Tips Graduan Engineering Capai Gaji RM10,000 Pada Usia 35

Salam semua. Harini Kakak nak spend my weekend, luangkan masa bersembang dengan adik2 Engineer-boleh?

Lebih setahun dah Kakak nampak viral merata disosial media tentang keluhan adik2 engineer yang struggle untuk mendapatkan gaji yang memungkinkan kehidupan selesa.

Yela, bukan semua orang physically fit untuk meniaga tepi jalan OR Cekap bawa motor untuk buat Food Delivery demi menggapai gaji 5 ribu kan?

Dan bukan semua kreatif buat content youtube/tiktok; yang buat online business sekarang pun dah ramai sangat. Disebabkan itu,

Kakak faham yang masih ramai Graduan Kejuruteraan yang ber impian untuk bekerja di company mutinasional or public listed, bekerja dalam dunia corporate bersama golongan bijak pandai, professional etc.

Oklah, Firstly perlu diingatkan: Tips ini tidak 100% bersandarkan pada perjalanan career Kakak ya!

Kakak tak nak POYO meletakkan diri sebagai benchmark (Jadi Manager umur 35, dengan Gaji 15 ribu), sebab apa yang Kakak dapat mungkin rezeki MakAyah & adik OKU.

So yang Kakak nak cerita ni, adalah apa yang Kakak rasa semua orang boleh achieve- OK?

Sedikit tentang background/situasi semasa akak Graduate dari IPTA, 13 Tahun lepas;

Kakak ni student biasa2 je… Engineering Degree pun Pointer 3.2 je… Memang BUKAN budak bijak la.

Membesar di bandar, dalam kalangan keluarga “Miskin Bandar”

Kakak anak sulung, atas rasa bertanggungjawab untuk beri kehidupan lebih selesa pada 5 adik2, lepas grad je Kakak memang menggelupur nak cari pekerjaan yg boleh offer gaji tertinggi untuk lepasan Degree

Zaman tu, gaji Fresh Grad paling tinggi RM4,500: Of course la cuma company macam Shell, Exxon camtu boleh offer. Kakak yang student cukup2 makan ni, jangan haraplah!

Berpuluh kali submit CV pun tak pernah dapat call for an interview. Takpelah, Kakak sedar tidak dikurniakan IQ tinggi, so kakak buat strategy lain;

1) Kakak create stepping stone untuk menuju ke MNC yang bergaji masyuk tu: Kakak research profile pekerja2 yang diambil bekerja disini, yang BUKAN dari Fresh Grad: Where, and How do they start? Dan kakak keep it “Open”: Takdela restrict research tu pada position2 teknikal je.

Sebab Goal Kakak masa tu, nak gaji tertinggi yang mampu kakak gapai. Technical Ladder ni, banyak pula melibatkan offshore assignments + training and certifications yang diluar kemampuan IQ & Physical kakak

2) Disitu kakak jumpa Profile of their previous experience macam “Contract/Category Specialist”, “Data Analyst”, Buyer, Procurement, Tender/Proposal, Supply Chain Management etc Kakak tak tahu apa benda pekerjaan ni semua… so akak study lagi…

Lepas tu Kakak faham la sikit2, & kakak ada approach beberapa orang yang Kakak dapat google (sekarang ni dah lebih mudah sebab ada LinkedIn).

Tetiba kakak rasa macam “Eh…scope kerja camni rasanya macam aku boleh buat. Bukan Technical Bukan Engineer sangat, tapi menarik sebab ladder Engineering Graduate yang join bidang ni agak laju naik”

3) NEXT- Kakak apply “Executive Trainee/Program Lepasan Graduate” yang kakak fikir can be a good reference menuju ke High Paid Company tadi.

Korang pun boleh cuba tengok profile pekerja2 Petronas etc kt LinkedIn tu, tengokla their first 3 years tu start di company mana?

Then korang search company tu, ada tak vacant for Fresh Grad OR Executive Trainee Program etc. Normally Elaun Bersih RM 1,900/Month je… tapi jangan mengamuk pula tengok gaji tu dik…

Nama pun “Bekerja sambil Belajar”- Kakak dok dalam program ni 5 bulan je, pastu dapat dah gaji yang diidamkan. So Ingat: its a STEPPING STONE

4) Diterima masuk “Executive Trainee Program” ni pun dah buat kakak rasa sangat2 excited….

Mungkin sebab background family Kakak yang takde orang educated, then suddenly surrounded by all these smart and professional people: so kakak memang gunakan sebaik mungkin.

Segala Free Training, Engagements, Mentoring/knowledge sharing session bagai semua kakak sapu untuk dapatkan the maximum exposure, knowledge and networking where possible.

Kadang sampai terpaksa siapkan keje hari sabtu sebab nak spare time for those things: nak satisfy my Curiosity of company structure, the segmentation/apa fungsi dan objective setiap department, process flow etc.

Biasalah Trainee ni selalu kena tolong benda2 clerical kan… walaupun disuruh benda simple macam consolidate report/engineering drawings etc, Kakak akan pantas tengok documents2 tu dan rajin bertanya. Self-Initiative memang sangatlah penting ya adik2

5) Selepas 4 bulan di Training Program, Kakak rasa dah ada sedikit keyakinan & knowledge so Kakak mula apply kerja yang related to Point #1 tu. But still sangat susah untuk masuk, panggilan interview pun tak dapat.

Jadi Kakak teruskan perjalanan in another “Stepping Stone” company, kali ni Gaji dah Tick the Box = Alhamdulillah hampir 4k/month, BUT, 6 months contract je offered.

Alah, kakak masih dok rumah mak ayah…. Loan PTPTN je pn ada… tak berani beli kereta & apply kredit card lagi. OK lah 6 bulan kontrak pun

Alhamdulillah… kontrak 6 bulan tu bersambung hingga hampir 3 tahun lamanya. Tahun ke 3, Kakak dapat offer Permanent, tapi Kakak reject sebab dah dapat offer company lain.

Kakak nak kawin time ni, so kakak perlu gaji 6 ribu pula…. maka wajiblah melompat company kalau kita mengharap kenaikan lebih 2 ribu (unless if company tu adopt policy yang membenarkan majikan counter offer lah)

So begitulah adat bekerja di kebanyakan company swasta ni, KESETIAAN tidak dibayar dik, if nak gaji naik lebih 2 ribu selalunya memang kena berani tukar company- Tapi melompat ni Bagus juga untuk mantapkan Portfolio & Market Value anda.

Dah penat, umur menghampiri 40 nanti, bolehla settle down setia dimana anda berada… sebab pengalaman dah cukup, gaji pun dah berbaloi kan.

Itu sajalah yang sempat kakak coretkan. Harap sedikit sebanyak mampu suntik semangat untuk adik2 Engineering Graduates. Semoga Kekal dengan semangat dan attitude yang positive ya, all the best!

– Kakak Engineer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *