki. Ye kau hanya mangsa. Dan itu lah mindset yang akan tertanam bergenerasi lepas ni.

“Saya hanyalah mangsa. Jangan judge saya. Mak ayah saya kecewa ke, saya derhaka ke itu perkara kedua. Yang penting saya ialah mangsa”. Keep telling that to yourself.

Aku tau kau tak buat semua tu. Tak perlu terasa lebih-lebih.Tu contoh je.Aku percaya semua perempuan tiada kisah hitam disebabkan kesilapan diri sendiri, tapi semua silap dan tipu daya lelaki. Pandai menyusun ayat manis yang memerangkap.

Kan? Tu yang kau nak dengar. Perempuan hanyalah mangsa.Harap hati kau rasa lega sikit lepas aku iktiraf kau sebagai mangsa.

Dan kalau kau tertanya-tanya macam mana aku tau contoh-contoh kat atas tu, sebelum kau fitnah aku sebarangan, aku nak kau tau betapa naifnya perempuan. Kau ingat boyfriend kau tu tak bercerita apa dia buat dengan kau?

Kalau balik berdating, sampai rumah sewa atau kampus je, first sekali dia dengan bangga akan cerita apa yang dia “dapat” dari kau. Sebab itu lah lelaki. Perempuan ni ibarat trofi. Tambah pulak kalau kau tu cun.

Lagi bangga dia kalau dapat cerita apa aktiviti dan ole-ole dia dapat dari kau. Kau je naif atau lebih tepat lagi b*d*h (Karang datang lah lagi gerombolan mendoakan aku macam-macam sebab guna perkataan b*d*h.

Eh dengar sini. Kalau aku takde dosa kat kau, malah tak bercerita pun tentang kau, tak aniaya kau, malah tak kenal kau, tapi kau yang poyo mudah trigger sendiri, agak-agak layak tak kau doakan aku untuk dapat balasan dari Allah?

Kau fikir sendiri jawapan dia. Sebab kau yang nampaknya tak faham konsep doakan untuk orang ni).

Untuk yang doakan aku dapat jodoh tak baik dan ujian macam-macam, kebanyakan aku perhatikan banyak nye masih gadis-gadis atau bahasa kasar aku panggil budak-budak lah.Macam ni lah dik.Pertama, abang ni dah 10 tahun berjodoh.

Alhamdulillah dah ada 3 cahaya mata. Kedua, kau sibukkan hidup kau je dulu. Doakan untuk diri kau sendiri kan lagi baik.Nak lagi bonus jangan sesekali lupakan doa untuk mak ayah kau.Untuk makcik-makcik dan bini orang, kau sendiri tau lah kenapa kau triggered.

Malas aku nak kupas.Maybe ada lah tu sesuatu yang kau je tau. Malas pulak aku nak basuh sebab dah tua pun bebal. Padahal penulisan aku tu dah clear, guna bahasa mudah and straightforward.

Takpe lah, kau bukan muhrim aku pun. Kenal pun tak. So bukan tanggungjawab aku untuk didik kebebalan kau.Kalau ada sesuatu dalam sejarah silam kau, kau je tau.

Begitu mudah triggered hanya sekadar dengan membaca perkongsian aku yang begitu umum dan tidak ditujukan pada orang yang aku tak kenal.

Duk cakap aku ni judge orang lah, tunggu sesuatu jadi kat anak dan keluarga aku lah, masuk pulak cerita Asiah dan Firaun lah (Adoi kau tu level Asiah ke? Asiah tu tak pandai selfie kat facebook and insta, send whatsapp kat boyfriend gambar tak tutup aurat.

Memalukan lah kau cuba nak samakan level perempuan-perempuan yang aku contohkan ni dengan seorang wanita yang Namanya disebut dalam Al Quran). Malah berulang-ulang aku tekankan tentang kepentingan mendahulukan mak ayah.

Malah aku ulang lagi ni, pandangan aku ni pun cuma berkisarkan circle kehidupan aku. Semuanya pemerhatian aku dalam circle aku. Yang aku kenal dan tahu perangai sekor-sekor. Marah aku guna perkataan perangai celaka?

Abis tu cuba test tengok kalau bapak kau tau apa kau buat dengan boyfriend celaka kau tu. Aku rasa bukan setakat celaka je keluar dari mulut dia. Segala maki hamun dalam kamus silap-silap keluar.

Tak pulak aku menghukum kisah silam orang, berlagak suci dan menentukan kifarah orang lain. Sebut kifarah pun takde dalam posting aku. Sebab sebagai manusia bukan urusan kita kifarah tu.

Tak layak. Aku tengok apa yang di depan mata aku je. Yang aku kenal dan tau macam mana perbuatan dia pada mak ayah dia. Dan bagai nak rak nye dia bercinta. Lelaki biawak perangai buruk, mak ayah larang pun, tak peduli sebab dah gatal nak kahwin.

Instinct mak ayah ni hebat woi. Kena ambik kira bila nak berjodoh. Lepas tu tak lama cerai. Suami rupanya biawak. Kena pukul, takde duit, anak terbiar… mak ayah nasihat dan larang sebelum tu tak dengar.

Agak-agak kau sape yang tanggung beban ni semua? Mak ayah kau jugak…..yang kau derhaka kan tu. Yang kau ketepikan dan dahulukan si boyfriend and husband biawak to be kau tu. Jangan cakap aku judge orang lah.

Dalam page ni je dah cukup banyak confession kegagalan rumah tangga. Cuma tak banyaknye yang jujur berkongsi apa silap diri sendiri. Lepas tu ada pulak yang melalut mintak aku punya fact and figures lah, research based on what ground lah dapat estim4tion 10% tu.

Adoiiii poyo nye la hai kau. Ok kepada adik-adik, kau jaga lah mak ayah kau. Amanah dan kepercayaan diorang tu harga dia mahal. Jauh lagi perjalanan hidup kau dik. Tugas kau mudah. Belajar, belajar dan abiskan belajar. Tu harapan mak ayah kau.

Bila dah grad, baru kau lampiaskan dan luahkan kegatalan kau dengan bagitau mak ayah yang kau nak berjodoh. Mudah tak?Aku ingatkan supaya jangan jadi b*d*h dan percaya dengan janji cinta lelaki.

Aku berkongsi pandangan aku ni sebab aku ni ada anak perempuan, ada adik perempuan yang masih belum berkahwin, malah ramai adik-adik sepupu perempuan

.So pendekkan cerita, nak bagitau betapa aku ni tau apa yang aku tulis. Takde masa nak sembang kencang. Tak bagi keuntungan pun kat aku.

Apatah lagi nak cerita pasal kau. Tapi kau tu je gigih siap buat fake account nak komen hentam. Terasa? Aku ni berkongsi dengan harapan, kau ambik iktibar sebelum terlambat dan stop jadi b*d*h.

Dan bagi yang dah terjebak, kau tolonglah stop playing victim, tapi bangkit, kembali pada Allah dan banyakkan masa kau dengan mak ayah kau.

Carik balik barakah yang hilang dari hidup kau, buat hidup kau huru hara dengan kembali mensantuni dan berbakti pada mak ayah. InsyaaAllah kau jumpa kebahagian. Boyfriend kau dulu kau boleh call hari-hari. Mak ayah kau takkan tak boleh? Ke tunggu diorang je call kau?

Zina ni menarik bala. Mengundang kesusahan. Macam-macam kesusahan dan penyesalan yang terpaksa lalui. Perjalanan yang pastinya menginsafkan bagi yang sedar.

Ujian datang macam-macam. Sama-sama kita beringat muhasabah diri dan post mortem kesilapan silam kita. Yang pasti, bukan dengan hanya sekadar menghalalkan perhubungan dah settle.

Kau ingat perbuatan jahat kau free? Kau mungkin boleh sugar coating nak sedapkan hati kau dengan cakap “Siapa confessor ni nak tentukan dosa pahala orang?” “Lupa ke bro jodoh tu rahsia Allah”….

Takde langsung aku mempertikaikan jodoh Allah. Cuma aku mengajak, instead kau salahkan takdir Allah, apa kata kau salahkan diri kau dulu. Amacam? Kau marah baca posting aku? Kisah pulak aku. Kau actually marah kat Ex kau.

So cukuplah sharing aku kali ni. Berhenti lah jadi hipokrit. Belajar accept kelemahan diri sendiri. Sebab dalam hati kau…. Jauh nun kat sudut terpencil kat hati kau. Kau tau apa aku cakap ni betul. Kan?

So cukuplah posting kedua ni. Takde dah yang ketiga. Taknak buat bini aku susah hati pulak nanti. Aku doakan korang semua temui bahagia yang sebentar kat dunia ni. Maka buatlah yang terbaik pada diri, tanggungan dan mak ayah kita. Tak lama pun, esok lusa peluang tu maybe dah takde.

– Lelaki Anti Biawak Yang Suka Buat Korang Trigger (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Setuju snagt..semoga wanted anak2 dara diluar sana dulukan mak ayah,pelajaran dan Utamakan Allah. Then jodoh akan dapat yg baik2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *