Tips hilangkan panas baran

Aku nak berkongsi sedikit tips macam mana nak kawal mulut,kawal kaki tangan kita dan hati daripada bertindak disebabkan amarah.
Aku dulu mulut memang longkang,kalau gaduh dgn kakak sampai menangis org tu, gaduh dengan abg mmg mintak penyepakla cara aku. kalau cari barang sikit2 da mencarut, dah maki2, campak barang. Boleh kata ego, keras kepala dan tak tahu nak ckp. Nauzubillah….
Tapi, aku sedar satu benda.lepas aku marah aku hanya memalukan diri sendiri,tak dapat ketenangan dan makin susah nak dgr pendapat orang lain.
Sini aku kongsikan perkara yang aku amalkan dan Alhamdulillah berkesan,

Langkah pertama, jaga solat..jaga solat..jaga solat.. Perkara nilah yang membentuk diri kita sendiri.aku ulang banyak kali sebab tersangat penting.

Langkah kedua yang aku buat,
Aku belajar ucap minta maaf dulu walaupun aku tahu aku betul. Sebab apa, aku percaya Mengalah tak bermakna kita kalah.kesannya aku rasa lega dan yang peliknya, aku dapat rasa satu kemenangan yang hebat buat aku.

Langkah ketiga, bila darah start nak mendidih, banyakkan berzikir dan bayangkan effect selepas kita marah nanti. Tentu bg kesan pada orang lain juga kan. Fikirkan orang lain.

Step keempat, kalau orang ajak berdebat. Gaduh mulut. Aku set je kat fikiran aku.kalau aku menang pun aku dapat apa.dapat duit ke, dapat pahala ke?? . Tah2 dapat dosa..kan

Dari situ aku lansung tak marah2 macam naik hantu dah. Lumrah lah perasaan marah tu kan. Tapi beringat setiap kemarahan yang kita lemparkan tanpa berjaga2 akhirnya akan berakhir dengan memalukan diri sendiri. Sekian.

– Jom sabar

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *