Assalamualaikum, saya umur 20-an dan masih belajar.
Saya nak share tips kurus lepas dah terbaca confession sister ‘body shaming’ (https://iiumc.com/body-shaming/).
Saya tak adalah gemuk sangat tapi saya tak pernah gemuk. Bila saya gemuk sikit org sekeliling akan buka mulut dan kata saya ni dah gemuk. Saya obses badan saya sendiri means saya tak boleh tengok badan saya sendiri gemuk setelah itu saya dpt kurus semula.
Tinggi saya 161cm berat 47kg. So saya underweight, sbb sekarang berat normal saya patutnya kena 48kg. Sebelum ni berat saya 56kg.
Saya mengambil keputusan untuk diet.
1. Cut off perlahan lahan junk food, coklat, benda manis manis dan air manis.
2. Makan buah sebelum makan nasi. Makan Sayur dalam menu makan seharian. Contoh saya, makan nasi amik segenggam dan ikan/ayam bakar dan remaining nye ialah sayur. Selalunya nasi mmg takkan habis sbb saya dh kenyang makan protein dan sayur. Saya makan nasi 2x sehari.
3. Pagi saya akan makan buah dalam pkl 7 Tp kawan saya ada juga pesan jgn makan buah pada waktu pagi, tak pasti kenapa dan pkl 10 atau 9 pagi saya akan makan roti. Pukul 12 atau 1 makan nasi. Petang saya akan ratah sayur bayam (most of the day saya akan makan bayam).
Malam saya akan makan nasi semula mcm portion saya ckp td, nasi sengenggam, sayur dan protein ikan/ayam bakar (sebab dkt asrama saya yg ni je ada makanan sihat).
4. Untuk berat saya, saya hanya mampu habiskan 1.5 litre air sehari. So memang susah nak sakit sebab air cukup dalam badan.
Macam sister yg confess tu ambil masa 3 bulan untuk kurus. Saya tak pasti saya ambil masa berapa lama sebab saya hanya timbang berat dari awal sem, dan hujung sem saya timbang berat semula. Awal sem berat 56kg, akhir sem berat 48kg.
Ni saya diet pada 2 tahun lepas. Saya maintain berat saya sehingga sekarang and i’m proud of it! Harapnya lepas kahwin pun saya rajin mcm ni sbb selalunya semangat ni waktu single je kan, hehehehe.
Tolong ye jangan jeles nak mengata saya ni dah kurus pun nak kurus lagi. This is my life, and i wanna share with anyone who need the advice untuk kurus. Thanks semua kerana sudi membaca.
– It’s nurul!
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit