Assalamualaikum
Anda ingin kurangkan berat badan dan sihat tanpa perlu memakan pil, diet dan apa2 ubat-ubatan mengarut dan menghabiskan wang ? Mari aku kongsikan pengalaman aku.
Pada waktu pagi tadi aku telah memakan 2 biji burger iaitu 2 double Mushroom melt Wendys. Apabila waktu makan tengahari aku pun turun ke gym lantas menimbang berat badan dan telah naik sebanyak satu kilo iaitu 71kg.
Aku pun seperti biasa berlari di atas threadmill gym tersebut dan mengaktifkan aura halilintar. Kelajuan threadmill itu adalah 13 km/jam. Setelah 25 minit berlari, aku pun menambah kelajuan threadmill tersebut kepada 18 km/jam.Memang sangat laju, sehingga threadmill itu bergegar dan semua orang memandang aku.
Aku cuba bertahan memecut untuk jangka masa 10 minit pada kelajuan 18 km/jam. Pada waktu itu aku dapat rasakan degupan jantung aku meningkat sehingga 170 degupan seminit seperti yg tertulis di threadmill. Pada saat genting itu aku pun memejamkan mata dan cuba menenangkan fikiran. Aku membayangkan wajah wanita yg aku sukai dan dia berlari dengan senyuman di sebelah aku. Aku teruskan berlari sehingga peluh mengalir membasahi segalanya.
Apabila aku membuka mata matlamat aku tercapai iaitu berlari pada kelajuan 18km/jam dalam masa 10 minit. Jantung aku umpama hendak pecah rasanya dan otot2 terasa amat sakit.
Aku pun memperlahankan kelajuan dan 5 minit kemudian berhenti berehat dan meneruskan aktiviti gym yg lain.
Apabila aku timbang berat badan semula telah menjadi 68 kg. Bermakna aku hilang 3 kg cuma dalam masa 1 jam. Dan kini aku sedar, manusia boleh melepasi dinding yg tidak pernah mereka lepasi dengan perasaan cinta. Manusia mampu menjadi luar biasa dengan perasaan cinta, misalnya para sahabat yg telah menang perang Badar 300 melawan 1000 kerana cinta mereka pada Allah dan Rasul. Oleh itu aku menamakan aura halilintar ini sebagai halilintar kasih sayang :-)
Sesiapa yg ingin mengikuti kursus menguruskan badan dan belajar hikmat ini bolehla datang bertemu aku dan kosnya percuma. Anda hanya perlu ada kesungguhan dan kasih sayang…Itu saja…hehehe
– Encik Megat