Suami dan Mertua Dari Syurga

Assalamualaikum semua pembaca iiumc. Thanks to admin kalau kisah aku disiarkan. Aku Mawar, berumur 30 tahun, sudah berkahwin, namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Mohon semoga semua doakan aku ye supaya aku dikurniakan anak. Amin.

Aku selalu dengar keluhan dari kawan-kawan aku mengenai perangai mertua masing-masing;

Ada yang kata cerewet, ada yang kata suka control hidup anak menantu, sampaikan ada segelintir kawan aku yang takut berkahwin hanya sebab kisah-kisah begini. Itu tak termasuk masalah rumahtangga disebabkan perangai pasangan.

Aku nak cerita pasal suami dan keluarga mertua aku yang bagi aku, mereka adalah anugerah terindah dalam hidup aku. Masa aku still bujang, aku pernah lah planned nak kahwin dengan pilihan hati aku masa tu, tapi takdir kitorang bukan untuk jadi suami isteri.

Ada je masalah aku dan ex bf aku. Ada yang curang (cari gf lain dalam masa merancang utk bertunang dengan aku), ada pulak hilang tanpa khabar berita. Jadi, masa aku patah hati, aku nekad untuk fokuskan diri dalam kerjaya aku, masa tu lah aku berkenalan dengan suami aku.

Perkenalan kami diatur oleh kawan sekerja aku. Kebetulan, suami aku single dan aku pun single. Jadi, kawan aku pun main peranan sebagai orang tengah kenalkan kami. Kami bekerja di sektor berlainan. Aku ni seorang yang introvert, tapi suami aku sangat pandai dalam memulakan perbualan.

Jarak umur kami dalam 5 tahun, plus dgn pekerjaan suami aku, buatkan dia tak kekok untuk borak dengan orang baru. Pada mula perkenalan kami, aku hanya menganggap suami aku sebagai kawan, dan tak pernah terlintas di fikiran aku yang dia akan menjadi seseorang yang sangat istimewa dalam hidup aku.

Btw, suami aku keturunan bukan melayu, jadi lagi lah aku tak menaruh harapan untuk serious dengan dia.

Lepas few months berkenalan, suami aku meluahkan perasaan dia untuk pergi ke hubungan yang lebih serious. Masa tu, aku masih 50/50 untuk terima dia atau tak. Masa tu self esteem aku sangat rendah disebabkan pengalaman buruk aku dgn ex aku, jadi aku rasa tak layak untuk suami aku. Namun, suami aku tak pernah putus asa.

Setelah mengenali hati budi dengan lebih mendalam, aku mula sayangkan dia dan dia nekad untuk inform dekat family dia mengenai hubungan kami.

Pada mulanya, parents suami aku tak setuju disebabkan budaya. Oh ya, suami aku ni bukan melayu. Ayah dia ada business di malaysia, thats why dia tinggal di malaysia. Disebabkan berlainan bangsa, jadi cara hidup dan budaya sangat lain.

Kalau boleh, parents dia nak suami aku kahwin dengan perempuan yang sama bangsa dengan dia. Dari situ aku tengok usaha suami aku, dia berbincang dengan keluarga dia dan memberitahu yang interracial marriage ni bukan semuanya buruk, aku boleh belajar budaya mereka.

Akhirnya, keluarga suami aku setuju untuk menerima aku.

Bagi pihak keluarga aku, mereka tidak keberatan kerana bagi mereka, bangsa bukanlah kayu pengukur tapi keperibadian seseorang yang penting. Kami disatukan setelah setahun mengikat tali pertunangan.

Before akad nikah tu, Tuhan saja yang tahu betapa risaunya aku fikirkan macam mana kehidupan aku selepas berkahwin. Ye lah, lain bangsa (tapi keluarga suami aku muslim).

Setelah bernikah, aku tinggal bersama mertua aku sebab aku nak belajar budaya mereka. Oh ya. Walaupun mertua aku tinggal di Malaysia, tapi mereka masih mengamalkan budaya dan adab resam bangsa dia. Sebab keluarga suami aku tak ada yang berkahwin dengan melayu. Kira kitorang ni special case lah.

Aku sendiri berazam nak jadi menantu yang baik untuk mertua aku, nak buktikan yang berlainan bangsa ni bukanlah bermaksud aku tak boleh ‘masuk’ dengan keluarga dia.

Alhamdulillah, Allah dengar dan makbulkan semua doa-doa aku. Mertua aku sangat baik. Ayah mertua aku walaupun sangat memilih bab makan, tapi dia tak pernah kritik masakan aku.

Semasa aku tinggal dengan in laws, aku belajar masak makanan diorang. Ummi dan abah (parents in law) selalu memuji masakan aku. Walaupun aku masak tidak sesedap ummi, namun mereka gembira kerana aku sudi belajar cara masakan dan budaya mereka.

Dalam masa yang sama, aku ada juga masak makanan melayu, mereka sangat suka especially suami aku (dia paling fav masak asam pedas ikan pari). Adik beradik ipar aku juga sangat supportive.

Disebabkan aku still bekerja, jadi tugas mengurus rumah diberi sama rata antara ummi, aku dan adik beradik ipar. Contoh, aku tolong sapu sampah, adik tolong mop lantai, ummi tolong basuh baju, kakak tolong potong bahan masakan. Ummi suka masak beramai ramai.

Jadi, memang semua perempuan akan masak bersama di dapur. Jadi, kami boleh selesaikan kerja dalam masa yang cepat. Kalau aku pergi kerja, aku akan tolong ummi sediakan sarapan.

Jadi ketika aku kat tempat kerja, adik dan kakak tolong kemas rumah dan memasak untuk lunch. Bila aku balik, semua dah settle; rumah kemas, baju berlipat, tinggal aku letakkan baju dalam almari.

Selepas rehat, baru aku ke dapur tolong mertua dan ipar duai aku untuk masak makan malam. (Kakak ipar aku dah kahwin, rumah dia sebelah dengan rumah mertua aku, plus dia housewife, jadi dia selalu datang rumah mertua aku).

Aku ada abang ipar yang sudah berkahwin, tapi tinggal agak jauh, jadi dia hanya melawat ummi dan abah sesekali. Ini adalah rutin aku setiap hari.

Aku tak rasa terbeban dengan kerja rumah. Aku bersyukur mertua dan ipar duai aku sangat membantu dan tak pernah diorang buli aku walau sikit pun. Ayah mertua aku dan suami aku pula akan sibuk mengemas laman rumah. Abah suka berkebun. Jadi, suami lah yang tolong dia.

Rumah mertua aku ada 6 bilik, 4 bilik digunakan, 1 bilik tetamu dan 1 ruangan solat. Jadi, kami kalau semua berkumpul, akan berjemaah sebab ayah mertua aku sangat titik beratkan hal hal agama ni.

Mertua aku tak nak ada maid, sebab ummi kata dia masih boleh uruskan rumah, jadi tak perlukan 24/7 maid. Cuma setiap hujung minggu, abah akan panggil janitor untuk kemaskan dan cuci rumah sehabis baik.

Setiap malam Jumaat, kami akan berkumpul anak beranak untuk mengaji bersama. Ayah mertua aku baik, tapi sangat tegas kalau hal yang berkaitan agama. Dia takkan pernah miss untuk baca Quran bersama tiap malam Jumaat, dan dia selalu pesan kat kami semua untuk solat awal waktu, selalunya zohor dan asar.

Abah akan solat di masjid, aku dan suami pula bekerja. Jadi, subuh, maghrib dan isya’ saja kami boleh berjemaah.

Aku selalu jugak keluar shopping (ladies day out) dengan ummi dan adik beradik ipar aku.

Walaupun ummi aku ni jenis bukanlah modern type lady yang tahu jenis style terkini atau brand yang ada, tapi dia suka ikut kami adik beradik, dia suka luangkan masa dengan kami dan ummi tak pernah lah nak halang kami jangan beli itu, jangan makan ini.

Dia ikutkan saja. Jadi, banyak yang aku ajar dan bagi ummi rasa. Contohnya, aku rancang family day suami aku pergi bercuti di terengganu. Tu lah first time ummi try serunding dan nasi dagang. Aku hadiahkan ummi baju batik terengganu dan ummi sangat happy.

Jadi, doa aku yang aku tidak pernah lupa sebelum aku berkahwin dimakbulkan Allah, alhamdulillah. Setelah 5-6 bulan tinggal bersama, suami aku membuat keputusan untuk pindah ke rumah kami untuk kami belajar berdikari.

Masa hari pindah tu, aku sedih nak tinggalkan ummi dan abah serta ipar duai aku. Jadi, bermulalah kehidupan aku bersama suami berdua dalam rumah baru kami.

Lagi sekali, suami aku adalah anugerah terindah untuk aku. Dia sangat penyayang dan memahami. Aku ni anak bongsu, plus dekat rumah mertua, ramai yang membantu aku dalam uruskan rumah, jadi ketika kami pindah masuk rumah baru, aku melalui fasa hidup yang lain.

Masa hari pertama kami pindah, aku risau fikirkan kehidupan aku; aku kena urus rumah, pergi kerja, memasak etc. Allah Maha Mendengar, syukur padaMu. Allah anugerahkan aku dengan suami yang ringan tulang.

Disebabkan kami berdua bekerja, jadi kerja-kerja rumah dilakukan bersama-sama. Contoh, aku memasak, suami aku akan ambik tugas membasuh dan mengemas.

After dinner & isya’, kami akan meluangkan masa menonton movie pilihan, dan kami akan meluangkan masa at least 20 min untuk berborak berkongsi apa yang berlaku dalam hari-hari kami sebelum tidur.

Setiap pagi, aku akan sediakan sarapan untuk suami aku (sarapan dia simple je). Suami aku tak suka bihun goreng ke nasi lemak sbb dia kata too heavy untuk dia. Tiap hari sabtu, aku akan basuh baju dan lipat, suami aku akan iron baju kerja kami.

See, tak susah pun kalau ada tolak ansur dalam rumah tangga. Ahad adalah masa untuk kami enjoy, jadi semenjak PKP ni, kami jarang keluar, kami akan cuba resepi baru.

Before PKP jadi, ahad adalah masa untuk kami melawat keluarga. Jadi bergilir lah, minggu pertama di rumah ummi dan abah, minggu kedua rumah parents aku pulak. Minggu ketiga adalah untuk kami berdua (keluar dating). Minggu keempat masa untuk aku berjumpa kawan-kawan untuk catch up session.

Namun, jauh disudut hati aku, aku masih merasa sunyi sebab masih belum dikurniakan cahaya mata. Keluarga aku dan mertua aku tak pernah bangkitkan isu anak, adalah makcik pakcik yang tanya tapi kami tak ambil peduli sangat ayat ayat sinis mereka.

Aku berdoa, semoga aku diberikan kesempatan untuk menjadi seorang ibu. Mohon doakan aku ye.

Confession aku ni bukan untuk nak menunjuk, aku cuma nak berkongsi yang walau dunia ni ramai yang buat perangai, tapi masih ada orang yang baik. Jangan pernah putus asa berdoa dan minta yang terbaik dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Aku tak pernah sangka yang aku akan berkahwin dengan orang yang bukan sebangsa dengan aku dan aku akan bahagia begini. Terima kasih untuk suami dan keluarga mertua aku sebab sangat memahami aku, sabar dalam mendidik aku. Banyak benda yang aku belajar dari keluarga mertua aku.

Benarlah aku di didik oleh parents aku dengan acuan yang lain, tapi bagi aku, kalau benda tu adalah benda baik, apa salahnya kalau aku belajar untuk perbaiki diri aku. Sama juga dengan suami aku.

Dia juga belajar budaya dan cara hidup melayu. Dia fasih berbahasa melayu sebab memang lahir dan dibesarkan di Malaysia, cuma budaya dan jenis makanan memang masih baru untuk dia.

Alhamdulillah, suami aku suka mencuba benda baru. Aku masih ingat first time aku ajar dia makan tapai & durian. Expression dia masa dia makan, sampai sekarang buat aku gelak.

Hubungan keluarga aku dan keluarga suami aku juga baik. Masing-masing masih belajar mengenai budaya yang lain.

Ada masa kami akan keluar makan bersama. Adik beradik aku dan adik beradik ipar aku juga makin rapat. Alhamdulillah. Abah dan papa (ayah aku) juga sering berhubung, tambahan pula kedua mereka ada perniagaan sendiri.

Business abah dan papa aku biasa je. Bukan level megah holding lagi. Jadi setiap kali jumpa, banyak yang diborak. Ummi dan mummy juga bagaikan rakan baik. Selalu kalau berjumpa, ada je plan mereka nak masak bersama.

Aku tak kata perkahwinan aku perfect. Ada juga pasang surut. Ada masa aku marah dan sedih tapi itu hanya disebabkan hal kecik. Selalunya benda remeh, biasalah asam garam berkeluarga.

Semoga kebahagiaan yang aku kecapi berkekalan sehingga akhir nafasku. Dan aku doakan semoga semua insan di dunia ni memperoleh kebahagiaan.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit