Pekerja Kerajaan dan Hutang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pekerja-kerajaan-dan-hutang/).

Assalamualaikum, hai… Saya adalah confessor untuk post Pekerja Kerajaan dan Hutang…. Kali ini saya ingin berkongsi perihal duit juga.. sambungan daripada post yang lalu.

Saya baca setiap komen-komen anda dan terima kasih kerana menerima buah fikiran saya. Saya percaya yang bersetuju dengan pendapat saya itu, orang -orang yang pandai juga urus kewangan. Rata-rata saya menerima komen yang positif, alhamdulillah dan terima kasih.

Saya ada juga terbaca komen yang mengatakan dia berjaya dengan bantuan penjamin, Di sini, saya ucapkan tahniah kepada anda, kerana anda orang yang tahu kedudukan diri, tahu mengenang budi.

Sebenarnya pembaca sekalian, saya berada di mana kedudukan saya sekarang juga adalah atas ihsan adik beradik saya juga. Bukanlah maksud post saya yang lalu, kita langsung tak boleh menolong orang lain tapi berpada-pada, selidik terlebih dahulu.

Saya juga pernah (dan masih ) buat loan untuk orang lain ye. Tetapi, kenapa saya mengatakan TIDAK pada peminjam dalam post yang lepas? Kenapa post kali ini macam goyah pula pendiriannya. Hehehe…ok mari kita pertimbangkan isu ini.

Situasi 1 :

Saya ada loan kereta untuk saudara terdekat saya yang saya namakan A. Kenapa saya sanggup buat loan untuk dia?

Ok begini… Ketika saya mula bekerja dan hanya memiliki kereta, komitmen saya belum besar lagi. Pada masa itu, A baru tamat belajar ipta dengan keputusan yang cemerlang.

A ni seorang yang pandai dan baik. Ibunya jatuh sakit sebaik sahaja A tamat pengajian dan A sudah tiada bapa.

Tak lama selepas itu, ibunya meninggal dunia. Dan tinggallah A dengan kakaknya. Selepas itu, A mula mencari kerja, tak kisah kerja mengikut kelulusan atau kerja-kerja kosong yang ada.

Memandangkan A tinggal di bandar, maka kebanyakan kerja memerlukan A memiliki kenderaan. A boleh memandu tetapi tidak menunggang.

Saya berbincang dengan adik beradik saya (yang sekepala dengan saya saja.. hahaha) untuk membantu A membeli kereta dan mereka setuju. Maka, saya pun mengeluarkan deposit sebanyak 6k dan bermulalah loan dalam slip gaji saya selama 7 tahun.

Kereta kecil saja dengan installment yang rendah. Ini dinamakan keperluan ye. bukan kehendak. Kini, sudah 6 tahun berlalu. Adakah saya membuat keputusan yang silap? Alhamdulillah, saya ikhlas bantu A.

Tuan puan, selama 6 tahun saya potong gaji untuk kereta A, tidak pernah sekalipun atau sebulan pun, A culas membayar hutang. Jangan katakan tangguh, terlewat bayar pun TIDAK pernah. oh lupa pula, selepas A memiliki kereta, dia berusaha keras mencari kerja dan alhamdulillah, sekarang A telah bekerja dengan gaji yang boleh dikatakan tinggi juga. Rezeki dia sebab dia orang yang baik. A ni banyak cara hidupnya seperti saya. Dia serba sederhana, tahu apa itu kehendak dan keperluan.

Malahan, ketika PKP baru-baru ini saya offer A untuk tidak membayar hutangnya selama 6 bulan kerana dalam payslip saya, saya menerima moratarium . Tambahan pula, gaji A cuma basic saja. Saya bimbang dia memerlukan duit untuk survive di bandar. Tetapi dia menolak dan tetap membayar kereta itu seperti biasa.(Jadi dia akan habis membayar pada saya awal 6 bulan daripada installment saya dengan bank).

Saya bukan kedekut sangat ye dan langsung tidak mahu menolong orang. A benar-benar memerlukan. A ni saya kenal keperibadiannya, seorang yang pemurah, baik, tidak mungkir janji, jujur dan boleh dipercayai. Sebab itu, saya sanggup bantu dia.

Situasi 2 :

Sebelum saya kahwin, saya mempunyai simpanan yang banyak. Alhamdulillah. Datanglah seorang saudara terdekat juga, mahu meminjam saya sebanyak 5k. Dia mahu memulakan perniagaan.

Dia orang yang susah, tiada pekerjaan, ada 4 orang anak yang sedang bersekolah. Janjinya, sebulan dia akan langsaikan 5k itu. Saya tanpa banyak bicara mengeluarkan 5k dan memberi hutang kepadanya.

Tepat sebulan, dia memasukkan 5k itu ke dalam akaun saya kembali. Perniagaannya memang mendapat sambutan ketika itu.

Beberapa bulan kemudian, dia sekali lagi mohon pinjam 3k untuk dengan janji yang sama. Rekodnya baik, jadi saya hulurkan juga 3k. Benar, sebulan selepas itu dia kembalikan 3k saya.

Kenapa post kali ini, saya berani pula ya bagi pinjam. Yaa.. saya kaji dan selidik. Jika benar-benar memerlukan, apa salahnya kita bantu setakat yang ada.

Rezeki kita ni bukan semua milik kita, ada juga Allah rezekikan untuk kita membantu orang lain tapi sekali lagi saya ingatkan, berpada-padalah.

Jika saudara saya ini tidak memenuhi janjinya, pembaca rasa saya akan pinjamkan buat kali kedua? sudah tentu TIDAK.

Dan saya berani untuk kedua-dua situasi ini kerana saudara-saudara saya ini kenal benar sikap tegas dan keras kepala saya.So jangan buat hal dengan tak bayar hutang ye, hahaha..

Pembaca boleh nilai, timbang dan bandingkan situasi-situasi dalam kedua-dua post saya. Bukan bermakna saya tiada pendirian. Tetapi setiap tindakan saya, ada sebab yang kukuh, saya sendiri dahulu ada penjamin ketika belajar.

Jika tidak, saya mungkin tidak sampai menjadi pegawai kerajaan seperti sekarang.

Sebaik tamat belajar, seperti A tadi, saya berusaha keras mencari kerja. Saya pernah bekerja sebagai pembantu kedai hanya gaji RM450 sebulan.

Saya simpan duit sikit-sikit dan bayar pinjaman saya. Target saya ketika itu, saya tidak mahu sampai penjamin saya menerima surat apa-apa dari ptptn.

Sebutlah iklan apa sahaja saya akan cuba minta. Saya pernah pergi ke sebuah negeri lain semata-mata ingin menduduki peperiksaan untuk calon pekerja.

Sanggup saya bersusah payah demi pekerjaan yang lebih baik. Terpaksa beranikan diri walaupan saya seorang yang sangat penakut dengan tempat asing.

Setahun lebih saya kerja dengan gaji rm450, alhamdulillah, Allah lorongkan rezeki untuk kerja yang sekarang. Sebab tu saya bukan senang nak bagi pinjam buat loan untuk orang. Sebab saya telah mengalami kesusahan terlebih dahulu, barulah senang sekarang.

Ada juga komen mengingatkan jangan lupa bersedekah. Alhamdulillah, terima kasih tuan puan mengingatkan sesama kita.

Betul, saya nyatakan pada post hari tu saya menyimpan sampai beribu untuk betulkan rumah buruk saya ni… hahaha… yelah saya cakap pada suami saya tak nak aniaya tukang rumah dengan berhutang (tukang rumah saya tu ada juga cerita ada orang berhutang dengan dia).

Kalau saya ada duit baru saya betulkan. Dalam pada menyimpan untuk baiki rumah, saya selalu cakap pada suami, saya akan stanby simpanan saya ni untuk adik beradik saya juga.

Untuk pengetahuan pembaca, saya ada ramai adik beradik, telah tiada ibu dan bapa, dan adik beradik saya ramai yang susah. Saya ni pun menumpang rezeki anak-anak saya sahaja dan Allah rezekikan lebih untuk saya.

Jadi jika ada adik beradik saya yang kesempitan, saya akan mnyumbangkan semampu saya. Tak kisahlah untuk perbelanjaan buka sekolah, untuk yang terputus duit belanja, untuk yang kecemasan kereta rosak. Ini bukan hutang ye.Ini sumbangan.

Suami saya juga ajar saya, jika membeli dengan penghantar makanan, bagi kan sedikit tips. Mereka cari rezeki susah payah. Jika membeli dengan pakcik makcik lebihkan sedikit bayaran. Walaupun sedikit sebenarnya mereka gembira.

Dan saya tengok suami saya akan sedekah pada orang yang jaga parking, di pasar malam atau di surau. Oklah, saya tiru dia tapi saya sedekah lah dengan cara saya. Hahaha..

Ada juga yang komen, saya kedekut, xnak lah mention nama awak kt sini.. sampai hati sis cakap saya kedekut… hahaha gurau jeee… sis…

Post yang lepas tu bukan saya cerita terperinci pun aliran dan perbelanjaan wang saya. Kalau nak begitu, baik saya bentangkan lajer.. Memang betul, bunyinya saya ni macam kedekut sangat je.. macam tak enjoy dengan life…

TIDAAKKKKK…. kan saya cakap, saya ni perempuan yang bernafsu… hahaha…. memang saya tak bercuti setiap bulan. Tetapi sepanjang 6 tahun berkahwin, setiap hujung tahun saya akan bercuti luar dari negeri saya tinggal ni bersama suami dan anak2.

Adakala saya bawa bersama adik beradik saya, adakala kami sekeluarga sahaja.

Adakala saya join percutian adik beradik saya, adakala saya join percutian sebelah mertua saya. Mertua saya kalau ajak pergi mana2 bukannya dia call anak dia, tapi dia akan call saya.

Anda ingat saya akan menolak??? mestilah saya nak ikut.. KECUALI ketika saya mengandung… memang saya tak ikut berjalan jauh.

Dan nak bercuti ni pun, kene fikir kewangan tau. Setiap kali saya berjalan jauh dan bermalam, saya perlu kira perbelanjaan, bukan detail sangat pun, secara kasar sahaja.

Saya akan pastikan cukup makan minum ketika bercuti, cukup untuk membeli sedikit buah tangan untuk mertua atau kawan, dan sekembalinya dari bercuti, pastikan awak tak makan megi ye….

Saya tak intai life orang sis…tapi sis xsakit hati ke kalau peminjam cerita, bulan lepas beli barang rumah (perabot), minggu lepas sambut birthday anak, tiba-tiba bulan ni minta tangguh bayar hutang….

Betul komen-komen yang lain, belanja ikut kemampuan. Perlu ke sambut birthday anak tapi ada hutang tak bayar??

Nak tahu lagi cara saya enjoy life saya? Saya mungkin bukan orang yang suka membeli barang tapi saya suka makan. Alhamdulillah, Allah sentiasa cukupkan rezeki saya untuk makan mewah2..

Anak saya kecil2 lagi tak pandai minta2… habis mahal pun makan mcd, pizza yang dia pandai minta lah..

Kalau saya tiada simpanan, boleh ke saya melayan permintaan anak saya di hujung bulan. Mereka pandai minta aje… bukan dia kira hujung bulan ke awal bulan… Jadi kenalah ada simpanan.

Saya mungkin tak suka membeli keperluan saya sendiri sebab dah terbiasa sederhana, tapi setiap anak saya ada rezeki mereka.

Anak sulung saya, pernah ditegur oleh kakak saya sendiri, tak pernah nampak ulang pakai baju yang sama ketika itu kami beraya di kampung selama seminggu. Itu rezeki dia.

Anak kedua saya ada alahan dengan susu lembu dan perlu minum susu agak mahal sikit. Itu rezeki dia.

Dan saya juga ada bad side saya.. hahaha… yelah dah nama pun perempuan kan…

Selain saya suka makan tak kira awal bulan atau hujung bulan, saya ada satu ‘penyakit’ yang mana kalau saya stress saya akan beli barang tanpa pikir panjang. Mujur juga hal ini jarang sangat berlaku, dan makin berkurang selepas kahwin.

Saya pernah beli jam harganya ratus-ratus juga (mahal la kot bagi saya yang sederhana ni) ketika hujung bulan dan balik dari kerja yang sangat stress. Itu cara saya dan kebetulan memang saya nak ganti jam yang sedang saya pakai.

Saya pernah beli rantai emas ketika hujung bulan, sebab masa tu saya berkenan sangat2 (dan ofkos la ketika tu saya sedang stress).

Gembiranya hati alahai… hahaha.. kalau saya takde simpanan, boleh ke saya layan kegilaan saya ni?mestilah tak boleh kan. Cuma selepas kahwin, insaf dah, maka kalau stress saya cuma ajak suami keluar pusing-pusing bandar cari makan ikut tekak.

Sebenarnya banyak lagi saya nak kupas tapi meleret pula nanti, yang penting belanja ikut kemampuan, jangan smpai berhutang semata-mata nak lifestyle macam orang lain.

– Mawar Berduri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *