tips jimat kat u – 1:58 AM

tips jimat kat u

emm geram pulak bila baca ad confession pasal gila duit tu..bersyukur la 'adik'..ni sis nak bg tips sikit macam mana sis bertungkus lumus mencari duit & nak survive utk kehidupan kat u.

ok first, yang paling penting sentiasa brsyukur. renungkan ada orang yg lagi susah dari kita. kedua, janganlah berkira sangat terutama dengan family..baru ni, ayah sis minta pinjam duit sebab ada hal penting, sis bagi. bila ayah tanya ada ke duit nak blanja nanti. sis tipu sunat la sikit cakap ada, jangan risau.padahal dalam bank tnggal xsmpai rm50 ( ada dua bulan lagi sebelum cuti sem) sebab pe, sis yakin Allah tu Maha Pemurah. sepanjang sis kat u, xpernah minta duit kat ayah. (mak dah lama meninggal). harapkan duit ptptn dan zakat jela untuk bayar yuran, beli buku & lain2..

lepastu..macam tipu la kan kalau duit ptptn tu cukup. selalunya cukup je, tapi paham sangat budak u ni, dapat duit nak beli henset baru la, melancong la, n shopping xberagak langsung..tapi bukan semua.. ada jugak yang banyak tolong family. macam sis la..macam mana nak cover? ni tips seterusnya.

selalunya mesti org akan cadangkan buat bisnes kan? ok ni pun sis buat..dapat la cover duit makan n beli keperluan yg penting. tapi makan pun jimat2 la juga ye..sis pernah tinggal rm2 je dalam purse. makan je nasi n kangkung (kangkung kan murah..huahua) siap ada baki lg singgit simpan untuk malam n masa tu berdoa sangat ada rezeki lain. Alhamdulillah, Allah kan ada..petang tu ada jualan..setakat ni xpernah lg lah xmakan.

seterusnya, rajin2 kan lah diri tu join program universiti..bukan rugi pun, makanan disediakan. dah jimat..nak rajin lagi, join la program yg dapat elaun, mmg penat, tp seronok..sebab pe? elaun dapat, makan free, dapat sijil, n paling penting pengalaman..nampak x jimat nya kat situ? ni sis mmg btul2 buat tau. so serius mmg jimat sangat. lepastu, aktifkan lah diri jugak join pertandingan2..Alhamdulillah setakat ni sis xpernah xmenang lagi. tips nak menang pertandingan, dapatkan restu mak ayah, n cari org pengalaman macam lctre untuk tnjuk ajar. insyaAllah.

sampai sini jelah..sis bukan nk berlagak, tp ni lah yg sis buat untuk survive..paling penting yakin dengan Allah, n JANGAN berkira dengan mk ayah or adik beradik..ingat pesan sis

– insan biasa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *